Terabait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuantiti bait
Awalan SI Kegunaan sejarah Awalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai  Simbol  Nilai Simbol
(nama)
 Nilai 
kB (kilobait) 10001 = 103 KB 10241 = 210  KiB (kibibait) 210
MB (megabait) 10002 = 106 MB 10242 = 220  MiB (mebibait) 220
GB (gigabait) 10003 = 109 GB 10243 = 230  GiB (gibibait) 230
TB (terabait) 10004 = 1012 TB 10244 = 240  TiB (tebibait) 240
PB (petabait) 10005 = 1015 PB 10245 = 250  PiB (pebibait) 250
EB (eksabait) 10006 = 1018 EB 10246 = 260  EiB (eksbibait) 260
ZB (zetabait) 10007 = 1021 ZB 10247 = 270  ZiB (zebibait) 270
YB (yotabait) 10008 = 1024 YB 10248 = 280  YiB (yobibait) 280
Unit Warisan
 Unit  Nilai
 KB 210 Bait = 1024 Bait
 MB 220 Bait = 1024 KB
 GB 230 Bait = 1024 MB
 TB 240 Bait = 1024 GB

Terabait (diterbitkan daripada awalan tera-) ialah istilah ukuran untuk muatan storan data. Nilainya berdasarkan radiks perpuluhan (asas 10) dan ditakrifkan sebagai satu trilion (skala pendek) bait, atau 1000 gigabait. Simbolnya ialah TB.

Bilangan bait dalam satu terabait kekadang dinyatakan sebagai lebih kurang 1.099 x 1012. Perbezaan ini diakibatkan oleh percanggahan antara:

  • tradisi penggunaan awalan perduaan dan asas 2 yang sudah mantap dalam dunia komputer; dengan
  • piawai perpuluhan (SI) yang lebih popular dan intuitif yang telah diterimaguna secara meluas dalam industri tersebut.

Pertubuhan-pertubuhan piawaian seperti IEC, IEEE dan ISO mengesyorkan penggunaan istilah ganti, iaitu tebibait (TiB), untuk menandakan ukuran tradisional bagi 10244 bait atau 1024 gibibait dan dengan itu, menyebabkan takrif-takrif yang berikut:

  • Menurut piawai SI dan penggunaan terkini, satu terabait (TB) mengandungi 1,000,000,000,000 bait = 10004 atau 1012 bait.
  • Menurut aritmetik tradisional dan perduaan, satu terabait mengandungi 1,099,511,627,776 bait = 10244 atau 240 bait. Jumlah ini kini dikenali sebagai tebibait untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Muatan-muatan peranti storan komputer secara tradisi diiklankan dengan menggunakan nilai-nilai piawai SI masing-masing.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]