Tentera udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eurofighter Typhoon merupakan sebuah pesawat canggih kurun ke-21.

Tentera udara, juga dikenali di beberapa negara sebagai angkatan udara atau dari segi sejarahnya adalah Kor Udara Tentera Darat merupakan pasukan tentera negara atau pasukan bersenjata yang fungsi utamanya adalah melakukan pertempuran udara. Tentera udara biasanya terdiri daripada kombinasi pesawat pejuang, pengebom, helikopter, kapal terbang pengangkut dan pesawat-pesawat lain. Banyak tentera udara juga bertanggungjawab untuk operasi ruang angkasa ketenteraan, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), dan peralatan komunikasi. Beberapa tentera udara mungkin memerintah dan mengawal aset pertahanan udara yang lain seperti artileri anti pesawat, peluru berpandu permukaan ke udara, atau jaringan amaran peluru berpandu anti balistik dan sistem-sistem pertahanan.

Ramai terkeliru dengan konsep tentera udara hanya merupakan cabang yang menerbangkan pesawat semata-mata, yang mana merupakan satu kesilapan besar. Sebagai satu pertubuhan, tentera udara memiliki satu pasukan yang dipanggil “sokongan darat” bagi memberi sokongan kepada juruterbang dan krew udara. Serupa dengan pertubuhan awam yang lain, terdapat pekerja sokongan yang akan membantu dan menyokong pekerja utama. Juruterbang tidak akan wujud dengan sendirinya tanpa bantuan anggota tentera penting yang lain seperti jurutera awam, loadmaster, bahan api, mekanik dan sevagainya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]