Teratologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Teratologi merupakan kajian kajian keabnormalan pembangunan fisiologi. Teratologi sering dianggap sebagai keabnormalan sejak lahir tetapi meliputi kajian yang lebih luas yang meliputi aspek-aspek bukan peringkat kelahiran, seperti baligh dan bentuk-bentuk bukan kehidupan manusai, termasuk tumbuh-tumbuhan. Istilah yang berkait rapat dengan teratologi, iaitu ketoksikan pembangunan merujuk kepada manifestasi pembangunan yang tidak biasa yang disebabkan toksik, yang meliputi pertumbuhan terencat, perkembangan mental yang lamat atau gangguan yang dialami sejak kelahiran tanpa kecacatan struktur.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah teratologi berasal dari Yunani teres (τέρατος teratos) yang bermaksud 'makhluk' atau 'hairan' dan logos (λόγος) yang merujuk kepada sesuatu kajian.[2] Sejak perawalan abad ke-17, teratologi merujuk kepada keajaiban yang luar biasa atau abnormal. Pada abad ke-19, istilah teratologi digunakan dalam kajian kecacatan biologi secara khususnya dalam bidang botani. Teratologi kini merujuk kepada kajian perubatan teratogenesis, yang merupakan kajian kecacatan kongenital atau kecacatan sesuatu organima yang ketara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Rogers, J.M., Kavlock, R.J. Developmental toxicology. In C.D. Klaassen (ed.): Casarett & Doull's Toxicology, 5th ed. pp. 301-331. McGraw-Hill, New York, 1996. ISBN0-07-105476-6.
  2. "Online Etymology Dictionary". http://www.etymonline.com/index.php?term=logos.