Thích Quảng Đức

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Thích Quảng Ðức)


Thích Quảng Đức (1897 – 11 Jun 1963; nama lahir: Lâm Văn Túc, kemudiannya Nguyễn Văn Khiết) merupakan seorang sami Buddha (atau "biksu") yang membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap pemerintah pimpinan Presiden Vietnam Selatan Ngô Đình Diệm. yang menindas majoriti bergama Buddha di negara tersebut.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Riwayat hidup Quang Duc ada banyak dicatat dari informasi beberapa organisasi Buddha. Tercatat bahwa beliau lahir di desa Hoi Khanh, distrik Van Ninh, provinsi Khanh Hoa, Vietnam. Saat lahir, beliau bernama Lâm Văn Túc, satu dari tujuh anak yang lahir dari pasangan Lâm Hữu Ứng dan istrinya, Nguyễn Thị Nương. Saat berusia 7 tahun, beliau mempelajari Buddhisme di bawah bimbingan Hòa thượng Thích Hoằng Thâm, yang merupakan paman dan guru spiritualnya. Thích Hoằng Thâm membesarkannya dan Lâm Văn Túc mengganti namanya menjadi Nguyễn Văn Khiết. Pada usia 15 tahun, beliau menjadi samanera dan menjadi seorang biksu pada usia 20 dengan nama dharma Thích Quảng Đức. Setelah diangkat, beliau pergi ke sebuah pegunungan di dekat Ninh Hòa dan bersumpah untuk menjalani kehidupan Buddhisme yang tenang, sehingga bertapa selama tiga tahun. Ia nantinya akan kembali untuk membuka pagoda Thien Loc di pegunungan tempat beliau menyepi.[1][2]

Setelah masa isolasi dirinya selesai, beliau kemudian mengelilingi Vietnam tengah untuk menjelaskan dharma. Setelah dua tahun, dia menyepi di pagoda Sac Tu Thien An di dekat Nha Trang. Pada tahun 1932, beliau menjadi pengawas Asosiasi Buddhis di Ninh Hòa sebelum menjadi pengawas biksu di tempat tinggalnya di provinsi Khánh Hòa. Selama periode ini, di Vietnam tengah, beliau bertanggung jawab atas pembangunan 14 kuil.[3] Pada tahun 1934, beliau pindah dan berkelana di Vietnam bagian selatan untuk menyebarkan ajaran Buddha. Pada masanya di Vietnam selatan, beliau juga menghabiskan dua tahun di Kamboja untuk mempelajari tradisi Buddhisme Theravada.

Sekembalinya dari Kamboja, beliau mengawasi pembangunan 17 kuil baru di daerah selatan. Kuil terakhir dari 31 kuil baru yang beliau bangun adalah pagoda Quan The Am di distrik Phu Nhuan, Gia Dinh, di pinggiran kota Saigon.[3] Jalan tempat berdirinya kuil tersebut kini dinamai dari Quang Duc. Setelah pembangunan kuil selesai, Đức ditunjuk untuk menjadi Ketua Ritus Seremonial Kongregasi Biksu Vietnam, dan sebagai kepala pagoda Phuoc Hoa, yang merupakan tempat awal Asosiasi Pembelajaran Buddhis Vietnam (ABSV).[3] Ketika pusat ABSV berpindah tempat ke Pagoda Xa Loi, pagoda utama Saigon, Đức mengundurkan diri.[1]

Insiden pembakaran diri[sunting | sunting sumber]

Latar belakang penyebab[sunting | sunting sumber]

Bendera Buddha
Bendera Kota Vatican yang menjadi simbol penganut Kristian

Presiden Vietnam Selatan Ngô Đình Diệm yang menganut agama Kristian mazhab Katolik Rom mengamalkan dasar-dasar yang menindas terhadap warga Vietnam yang beragama Buddha. Penganut Buddha dilayan seperti rakyat kelas kedua walaupun mereka terdiri dari 80% penduduk Vietnam Selatan.[4][5][6][7] Ramai pegawai kerajaan Vietnam Selatan menganut agama Katolik semata-mata untuk memastikan mereka tidak dipecat. Bantuan bekalan senjata untuk militia pedalaman diutamakan untuk kampung-kampung majoriti Katolik, sehingga ada kampung yang terpaksa memeluk agama tersebut secara besar-besaran kerana terdesak meminta bantuan.[8] Para penganut Kristian dikecualikan secara de facto menjalani kerja buruh wajib pemerintah (corvée).[9]

Beberapa pendeta Katolik Roma pun juga memiliki pasukan pribadi.[10] Mereka melakukan pengubahan agama paksa serta menjarah, menembaki, dan menghancurkan pagoda di beberapa wilayah, sementara pemerintah menutup mata.[11] Beberapa desa Buddha menjadi Katolik secara massal untuk mendapatkan bantuan atau menghindari pemindahan paksa oleh rezim Diệm.[12] Status "privat" yang ditetapkan oleh Prancis untuk Buddhisme, yang mewajibkan mereka yang hendak mengadakan kegiatan Buddhisme di depan umum untuk memiliki izin resmi, tidak dicabut oleh Diệm.[13] Orang Katolik juga secara de facto dibebaskan dari kerja paksa yang wajib dilakukan oleh semua warga negara, sementara bantuan dari Amerika Serikat tidak dibagikan secara proporsional dan diberikan lebih banyak ke desa yang mayoritas beragama Katolik.[14]

Pihak Gereja Katolik merupakan pemilik tanah besar di negara tersebut[15] malah mendapat pengecualian khusus dalam akuisisi hartanah sementara lahan milik Gereja Katolik Roma dibebaskan dari reformasi peladamgan.[16] Bendera Vatikan selalu dikibarkan di semua acara besar umum di Vietnam Selatan,[17] dan Diệm mendedikasikan negaranya kepada Bunda Maria pada tahun 1959.[14]

Ketidakpuasan orang Buddha memuncak apabila pemerintahan Ngo mengarakan Bendera Buddha tidak boleh dikibarkan pada Hari Wesak tetapi bendera Kota Vatikan boleh dikibarkan semasa hari keraian Katolik, pengharaman ini lebih diburukkan memandangkan pengibaran bendera agama dibenarkan sewaktu pertabalan Ngô Đình Thục, abang Diệm, sebagai Ketua Uskup Huế.[18] Massa Buddha menolak larangan tersebut dan menentang pemerintah dengan mengibarkan bendera Buddhis pada hari Waisak serta bergerak ke stasiun siaran pemerintah. Pasukan pemerintah kemudian menembaki kelompok tersebut, sehingga menewaskan sembilan orang. Diệm menolak bertanggung jawab dan menyalahkan Viet Cong, sehingga semakin banyak muncul demonstrasi Buddhis yang menuntut kesetaraan agama.[19] Tuntutan mereka meliputi:

  1. Pencabutan pelarangan pengibaran bendera Buddhis
  2. Kebebasan beragama seperti umat Katolik
  3. Agar tidak memandang agama sebagai asosiasi
  4. Penghentian penganiayaan orang Buddha
  5. Pampasan untuk waris dan keluarga korban penembakan Hue dan penghukuman para pelaku

Meskipun demikian, Diem tetap tidak mahu memenuhi tuntutan Buddhis, sehingga frekuensi protes pun meningkat.

Pembakaran diri[sunting | sunting sumber]

Sami Thich Quang Duc membakar diri beliau di atas jalan di bandar Saigon pada 11 Jun 1963. Pada hari tersebut beliau dan 350 sami Buddha yang lain berarak beramai-ramai membawa sepanduk bertulis yang mengecam polisi-polisi pemerintah Diệm terhadap penganut Buddha serta menuntut kesamarataan beragama dalamkalangan Republik Vietnam.[20] Seorang sami yang lain menawarkan diri pada asalnya untuk membakar diri sebagai ganti, namun Đức tetap dipilih kerana lebih alim atau tua.[21] Setibanya di persimpangan jalan berhampiran Istana Presiden, Sami Thich Quang Duc keluar dari kereta yang dinaikinya. Seorang sami lain meletakkan bantal di atas jalan di mana Duc duduk bersila di atasnya dan bertafakur. Seorang lagi sami menuangkan 5 galon minyak petrol ke atas tubuh Duc sambil beliau mengucap mantera memuji Buddha, sebelum Duc menyalakan mancis dan membakar dirinya.[22]

Gambar wartawan Malcolm Browne mengenai Quang Duc semasa pembakaran dirinya; gambar yang sama memenangi Gambar Akhbar Sedunia 1963.

Thich Quang Duc terbakar dengan marak tetapi menurut saksi yang hadir beliau langsung tidak bergerak dari kedudukannya mahupun bersuara.[23] Semasa beliau terbakar pihak polis cuba memadamkan api tetapi sami-sami yang berarak berjaya menghalang mereka. Apabila api semakin marak orang ramai dan juga beberapa orang polis mula sebak menyembah Thich Quang Duc yang sudah hangus terbakar. Seorang sami berucap kepada orang ramai (dalam bahasa-bahasa Inggeris dan Vietnam) berkata: "seorang sami Buddha membakar dirinya sehingga mati. Sami ini telah mati menjadi martir."[note 1] Selepas 10 minit api terpadam dengan sendirinya. Mayat Duc dibalut dengan kain kuning dibawa ke Tokong Xá Lợi di pusat Saigon oleh sami-sami yang lain untuk dibakar dengan sempurna. Rombongan pelajar yang berada di depan tokong tersebut membawa sepanduk menyatakan "seorang Sami Buddha membakar dirinya untuk lima permintaan kami."[20]

Sepucuk surat ditulis Duc sebagai warkah terakhirnya dibacakan tidak lama sepeas kematian beliau:

"Sebelum saya menutup mata saya ke arah matlamat si Buddha, saya ingin dengan hormatnya merayu kepada Presiden Ngo Dinh Diem agar bersimpatilah terhadap rakyat negara ini serta mengenakan kesamarataan beragama agar tanah air dikekalkan kekuatannya selamanya. Saya menyeru kepada para sami, ahli-ahli sangha dan penganut biasa yang dihormati agar bersatu mempertahankan agama Buddha."[note 2]

Lapan hari kemudian jasad Thich Quang Duc dibakar sekali lagi dalam sebuah upacara pengebumian beliau. Suatu keajaiban berlaku di mana jantung beliau tidak terbakar walaupun bahagian tubuh beliau yang lain terbakar menjadi abu.[21] Para penganut Buddha Vietnam percaya ini petanda beliau seorang yang berjiwa suci, maka beliau diangkat menjadi seorang Bodhisattva (Bồ Tát),[1][24] sebuah pangkat seakan wali dalam agama Buddha. Jantung tersebut dijadikan suatu peninggalan yang kini disimpan dalam Tokong Xá Lợi.[25] Beribu-ribu warga Saigon juga mengaku melihat wajah Buddha menangis di atas langit pada petang hari kematian Duc.

Pihak pemerintah Vietnam Selatan sendiri cuba merampas abu dan jantung beliau tetapi tidak berjaya. Pelbagai taktik digunakan pemerintahan Diệm untuk menghalang penganut Buddha dari bangkit mementang kerajaan. Gambar yang diambil oleh Malcolm Browne menjadi tersebar ke seluruh dunia lalu menjadi simbol penentangan terhadap rejim Diệm; Malcolm sendiri memenangi Hadiah Pulitzer dalam kategori Gambar Tahunan Terbaik atas impak penangkapan gambar tersebut.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teks asal: "A Buddhist priest burns himself to death. A Buddhist priest becomes a martyr."
  2. ^ Teks asal: ...Trước khi nhắm mắt về cảnh Phật, tôi trân trọng kính gởi lời cho Tổng thống Ngô Đình Diệm nên lấy lòng bác ái từ bi đối với quốc dân và thi hành chánh sách bình đẳng tôn giáo để giữ vững nước nhà muôn thủa. Tôi tha thiết kêu gọi chư Đại Đức Tăng Ni và Phật tử nên đoàn kết nhất trí hy sinh để bảo tồn Phật giáo...[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Nhị Tường 2005. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "qd" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Huỳnh Minh 2006, halaman 266–267.
  3. ^ a b c Huỳnh Minh 2006, halaman 268
  4. ^ Gettleman 1966, halaman 275–276, 366
  5. ^ Unattributed 1963a
  6. ^ Tucker 2000, halaman 49, 291, 293
  7. ^ Ellsberg 1971, halaman 729–733
  8. ^ Buttinger, p. 993
  9. ^ Jacobs p. 91
  10. ^ Warner 1963, halaman 210
  11. ^ Fall 1963, halaman 199
  12. ^ Buttinger 1967, halaman 993.
  13. ^ Karnow 1997, halaman 294
  14. ^ a b Jacobs 2006, halaman 91
  15. ^ Karnow, p. 294
  16. ^ Buttinger 1967, halaman 933.
  17. ^ Harrison 1963a, halaman 5–6
  18. ^ Miller, Edward (2013). Misalliance: Ngo Dinh Diem, the United States, and the Fate of South Vietnam. Boston: Harvard University Press. m/s. 266. ISBN 978-0-674-07298-5.
  19. ^ Jacobs 2006, halaman 140–50
  20. ^ a b Jacobs 2006, halaman 147
  21. ^ a b Karnow 1997, halaman 297
  22. ^ Browne 1963
  23. ^ Halberstam 1965, halaman 211
  24. ^ Huỳnh Minh 2006, halaman 266
  25. ^ Jacobs 2006, halaman 148

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]