Teresa Kok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teresa Kok
郭素沁
YB Teresa Kok, 2018
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P122 Seputeh
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
1999 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Liew Ah Kim
Majoriti5,200
Menteri Industri Utama
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Muhammad V
Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Shamsul Iskandar Md Akin
Didahului oleh Mah Siew Keong
Digantikan olehMohd Khairuddin Aman Razali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
Mac 2008 – 2013
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N30 Kinrara
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului oleh Dr. Kow Cheong Wei
Digantikan oleh Ng Sze Han
Butiran peribadi
Lahir (1964-03-31) 31 Mac 1964 (umur 59)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PH-DAP
IbuPong Seh Kwon
BapaKok Kim Tong
Alma materUniversiti Sains Malaysia
Universiti Malaya
PekerjaanMalaysia Ahli Parlimen
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman web rasmiTeresaKok.com

Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim (Bahasa Cina: 郭素沁, lahir 31 Mac 1964) merupakan Menteri Industri Utama dan merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina Hakka dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan calon yang memenangi dengan majoriti undi terbesar dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 pada 8 Mac 2008. Berikutan kemenangan pada pilihan raya umum 2008, beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor setelah menjadi ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh. Pada 12 September 2008, beliau telah ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi dibebaskan kira-kira seminggu selepas tarikh tersebut.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Teresa berketurunan Hakka Huizhou, Wilayah Guangdong di China. Beliau memperolehi ijazah pertamanya daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dengan melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Komunikasi, dan ijazah kedua daripada Universiti Malaya dalam sains politik, dan juga Sarjana Falsafah. Tesisnya adalah mengenai UMNO, bertajuk "Factionalism in Umno During Dr Mahathir's Era (1981 - 2001)".[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

YB Teresa merupakan setiausaha politik Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dari 1990 hingga 1995. Pada 1995, dia bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat di atas tiket DAP tetapi ditewaskan oleh calon MCA. Kok kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik untuk menyambung pelajarannya. Dalam Pilihan Raya Umum 1999, Kok memenangi kerusi Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur dengan majoriti 5,200 dan terpilih semula pada 2004 dengan majoriti 12,895, yang terbesar antara 13 Ahli Parlimen DAP yang terpilih.

YB Teresa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Setiausaha Nasional kepada DAP Wanita, dan ahli Jawatankuasa Disiplin DAP. Dalam parlimen, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan untuk Kajian Semula Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah. Selain daripada merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN (AIPMC), Kok juga merupakan pelobi yang aktif kepada demokrasi dan hak asasi manusia Myanmar sejak tahun 1996 ketika beliau menjadi Penyelaras Rangkaian Pemimpin Politik untuk Menggalakkan Demokrasi di Myanmar (PD Burma) bagi kawasan Asia Tenggara.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Kok mengekalkan kerusi parlimen Seputeh di Kuala Lumpur, dengan majoriti 36,492. Majoriti ini merupakan majoriti yang terbesar dalam pilihan raya tersebut. Kok juga memenangi kerusi negeri Kinrara di Selangor, kerusi yang ditandingnya buat pertama kali.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pertikaian mengenai Tulisan Jawi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Teresa Kok telah mencadangkan bahawa, adalah lebih baik untuk menukar tulisan Jawi yang ditulis di setiap papan tanda Jalan di sekitar Kuala Lumpur. Kok mengatakan sebegitu kerana beliau merasakan bahawa tidak ramai orang di Kuala Lumpur yang tahu berbahasa Melayu dan tulisan Jawi. Di dalam blog peribadi beliau, Kok mengatakan memandangkan tulisan Jawi tidak digunakan lagi adalah lebih baik untuk menukarkan papan tanda tersebut kepada papan tanda "Muhibbah" yang dicadangkan oleh beliau.[2]

Kenyataan beliau menaikkan kemarahan orang Melayu, mereka telah mengadakan himpunan dan perbincangan mengenai perkara tersebut. Kerajaan pula telah menahan Teresa Kok diatas tuduhan menyebabkan kekacauan kaum. Walau bagaimanapun, penahanan Teresa Kok adalah lebih berbentuk untuk menjaga keselamatan beliau. Rumah beliau telah dibaling bom petol molotov, dan ini menyebabkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu. Tiada kecederaan dilaporkan di dalam kejadian tersebut.[3]

Memperlahankan azan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Kok telah menyuruh agar Azan di kawasan parlimen beliau di perlahankan. Ini menaikkan kemarahan orang Islam. Teresa Kok telah memfailkan saman kepada Utusan Malaysia dan kolumnis mereka Zaini Hassan kerana menulis tentang kenyataan rasis beliau.[4]

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Pada 12 September 2008, Teresa telah ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerana disyaki memudaratkan keselamatan negara. Ia dikatakan boleh mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama . Beliau ditahan di hadapan kondominium Pearl Tower, OG Height, Jalan Awan Cina, Kuala Lumpur. Ketika itu beliau baru balik dari menghadiri Pesta Kuih Bulan di Petaling Jaya.

Beliau mencetuskan kegemparan di kalangan orang Melayu kerana kononnya menyokong petisyen penduduk Cina Seksyen 5 , Bandar Kinrara, Puchong agar memperlahankan azan dari masjid bandar Kinrara. Masjid itu dibina 6 tahun lalu. Utusan Malaysia turut menyiarkan beberapa keping gambar beliau yang memberi isyarat bagus berhubung penukaran papan tanda jalan di Bukit Bintang daripada bertulisan rumi dan jawi (bahasa Melayu) kepada tulisan rumi, tulisan Cina dan tulisan Tamil. Sebelum itu beliau mengumumkan projek ladang babi di Tumbuk, Tanjung Sepat yang dirancang kerajaan sebelum ini akan diteruskan. Ucapan dan tulisan panas beliau berhubung isu sensitif orang Melayu telah disensasikan.

Tindakan polis menahan Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin menyebabkan Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kehakiman Malaysia. Zaid dilihat cuba mengubahsuai ISA, OSA, sistem perlantikan hakim dan lain-lain tetapi tidak diterima dengan mudah. Sebarang perubahan tidak disokong kerana beliau dilantik sebagai senator, bukan dipilih melalui pilihan raya 2008.

Pada 17 September 2008, ahli-ahli parlimen pembangkang dan Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain telah setuju membentuk kaukus parlimen bagi membebaskan Teresa Kok.Pakatan Rakyat juga mungkin merayu bantuan Jawatankuasa Parlimen Komanwel untuk membebaskan Teresa. [5] Amerika Syarikat menilai penggunaan ISA merupakan satu pencabulan kepada nilai-nilai demokrasi. [6]

Pada 19 September 2008, selepas ditahan selama seminggu, Teresa dibebaskan tanpa syarat. Beliau ditahan dan dibebaskan tanpa sebarang sebab diberikan. Ibu bapanya Kok Kim Tong, Pong Seh Kwon, peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi gembira menyambut beliau di Balai Polis Jalan Travers, Bangsar, Kuala Lumpur jam 1.00 petang. [7] Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kegemparan penggunaan ISA akan reda dengan pembebasan Teresa Kok. [8]

Pada 20 September 2008, Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri menafikan tuduhan Teresa Kok kononnya beliau dijamu 'seperti makanan anjing' ketika ditahan selama 7 hari. Antara makanan yang diberikan ialah dua biji telur ayam rebus dan mentimun dan kuah dua kali sehari. Sebenarnya makanan itu mengikut piawaian badan antarabangsa.[9] Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah mahu Biro Pengaduan Awam (BPA) mengkaji kesesuaian menu dan peruntukan makanan RM5.80 sehari bagi seseorang tahanan di lokap balai polis .[10] Luas lokap itu 6X8 kaki, tidur atas papan dan diberi selimut.Ketika makan beliau tidak diberi sudu, garfu atau penyepit kerana boleh menjejaskan keselamatan di dalam lokap dan menepati prosedur standard operasi (SOP) antarabangsa .Oleh itu beliau terpaksa makan dengan tangan. Layanan sebegini tidak sesuai untuk tahanan politik kerana beliau bukan penjenayah. Semasa keluar dari lokap, beliau memuji layanan baik polis. Tetapi dalam sidang akhbar bersama penasihat DAP, Lim Kit Siang Teresa menuduh polis tidak memberi diet makanan yang sepatutnya. Teresa mahu menyaman Utusan Malaysia yang dikatakan memutar-belit ucapannya tetapi tidak laman berita Malaysiakini.com.[11]

“Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…”[sunting | sunting sumber]

Rencana kolum tulisan Zaini Hassan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September 2008 bertajuk: “Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” ("Ba-alif-ba-ya" merupakan ejaan Jawi untuk perkataan "babi" - بابي) mencetuskan kemarahan Teresa Kok. Ahli parlimen Seputeh itu tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan Jawi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan babi. [12] Oleh itu peguam Teresa memfailkan saman RM30 juta terhadap Zaini Hassan dan Utusan Malaysia.

Cerpen 'Politik Baru YB J'[sunting | sunting sumber]

Cerpen bertajuk 'Politik Baru YB J' karya kreatif Datuk Chamil Wariya, ketua pegawai eksekutif Institut Akhbar Malaysia dalam surat khabar Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008 mencetuskan kontroversi . Ramai pembaca termasuk Teresa Kok merasakan cerpen yang mengisahkan ahli parlimen wanita Cina yang berakhir dengan pembunuhan itu ditujukan kepada Teresa Kok. DAP menganjurkan forum bertajuk 'Assassinating a YB versus Press Freedom' yang disertai ahli parlimen PAS Khalid Samad, ahli akademik Dr Azmi Sharom, peguam Haris Ibrahim dan editor Rocket Wan Hamidi Hamid, Lim kit Siang dan Teresa kok sendiri. Forum ini diadakan pada hari Khamis, 23 Oktober 2008 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur.

18 buah NGO termasuk All Women Action Society (Awam), Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Sisters in Islam (SIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Bantuan Wanita (WAO) kesal dengan penerbitan cerpen itu.

Sementara itu Teresa Kok mengemukakan tuntutan saman RM20 juta terhadap Ketua Umno bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Al Hasbsee yang mengeluarkan kenyataan berhubung Tabung Azan dalam akhbar The Star pada 13 Oktober 2008.

Saman[sunting | sunting sumber]

  • Terhadap Utusan Malaysia dan Mohamad Khir Toyo

Teresa akan menyaman Utusan Malaysia dan kolumnisnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak RM30 juta bagi mencari keadilan dan membersihkan namanya.

  • Terhadap Utusan Malaysia dan Datuk Chamil Wariya

Pada 13 Disember 2008, Teresa Kok memfailkan saman fitnah RM30 juta terhadap penulis, Datuk Chamil Wariya dan Utusan Melayu (M) Berhad kerana menerbitkan cerpen Politik Baru YBJ yang didakwa mempunyai kaitan dengan dirinya.Teresa mendakwa cerpen tersebut yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober lalu secara jelas merujuk kepada dirinya dan bukan sekadar kebetulan. Beliau juga mendakwa, keseluruhan jalan cerita cerpen yang ditulis oleh Chamil itu seolah-olah menggambarkan dirinya secara jelas dan bukan digambarkan secara tidak sengaja.

  • terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Musa Hassan, pegawai polis DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia

Pada 13 Mac 2009, memfailkan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain melalui firma guaman Tetuan S.N.Nair & Partners kerana mendakwa beliau ditahan secara salah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hujung tahun 2008. [13] Pada 2 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumour hari ini menetapkan 4 Febrari 2009 untuk pengurusan kes berhubung saman tersebut.[14]

  • terhadap Utusan Malaysia dan Mohd. Zaini Hassan

Pada 9 Oktober 2008, beliau memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan Pengarang Utusan Malaysia dan juga kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya. Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September 2009 diterbitkan dengan niat jahat.

Penulisan buku[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Kok menerbitkan sebuah buku yang berjudul 琴声剑影(琴声 bermaksud "bunyi alat muzik", 剑影 bermaksud "bayangan pedang"), satu koleksi rencana yang ditulisnya dalam surat khabar bahasa Cina, Sin Chew Jit Poh.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kerusi Parlimen Undi diperolehi Undian majoriti Jumlah undi Lawan Kehadiran pengundi
1999 P110 Seputeh 28,657 menang dengan 5,200 52,705 Dr Sua Chong Keh (BN - MCA) 73.59 %
2004 P122 Seputeh 33,197 menang dengan 12,895 53,718 Chin Yen Foo (BN - MCA) 71.91%
2008 P122 Seputeh 47,230 menang dengan 36,492 58,207 Carol Chew Chee Lin (BN - MCA) 75.7 %
2013 P122 Seputeh 61,500 menang dengan rekod 51, 552[15] 72,052 Nicole Wong Siaw Ting (BN - MCA) 83.3 %

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "About Teresa".
  2. ^ Teresa Kok. [http://teresakok.com/2008/02/14/papan-tanda-jalan-yang-mengandungi-perkataan-jawi-di-kuala-lumpur/"We want muhibbah road signs", Sassy MP, Kuala Lumpur, 14 Februari 2008. Retrieved on 22 Februari 2013.
  3. ^ Lisa Goh. "Kok Freed, To Sue Government For Detention", Kuala Lumpur, 20 September 2008. Retrieved on 22 February 2013.
  4. ^ Noor Allia Kassim. " Teresa Kok Jelaskan Isu Azan, Jais dan Jawi, Selangorkini, 15 February 2009. Retrieved on 23 February 2013.
  5. ^ Zaid Ibrahim nafi nak sertai pembangkang…masih mahu jadi Senator
  6. ^ Pembebasan Teresa Kok Ditentukan Sepenuhnya Oleh Polis, Kata Syed Hamid
  7. ^ ISA: Teresa Kok dibebaskan
  8. ^ Najib Harap Pembebasan Teresa Dapat Redakan Isu ISA
  9. ^ Syed Hamid nafi dakwaan Teresa
  10. ^ Biro Pengaduan Awam Akan Siasat Bekalan Makanan Untuk Tahanan
  11. ^ Terpaksa makan guna tangan
  12. ^ Utusan api-apikan sentimen kaum
  13. ^ "Teresa fail saman terhadap Syed Hamid", Utusan Online, 13 Mac 2009.
  14. ^ "Kes Teresa Kok cabar menteri 4 Feb", Malaysiakini.com, 2 November 2009.
  15. ^ "Nong Chik, Abduk Ghani, Ali Rustam, Kong Cho Ha Antara Calon 'Heavy Weight' Yang Tewas". mStar Online. 6 Mei 2013. Dicapai pada 10 Mei 2013.[pautan mati kekal]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]