Dalai Lama ke-14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tenzin Gyatso)
Lompat ke: pandu arah, cari
Tenzin Gyatso Nobel Prize.png
Dalai Lama Tibet ke-14
Pemerintahan 17 November, 1950 – kini
Pertabalan 17 November, 1950
Nama penuh Jetsun Jamphel Ngawang Lobsang Yeshe Tenzin Gyatso
Pendahulu Thubten Gyatso
Ayahanda Choekyong Tsering
Bonda Diki Tsering

Tenzin Gyatso (lahir 6 Julai 1935) ialah Dalai Lama ke-14. Oleh itu, beliau digelar "Dalai Lama" oleh media tanpa apa-apa keterangan.

Beliau merupakan yang kelima di kalangan 16 adik-beradik sebuah keluarga petani di kampung Taktser atau Tengtser dalam wilayah Amdo, Tibet dan asalnya bernama Lhamo Döndrub (ལྷ་མོ་དོན་འགྲུབ Lha-mo Don-'grub)[1]. Bahasa ibunda beliau ialah dialek Amdo bahasa Tibet.[2] Beliau diisytiharkan sebagai tulku (kelahiran semula) Dalai Lama ke-13 pada usia dua tahun.

Pada 17 November 1950, ketika berusia 15 tahun, beliau ditabalkan sebagai Ketua Negeri Tibet dan juga pemerintah politik yang terpenting ketika Tibet menghadapi pendudukan kuasa Republik Rakyat China (PRC). Pada tahu 1954, beliau mengunjungi Beijing untuk berbincang dengan Mao Zedong dan pemimpin-pemimpin PRC yang lain.[3] Beliau juga dipilih sebagai naib pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan pada tahun 1954.

Setelah jatuhnya gerakan pemberontakan Tibet pada tahun 1959, Tenzin Gyatso melarikan diri ke India. Setibanya di situ, beliau aktif dalam penubuhan Pentadbiran Tibet Pusat (kerajaan Tibet dalam buangan) serta juga dalam perjuangan memelihara budaya dan pendidikan Tibet di kalangan beribu-ribu orang pelarian yang menyertai beliau.[4]

Tenzin Gyatso, sebagai seorang tokoh yang berkarisma[1][5] pensyarah rakyat yang terkenal, merupakan Dalai Lama pertama yang mengunjungi dunia Barat. Di sana, beliau membantu menyebarkan agama Barat serta menyemai konsep-konsep tanggungjawab sejagat, etika sekular, dan keharmonian antara agama.

Beliau dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1989,[1][6] kewarganegaraan Kanada kehormat pada tahun 2006, dan Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2006.

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Dalam ucapan pada 10 Mac 2011, Dalai Lama ke-14 menyatakan bahawa beliau akan mengusulkan perubahan pada perlembagaan kerajaan Tibet dalam buangan supaya peranan Dalai Lama selaku ketua negara digantikan dengan pemimpin yang terpilih oleh rakyat. Beliau secara rasminya menghantar permohonan letak jawatan selaku pemimpin politik kepada Parlimen Tibet dalam buangan di Dharamsala, India pada 14 Mac 2011.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Profile: The Dalai Lama dari laman web BBC News
  2. Tibet is My Country: Autobiography of Thubten Jigme Norbu, Brother of the Dalai Lama as told to Heinrich Harrer, pp. 103, 171. First published in German in 1960. English translation by Edward Fitzgerald, published 1960. Reprint, with updated new chapter (1986): Wisdom Publications, London. ISBN 0-86171-045-2.
  3. The Dalai Lama's biography
  4. Tenzin Gyatso, the Fourteenth Dalai Lama (1990). Freedom in Exile: The Autobiography of the Dalai Lama. HarperCollins. ISBN 0-06-039116-2. http://www.cosmicharmony.com/Tibet/DalaiLama/DalaiLama.htm. 
  5. Humanity, Not Nationalism dari laman web The Tech
  6. Craig, Mary (1997). Kundun: A Biography of the Family of the Dalai Lama. Counterpoint. ISBN 1-887178-91-0. 
  7. "Dalai Lama formally resigns", UPI. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dalai Lama ke-14
Tarikh lahir: July 6 1935
Didahului oleh
Thubten Gyatso
Jelmaan semula Dalai Lama
1950-
Pemegang jawatan kini
Gelaran dakwaan
Didahului oleh
Thubten Gyatso
* TIDAK MEMERINTAH *
Raja Tibet
(1950-)
* Alasan untuk Kegagalan Pewarisan: *
Pendudukan China sejak tahun 1950 
Pemegang jawatan kini

Templat:Dalai Lamas Templat:Nobel Peace Prize Laureates 1976-2000