Teotihuacan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Teotihuacan merupakan tapak Warisan Dunia dan arkeologi di Mexico, dan juga bandaran tapak arkeologi tersebut. Kawasan majlis perbandaran tersebut merangkumi kawasan seluas 82.66 km² dan, dalam tahun bancian 2000, mempunyai bilangan penduduk seramai 44,653. Ia juga terkenal sebagai tapak piramid Teotihuacán.

Tapak arkeologi[sunting | sunting sumber]

Teotihuacan merupakan bandar Pre-Columbian terbesar di [Amerika]]. Ia terletak di negeri Mexico, lebih kurang 40 km (25 batu) ke tenggara Mexico City.

Piramid Bulan "Pyramid of the Moon"

Piramid Bulan. Teotihuacan, Mexico.

"Teotihuacan" adalah nama Aztek, bererti Tempat Dewa-dewa. Menurut lagenda, di sinilah dewa-dewa berkumpul untuk merancang penciptaan manusia.

Nama Teotihuacan juga digunakan untuk merujuk kepada tamadun dibawah penguasaan bandar ini, yang pada kemuncaknya merangkumi sebahagian besar Mesoamerica. Bandar ini juga dikenali sebagai Tollan pada zaman silam, nama yang juga digunakan untuk Toltec ibu negeri Tula.

Pembinaan Teotihuacan bermula sekitar 300 Sebelum Masihi "BCE", dan bandar Teotihuacan mencapai kemuncaknya sekitar 300-600 Selepas Masihi "AD", apabila Teotihuacan menjadi pusat pengaruh ketamadunan. Pada kemuncaknya, bandar raya Teotihuacan merangkumi 13 km² (lebih 8 batu persegi), dan dijangkakan mempunyai penduduk melebihi 150,000 orang, dan mungkin mencecah 200,000. Bukti arkeologi menunjukkan bandar Teotihuacan mengandungi penduduk jiran dari segenap pelusuk Mesoamerica, seperti Mixtec, Zapotec, dan Maya. Terdapat perdagangan dengan daerah lain Mesoamerica, termasuk perdagangan obsidian yang penting.

Laluan pusat bandar yang luas disempadani dengan bangunan keagamaan yang penting, termasuk Piramid Matahari (Pyramid of the Sun) dan Piramid Bulan (Pyramid of the Moon), Kuil Quetzalcoatl (Temple of Quetzalcoatl), dan kuil yang lebih kecil dan istana-istana.

Malangnya tiada teks Teotihuacan silam yang diketahui wujud, tetapi bandar Teotihuacan kadang-kala dirujuk dalam teks monumen Maya, menunjukkan bangsawan Teotihuacan mengembara dan berkahwin dengan keluarga pemerintah tempatan sejauh sehingga Honduras. Hieroglyph Maya menyebut Burung Hantu Pelempar Lembing "Spearthrower Owl", kemungkinannya Maharaja Teotihuacan, yang memerintah lebih daripada 60 tahun dan meletakkan saudaranya sebagau raja Tikal dan Uaxactun di Guatemala.

Pada 650 Teotihuacan mundur dari menjadi kuasa utama. Bandar Teotihuacan telah digeledah dan dibakar, kemungkinannya oleh Toltec, sekitar 750 Selepas Masihi "AD".

Pengetahuan mengenai runtuhan bandar besar ini tidak pernah hilang. Runtuhan bandar Teotihuacan merupakan tempat melawat pada zaman Aztek; ia mengkagumkan Conquistador yang melaluinya; dan ia merupakan salah satu tempat tarikan bagi pelawat ke Mexico semenjak abad ke 19. Carigali arkeologi kecil-kecilan telah dilakukan pada abad ke 19, dan pada 1905 projek carigali besar-besaran dan pemulihan telah dilakukan di bawah penyeliaan pakar arkeologi Leopoldo Batres, dengan Piramid Matahari dibaikpulih bagi menyambut kemerdekaan Mexico 1910 yang ke seratus tahun. Teotihuacan kekal menjadi destinasi pelancungan penting; ia sekarang mempunyai muzium, dan carigali arkeologi di tapak tersebut masih dijalankan.

Pekara berkait[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]