Terryana Fatiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terryana Fatiah
Kelahiran
Terryana Fatiah

(1984-06-14) 14 Jun 1984 (umur 39)
Warganegara Indonesia
Nama lainTerry
Pekerjaanpenyanyi

Terryana "Terry" Fatiah (lahir di Jakarta, 14 Jun 1984; umur 39 tahun) adalah penyanyi perempuan Indonesia yang berdarah campuran Belanda, Arab dan Minangkabau. Beliau juga dikenali sebagai Terry dan berketinggian 168 cm. Terry menceburi bidangmuzik Indonesia pada bulan Ogos 2004 melalui sebuah single berjudul “Hatiku Beku”, sebuah lagu rendition dari Koes Plus, yang masuk dalam album kompilasi bertajuk Now & Forever. Tahun 2006 ini Terry siap melemparkan debut album solonya yang bertajuk TERRY. Beliau juga pernah menjadi backing vokal band DEWA dan Audy.

Permulaan beliau dalam industri rakaman bermula dengan berduet bersama Rio Febrian dalam lagu “Katakanlah” yang masuk dalam album Rio kedua. Selanjutnya beliau menghasilkan single Hatiku Beku yang ketika ini sudah masuk ke chart radio dan video klipnya sudah berada di Televisyen. Single “JANJI MANISMU,” yang menjadi andalan adalah sebuah lagu ballad yang pernah hit di tahun 80-an. Terry menyanyikannya dengan mahir dan penuh perasaan. Tak ketinggalan, ia juga berduet dengan Ello dalam satu nombor daur ulang terkenal berjudul “KEMESRAAAN.”

Untuk persiapan album solonya, penyanyi yang mengemari muzik aliran R&B, pop, dan blues ini betul-betul terlibat dalam pengubalannya dengan menciptakan beberapa lagu. Beliau dibantu oleh sejumlah ahli muzik handal seperti Tohpati ‘ Bontot’, Thomas Ramdhan (GIGI), Irwan Simanjuntak, dan banyak lagi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]