Thabo Mbeki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thabo Mvuyelwa Mbeki
Thabo Mbeki - World Economic Forum on Africa 2008.jpg

Tempoh jawatan
14 Jun 1999 – 25 September 2008[1]
Naib Presiden Jacob Zuma
Phumzile Mlambo-Ngcuka
Didahului oleh Nelson Mandela
Diganti oleh Kgalema Motlanthe

Tempoh jawatan
14 Jun 1999 – 25 Februari 2003
Didahului oleh Nelson Mandela
Diganti oleh Mahathir bin Mohamad

Lahir 18 Jun 1942 (72 tahun)[2]
Idutywa, Afrika Selatan
Parti politik ANC
Pasangan Zanele Dlamini[3]

Thabo Mvuyelwa Mbeki[4] (lahir 18 Jun 1942, Idutywa, Queenstown, Eastern Cape) merupakan ahli politik Afrika Selatan yang telah berkhidmat sebagai Presiden Afrika Selatan semenjak tahun 1999[2] sehingga September 2008.[1] Pada 20 September 2008, beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas satu seruan daripada Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Kongres Kebangsaan Afrika.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lahir dan dibesarkan di Idutywa (Transkei), apa yang dipanggil sebagai provinsi Eastern Cape Afrika Selatan, Mbeki merupakan satu daripada empat anak Epainette dan Govan Mbeki. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dan Parti Komunis Afrika Selatan. Bahasa ibunda beliau ialah bahasa Xhosa. Ibubapanya merupakan guru dan aktivis di kawasan kekuatan ANC, dan Mbeki menggambarkan dirinya sebagai "lahir ke dalam pertelagahan"; satu potret Karl Marx duduk di dalam gambar keluarga, dan satu potret Mohandas Gandhi tergantung di dinding.[6]

Mbeki belajar di sekolah rendah di Idutywa dan Butterworth dan mendapat pendidikan persekolahan tinggi di Lovedale, Alice. Dalam tahun 1959, beliau telah dikeluarkan dari sekolah disebabkan dan dipaksa untuk belajar di rumah. Dalam tahun yang sama, beliau menduduki peperiksaan matrikulasi di Sekolah Tinggi St. John, Umata. Dalam tahun-tahun pengajian, beliau melengkapkan peperiksaan "A" level dan mengambil sarjana ekonomi sebagai pelajar luar dengan University of London. Semasa zaman ini, ANC telah dibatalkan dan Mbeki telah terlibat dengan aktiviti bawah tanah di kawasan Pretoria-Witwatersrand. Beliau juga terlibat dalam menggerakkan pelajar dalam menyokong seruan ANC supaya duduk di rumah sebagai satu protes menentang pembentukan satu republik.

Perletakan jawatan[sunting | sunting sumber]

Mbeki telah mengumumkan dengan rasminya perletakan jawatan beliau pada 21 September, 2008, pada 19:30 waktu Afrika Selatan (17:30 UTC), sebagai hasil daripada keputusan Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Kongres Kebangsaan Afrika untuk tidak menyokongnya di parlimen. Ini telah datang selepas beberapa hari penolakan keputusan pada siasatan terhadap Presiden ANC Jacob Zuma mengenai tuduhan rasuah disebabkan kesilapan prosedur, yang mana di dalam ruling, inferens yang dibuat oleh kemungkinan gangguan politik oleh Mbeki dan yang lainnya semasa di dalam perbicaraan beliau. Parliamen telah bersidang pada 22 September dan telah menerima perletakan jawatan berkuatkuasa 25 September. Walau bagaimanapun oleh kerana seorang MP bagi parti pembangkang, Barisan Pembebasan telah mengisytiharkan bangkangannya kepada perletakan jawatan tersebut, satu perdebatan telah ditetapkan keesokan harinya.

Dalam kes-kes seperti kekosongan kerusi presiden, perlembagaan menghendaki penggantinya berkhidmat sebagai pemangku presiden: sama ada timbalan presiden, speaker parlimen, atau sesiapa jua Ahli Parlimen yang dipilih oleh parlimen boleh mengambi peranan presiden negara tersebut sehingga pilihan raya yang akan datang. Presiden ANC Jacob Zuma yang kemungkinannya akan dipilih menjadi presiden pada pilihan raya akan datang tidak layak kerana pada masa sekarang beliau tidak menjawat antara ketiga-tiga jawatan tersebut.[7] Timbalan presiden kini Phumzile Mlambo-Ngcuka kemungkinannya tidak akan dipilih kerana hubungan rapatnya dengan Mbeki dan kerana suaminya Bulelani Ngcuka terlibat dalam keputusan mendakwa Zuma dengan rasuah. Oleh itu, Speaker Parlimen Baleka Mbete telah disebut sebagai calon pemangku presiden.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Cabinet bids farewell to Mbeki", SABC news, 2008-09-25. Dicapai pada 2008-09-25. “His resignation came into effect at midnight.” 
  2. 2.0 2.1 The Presidency (2004-10-14). "GCIS: profile information: Thabo Mvuyelwa Mbeki, Mr". GCIS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-16. http://web.archive.org/web/20070416053536/http://www.info.gov.za/leaders/president/index.htm. Capaian 2007-11-27. 
  3. Naidoo, Prakash (2006-07-07). "Zanele Mbeki: redefining the role of first lady". Financial mail. BDFM Publishers. http://free.financialmail.co.za/projects06/topwomen06/ntop.htm. Capaian 2007-07-21. 
  4. Office of the Deputy Executive President (1996-09-13). "Biography of Thabo Mbeki". ANC. http://www.anc.org.za/ancdocs/history/mbeki/bio/. Capaian 2007-07-21. 
  5. 5.0 5.1 "SA's Mbeki says he will step down", BBC news, 2008-09-20. Dicapai pada 2008-09-21. 
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan govan tidak disediakan
  7. Cohen, Mike, Nasreen Seria. "South Africa faces power vacuum as Mbeki forced out (update3)", bloomberg.com, 2008-09-21. Dicapai pada 2008-09-21. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikisource
Jawatan politik
Didahului oleh
Frederik Willem de Klerk
Timbalan Presiden Afrika Selatan
1994–1999
Diikuti oleh:
Jacob Zuma
Didahului oleh
Nelson Mandela
Presiden Afrika Selatan
1999-2008
Diikuti oleh:
Kgalema Motlanthe
Didahului oleh
Levy Mwanawasa
Pengerusi Kesatuan Afrika
2002–2003
Diikuti oleh:
Joaquim Chissano
Didahului oleh
Nelson Mandela
Setiausaha Agung NAM
1999–2003
Diikuti oleh:
Mahathir bin Mohamad