Terbaik Dariku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Terbaik Dariku (drama))
Terbaik Dariku
GenreDrama
Cinta
Konflik
PenciptaLily Suhana Mohd Diah
Ditulis olehAdza Emie
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Zara Zya
Syazuwan Hassan
Azar Azmi
Lagu pembukaan"Tiada Dendam" oleh Zara Zya
Lagu penutup"Tiada Dendam" oleh Zara Zya
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifAfzal Sarwar
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Layar Ceritera sdn.bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal14 November 2018 – 18 Disember 2018
Kronologi
MengikutiMawar Murni
Diikuti olehJika Masih Ada Rindu

Terbaik Dariku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Azar Azmi, Syazuwan Hassan dan Zara Zya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3, mulai 14 November 2018 hingga 18 Disember 2018 menggantikan Mawar Murni.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hassan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah (Fadilah Mansor) yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah (Hanna Aqeela), seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya, Azman (Azri Iskandar) kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai oleh Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil. Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
4 juta
10 juta
4.2 juta
[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Terbaik Dariku (TV3)". My Infotaip. 13 November 2018. Dicapai pada 9 Mac 2019.
  2. ^ Budiey (16 November 2018). "Sinopsis drama Terbaik Dariku di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Mac 2019.
  3. ^ Zaidi Che (24 Disember 2018). 5 Drama Melayu Paling Popular 2018 - Teka Drama Yang Mengalahkan Nur Diarkibkan 2020-04-20 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  4. ^ Budiey (22 Disember 2018). Senarai Top 5 Drama Melayu TV3 Tahun 2018 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam
Sebelumnya Terbaik Dariku Berikutnya
Mawar Murni Jika Masih Ada Rindu