Teori Kinetik Jirim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mengikut Teori Kinetik Jirim, semua jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskrit dan sentiasa bergerak secara rawak.Zarah-zarah sentiasa berlanggar antara satu sama lain.Apabila tenaga haba dibekalkan, zarah akan bergerak lebih laju.Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan.

Walaupun zarah-zarah gas sangat halus untuk dilihat, pergerakan rawaknya dapat diperhatikan dengan mikroskop melalui perlanggarannya dengan zarah-zarah asap. Pergerakan rawak zarah-zarah asap ini dikenali sebagai Gerakan Brown.

Ciri-ciri Jirim:[sunting | sunting sumber]

1. Pepejal

  • mempunyai isi padu dan bentuk yang tetap
  • tidak dapat dimampatkan
  • Mempunyai jisim yang tetap.

2. Cecair

  • mempunyai isi padu yang tetap.
  • Mengikut bentuk bekas yang diisi.
  • sukar dimampatkan.
  • Mempunyai jisim yang tetap.

3. Gas

  • Mengikut bentuk bekas yang diisi.
  • Tiada jisim yang tetap
  • Mengikut is padu bekas.
  • Boleh dimampatkan.

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

Bagi PEPEJAL:

  • zarah-zarah tersusun dengan sangat padat dan teratur.
  • daya tarikan di antara zarah adalah kuat.
  • zarah-zarah hanya dapat bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap.

Bagi CECAIR:

  • zarah-zarah tersusun dengan padat tetapi tidak teratur.
  • daya tarikan di antara zarah adalah kuat tetapi lebih lemah berbanding dengan pepejal.
  • zarah-zarah dapat bergetar,berputar dan bergerak ke seluruh cecair.zarah-zarah berlanggar antara satu sama lain.

Bagi GAS:

  • zarah-zarah berjauhan antara satu sama lain dan bergerak secara rawak.
  • daya tarikan di antara zarah adalah lemah.
  • zarah-zarah dapat bergetar, berputar, dan bergerak secara bebas.kadar perlanggaran di antara zarah lebih tinggi daripada kadar perlanggaran di antara zarah di dalam cecair.