Tentera Udara India
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Tentera Udara India | |
|---|---|
|
Panji Tentera Udara India |
|
| Aktif | 8 Oktober 1932 |
| Negara | |
| Keanggotaan | 170,000 anggota 1,430 buah pesawat |
| Ibu pejabat | New Delhi |
| Cogan kata | Nabha Sparsham Deeptam Touching the Sky With Glory |
| Komander | |
| Marsyal Udara | Arjan Singh |
| Tanda kebesaran | |
| Roundel | |
| Lambang ekor | |
| Pesawat | |
| Peperangan elektronik | Ilyushin/IAI Phalcon |
| Pejuang | Su-30MKI Flanker-H, HAL Tejas, Mirage 2000, MiG-29 Fulcrum, SEPECAT Jaguar, MiG-27 Flogger-D/J, MiG-21 Fishbed |
Tentera Udara India merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera India. Ia bertanggungjawab untuk melakukan pertempuran udara dan menjaga kedaulatan ruang udara India.
Tentera Udara India telah ditubuhkan pada 8 Oktober 1932. Ia telah dianugerahkan dengan awalan "Diraja" pada tahun 1945 sebagai penghargaan penglibatan pasukan ini semasa Perang Dunia II. Anugerah "Diraja" kemudian telah digugurkan setelah India menjadi sebuah negara republik pada tahun 1950. Ibu pejabat pasukan ini terletak di New Delhi. Tentera Udara India pada masa kini mempunyai kira-kira 170,000 anggota dan 1,430 buah pesawat tempur (angka pada 2006) menjadikannya sebagai tentera udara ke-4 terbesar di dunia selepas A.S, Rusia dan China.[1]
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi Tentera Udara India
- Tentera Udara India di laman web bharat-rakshak.com
- Artikel Global Security berkenaan Perang India-Pakistan