Tentera Udara Diraja Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Udara Diraja Kanada
Royal Canadian Air Force
Aviation royale canadienne
Aktif1975 - kini
NegaraKanada
JenisTentera udara
Peranan"Menjana dan mengekalkan kebolehan tempur, pelbagai peranan, kekuatan udara bagi memenuhi objektif-objektif pertahanan Kanada."
Saiz14,500 (anggota tetap)
2,600 (anggota simpanan)
Ibu pejabatIbu Pejabat Pertahanan Negara
Moto"At all times professional, In all things ethical, To all people respectful."
PertempuranOperasi Desert Storm
Operasi Deliberate Force
Operasi Desert Fox
Operasi Allied Force
Operasi Enduring Freedom
Operasi APOLLO
Operasi Anaconda
Komander
Pemerintah Tentera Udara Diraja KanadaLeftenan-Jeneral Alexander Donald Meinzinger
Tanda kebesaran
Roundel  
Pesawat terbang
PejuangCF-188 Hornet
PerondaCP-140 Aurora, CP-140A Arcturus
PengawasanCU-161 Sperwer
PelatihCT-114 Tutor, CT-142 Dash-8, CT-155 Hawk, CT-156 Harvard II
PengangkutCC-115 Buffalo, CC-130 Hercules, CC-138 Twin Otter, CC-144 Challenger, CC-150 Polaris, CC-177 Globemaster

Tentera Udara Diraja Kanada (bahasa Inggeris: Royal Canadian Air Force, RCAF; Perancis: Aviation royale canadienne) merupakan tentera udara bagi Angkatan Tentera Kanada. Badan ini wujud secara berkesinambungan daripada warisan daripada Pasukan Udara Kanada, yang mana merupakan tentera udara negara Kanada sejak dari penubuhannya pada tahun 1924 sehingga 1 Februari 1968.

Sebelum tahun 1924, penglibatan Kanada dalam pertahanan udara merangkumi krew udara Kanada yang menganggotai Kor Penerbangan DiRaja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut DiRaja, bersama-sama Kor Penerbangan Kanada, dan 2 skuadron kecil Tentera Udara Kanada yang ditumpangkan ke Tentera Udara Diraja British di England semasa Perang Dunia Pertama. Pada 1920, satu lagi Tentera Udara Kanada ditubuhkan bagi menumpukan pada latihan penerbangan ketenteraan dan operasi awam. Tentera Udara Kanada ini kemudian dinamakan semula sebagai Tentera Udara Diraja Kanada berikutan perkenan diraja Raja George V pada tahun 1924.

Selepas 1968, Tentera Udara DiRaja Kanada telah bergabung dengan Tentera Darat Kanada dan Tentera Laut DiRaja Kanada untuk membentuk Angkatan Tentera Kanada, dan fungsi-fungsi tentera udara dibahagikan dan diletakkan di bawah beberapa perintah-perintah baru. Pada 2 September, 1975 perkhidmatan udara Kanada telah diletakan dibawah satu perintah iaitu Perintah Udara Angkatan Tentera Kanada.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]