Terier sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terier sempadan
Border Terrier.jpg
Terier sempadan jantan
Negara asal UK - Scotland / England
Trait
Berat Jantan 6–7 kg (13–15 lb)
Betina 5–6.5 kg (11–14 lb)
Bulu Kasar dan padat; dengan bulu lapis bawah hampir.
Warna Merah, ganduman, grizzle dan sawo matang, atau biru dan sawo matang.
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier sempadan atau border terrier (Bahasa Inggeris: border terrier) ialah satu baka anjing kumpulan terier kecil dan berbulu kasar. Pada asalnya dibiakbakakan sebagai pemburu rubah dan haiwan perosak, anjing terier sempadan mengongsi leluhur dengan terier Dandie Dinmont[1] terier Patterdale,[petikan diperlukan] dan terier Bedlington.[1]

Sungguhpun baka ini jauh lebih lama, terier sempadan secara rasmi diiktiraf oleh The Kennel Club di Great Britain pada 1920, dan oleh American Kennel Club (AKC) pada 1930. Terier sempadan dibiakbakan untuk mempunyai kaki cukup panjang untuk mengikuti kuda dan anjing pemburu rubah lain, yang berjalan bersamanya, dan badan cukup kecil untuk merangkak ke dalam lubang rubah dan mengejar rubah keluar agar pemburu boleh mendapatkan tembakan terus. Anjing pemburu rubah yang berjalan dengannya tidak cukup kecil untuk melakukan kerja terier sempadan.

Pada 2006, terier sempadan ditempatkan yang ke-81 dalam bilangan pendaftaran oleh AKC,[2] sementara ia ditempatkan yang ke-10 di United Kingdom.[3]

Pada 2008, terier sempadan ditempatkan yang ke-8 dalam bilangan pendafaran oleh UK Kennel Club.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "History of the Border Terrier". Diarkibkan daripada asal pada 23 Julai 2014. Diperoleh pada 23 Julai 2014. 
  2. "AKC Dog Registration Statistics". Akc.org. 2 Februari 2009. Diperoleh pada 20 Februari 2009. 
  3. "2006 Top 20 Breed Registrations". The Kennel Club. 23 Januari 2007. Diperoleh pada 20 Februari 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]