Terapi Ruqyah: Pendinding Diri daripada Gangguan Sihir Jin dan Syaitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Terapi Ruqyah: Pendinding Diri daripada Gangguan Sihir Jin dan Syaitan
Siri
Pengarang Asal
Penterjemah
ISBN ISBN 978-967-5137-71-6
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 12-Ogos-2009
Bilangan Muka Surat
Harga Malaysia Barat RM4.50/Malaysia Timur RM5.50(2010)

Buku Terapi Ruqyah: Pendinding Diri daripada Gangguan Sihir Jin dan Syaitan dikarang oleh dan diterbitkan pada 12-Ogos-2009 dengan harga Malaysia Barat RM4.50/Malaysia Timur RM5.50(2010). Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN13 978-967-5137-71-6.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambah apa-apa untuk orang kafir yang zalim selain rugi." (surah al-Israk: 82)


Dalam kemajuan sains dan teknologi, kita tidak dapat menafikan kewujudan makhluk halus seperti malaikat, syaitan dan jin yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Di kalangan makhluk halus ini, ada yang mendatang kebaikan dan ada yang membawa bencana. Jin dan syaitan contohnya, sering mengganggu kehidupan manusia sama ada atas rasa cemburu, dendam dan sebagainya hingga kepada mengikut arahan 'tuan' yang mengarah supaya memusnahkan hidup manusia sendiri.

Bagi menghadapi gangguan ini, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya ruqyah atau jampi yang bersumberkan wahyu dan tidak terpesong daripada landasan akidah yang lurus.Selain bertujuan menyekat dan menghapuskan serangan ghaib, ruqyah juga boleh digunakan untuk memulihkan masalah fizikal seperti demam, disengat binatang berbisa dan keracunan. Selain itu, ruqyah boleh menjadi pendinding dan senjata menghadapi serangan ghaib yang paling ampuh.

Buku ini disusun bagi membantu pembaca yang tidak mempunyai asas bahasa Arab ataupun asas perubatan Islam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembaca mengamalkan sendiri jampi serapah apabila menghadapi masalah yang berkaitan. Buku ini juga boleh membantu pembaca untuk menilai kriteria pengamal perubatan tradisional, sama ada ia mengikut syarak atau tidak.

Di dalam buku ini pembaca akan:

Mengetaui hakikat sihir dan bagaimana ia berlaku. Mengenali jenis-jenis sihir. Mengenali jin dan syaitan serta jenis-jenisnya. Rawatan bagi penyakit jasmani seperti luka, deman dan sebagainya. Rawatan bagi penyakit rohani seperti kemurungan, susah tidur dan sebagainya. Mengenali terapi daripada alam semula jadi seperti madu lebah, habbatus sauda' dan sebagainya.

Rohidzir Rais adalah penulis aktif yang banyak menghasilkan buku-buku popular seperti terjemahan buku Harun Yahya, The Evolution Deceit, Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat tapi Anda Malu Bertanya, Soal Jawab Remeh Temeh tentang Seks tapi Anda Malu Bertanya, Kamus Bergambar Pintar Soleh dan banyak lagi.