Teo Nie Ching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Teo Nie Chin)
Yang Berhormat Puan

Teo Nie Ching
张念群
تيو ني چيڠ

Timbalan Menteri Komunikasi
Memegang jawatan
10 Disember 2022
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Fahmi Mohamed Fadzil
Didahului olehZahidi Zainul Abidin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P163 Kulai, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Ong Ka Ting
Majoriti13,450
Timbalan Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
MenteriYang Berhormat Dr. Maszlee Malik
Didahului olehMary Yap Kain Ching (Pengajian Tinggi)
P. Kamalanathan (Pendidikan I)
Chong Sin Woon (Pendidikan II)
Digantikan olehMah Hang Soon
(Pendidikan I)
Muslimin Yahaya
(Pendidikan II)
Mansor Othman
(Pengajian Tinggi)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P102 Serdang, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Datuk Yap Pian Hon (BN)
Digantikan oleh Ong Kian Ming (Bangi)
Majoriti21,025
Butiran peribadi
Lahir (1981-01-27) 27 Januari 1981 (umur 43)
Parti politik PH-DAP
PasanganDr. Gan Saw Chien[1]
Anak-anak3
PekerjaanTimbalan Menteri
Ahli Parlimen

Yang Berhormat Teo Nie Ching merupakan ahli politik dari Ahli Parlimen Kulai. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan dan bekas Ahli Parlimen Serdang, Selangor dari DAP. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Hoh Hee Lee dengan majoriti sebanyak 21,025 undi. Beliau memperolehi 47,444 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 26,419 undi.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ucapan di Surau Al-Huda Kajang[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2010, semasa menyampaikan sumbangan RM1000.00 kepada JK Surau Al-Huda Kajang, beliau telah dijemput menyampaikan ucapan ringkas tentang bantuan yang boleh dipohon dari kerajaan negeri Selangor .Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 mentafsir ucapan itu sebagai 'tazkirah' dan mengkritik perbuatannya tidak menutup kepala.[2] Sehubungan itu, YB Teo memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor. [3][4] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa melaporkan Sultan Selangor murka dengan kejadian itu.

Selepas daripada kejadian itu iaitu pada 30 Ogos 2010, YB Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang.

Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.[5]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengkritik jawatankuasa surau berkenaan kerana tidak merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan tidak memahami garis panduannya dan memberi nasihat kepada Teo Nie Ching garis panduan berpakaian dalam Masjid.

Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya.
Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam,

PAS Serdang yang diwakili oleh ketua Pemuda PAS Serdang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Adram Musa berpendapat tiada masalah bagi seorang pemimpin bukan Islam menyampaikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid atau surau kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersifat anjal.[6]

Kita tidak ada masalah (dan) kita tidak mahu memanjangkan perkara ini. Bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibiliti, khususnya di negeri Selangor.Kita perlu mengutamakan dakwah dan keharmonian antara kaum

Pada 1 Mac 2010, Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pelancong bukan Islam dibenarkan memasuki ruang sembahyang dengan syarat tidak melakukan aktiviti agama yang bertentangan.[7], [8]

Persoalan lain[sunting | sunting sumber]

Selain itu terdapat persoalan mengenai haid dan junub, adakah wanita bukan Islam bebas junub? Ini berdasarkan hadis:-

sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.

Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.[9], [10][11]

Juga berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”

Bagaimanapun, kesalahan boleh dianggap di atas tanggungan AJK surau dan bukannya pada Teo Nie Ching yang dianggap tidak mengetahui hukum hakam Islam.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[12][13][14][15][16][17][18][19]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 P102 Serdang, Selangor Teo Nie Ching (DAP) 47,444 62.23% Hoh Hee Lee (MCA) 26,419 34.65% 76,236 21,025 80.40%
2013 P163 Kulai, Johor Teo Nie Ching (DAP) 43,338 57.78% Tay Chin Hein (MCA) 29,888 39.85% 75,010 13,450 89.30%
K. Surendiran (BEBAS) 238 0.32%
2018 Teo Nie Ching (DAP) 55,312 64.68% Tang Nai Soon (MCA) 22,564 26.38% 85,519 32,748 86.30%
Juwahir Amin (PAS) 6,667 7.80%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ 'Tazkirah' di surau: Teo mohon ampun Sultan
  3. ^ Tazkirah Di Surau: Nie Ching Mohon Maaf.
  4. ^ "'Tazkirah' di surau: Teo mohon ampun Sultan", Malaysiakini.com. 28 Ogos 2010.
  5. ^ "Teo hadiri satu lagi majlis di surau", Malaysiakini.com. 30 Ogos 2010.
  6. ^ "'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah", Malaysiakini.com. 27 Ogos 2010.
  7. ^ Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
  8. ^ Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
  9. ^ Hukum Wanita Haid Berdiam di Masjid.
  10. ^ Meninjau Semula Hukum Wanita Yang Didatangi Haid Memasuki Masjid.
  11. ^ Jumhur ulama, di antaranya imam madzhab yang empat, sepakat bahawa wanita yang haid tidak boleh duduk (al-lubts) di dalam masjid.
  12. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 3 January 2010. Results only available from the 2004 election.
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  14. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  15. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  16. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  18. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  19. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]