Thailand

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
ราชอาณาจักรไทย
Ratcha Anachak Thai

Kerajaan Negara Thai
Bendera Thailand Jata Thailand
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: Phleng Chat
Lagu DiRaja: Phleng Sansoen Phra Barami
Lokasi Thailand
Ibu negara Bangkok (Krung Thep)
{{coor dm|13|44|N|100|30|E|type:country(514,000)}}
Kota  terbesar Bangkok
Bahasa rasmi Bahasa Thai
Kerajaan Raja Berperlembagaan
 - Raja Raja Bhumibol Adulyadej
 - Perdana Menteri Samak Sundaravej
 - Presiden Majlis Keselamatan Negara
Kemerdekaan  
 - kerajaan Sukhothai 1238–1368 
 - kerajaan Ayutthaya 1350–1767 
 - kerajaan Thonburi 1767 ke 7 April 1782 
 - kerajaan Ratanakosin 7 April 1782 sehingga sekarang 
Keluasan
 - Jumlah 514,000 km² (ke-49)
198,115 km persegi 
 - Air (%) 0.4
Penduduk
 - Anggaran Julai 2006 64,631, 5951 (19)
 - Bancian 2000 60,916,441
 - Kepadatan 126/km² (80th2)
/km persegi
KDNK (KKP) Anggaran 2005
 - Jumlah $560.7 billion (21)
 - Per kapita $8,300 (69)
IPM  (2004) 0.784 (sederhana) (ke-72)
Mata wang Baht (฿) (THB)
Zon waktu (UTC+7)
 - Musim panas (DST) (UTC+7)
Domain Internet .th
Kod panggilan +66
1Anggaran bagi negara ini dengan jelas mengambil kira kadar kematian disebabkan oleh AIDS; ini boleh mengakibatkan turunnya jangka hayat, dan meningkatnya kadar kematian, kadar pertumbuhan lebih rendah, dan pertukaran dalam taburan penduduk dari segi umur dan seks.
2 Berdasarkan Julai 2005.

Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Prathēt Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehinggalah 11 Mei 1949. Perkataan Thai (ไทย) bermaksud "bebas" dalam bahasa Thai. Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Thailand Thailand negara anggta asean yang sejak berlakunya sistem konstisusi kerajaan tahun 1931 di guncang 15 kali kudeta merupakan .....................

[sunting] Politik

Rencana utama: Politik di Thailand

[sunting] Sejarah

Semenjak pembaharuan politik dari negara raja mutlak pada tahun 1932, Thailand telah mengalami 17 perlembagaan dan piagam.[1][2] Selama ini, bentuk kerajaan sering berubah-ubah dari diktator tentera ke demokrasi berpilihan raya, namun semua kerajaan ini mengiktiraf raja turun-temurun sebagai ketua negara.[3][4]

[sunting] 1997 hingga 2006

Perlembagaan 1997 adalah perlembagaan pertama yang digubal oleh Perhimpunan Mendraf Perlembagaan yang dipilih orang ramai, maka itu digelarnya "Perlembagaan Rakyat".[5]

Perlembagaan 1997 mewujudkan satu perundangan dwidewan yang terdiri daripada Dewan Rakyat (สภาผู้แทนราษฎร, Sapha Phutan Ratsadon) 500 kerusi dan Senat (วุฒิสภา, Wuthisapha) 200 kerusi. Buat julung kalinya dalam sejarah Thai, kedua-dua dewan ini dipilih melalui undian orang ramai. Banyak hak asasi manusia yang diakui dengan jelas sekali, dan langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kestabilan kerajaan terpilih. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui sistem first-past-the-post, iaitu hanya seorang calon dengan majoriti mudah boleh dipilih dalam satu kawasan undian. Ahli-ahlu Senat pula dipilih berdeasarkan sistem wilayah, iaitu satu wilayah boleh memberikan lebih daripada seorang Senator bergantung kepada bilangan penduduknya. Ahil-ahli Dewan Rakyat berkhidmat dalam penggal empat tahun, smeentara ahli Senat pula penggal enam tahun.

Sistem mahkamah (ศาล, saan) mernagkumi sebuah mahkamah perlembagaan yang bidang kuasanya meliputi keperlembagaan akta-akta parlimen, titah diraja, dan hal-hal politik.

Pilihan raya umum Januari 2001, iaitu pilihan raya pertama di bawah Perlembagaan 1997, disifatkan sebagai pilihan raya yang paling terbuka dan paling bebas rasuah dalam sejarah Thai.[6] Kerajaan yang terpilih pula ialah kerajaaan pertama dalam sejarah Thai yang melengkapkan penggal empat tahun. Pilihan raya 2005 menyaksikan kehadiran pengundi tertinggi dalam sejarah Thai dan diingati kerana pengurangan pembelian undi yang nyata berbanding pilihan raya sebelumnya.[7][8][9]

Pada tahun 2006, tekanan besar yang timbul daripada tuduhan-tuduhan rasuah menyebabkan Thaksin Shinawatra mengadakan pilihan raya kilat. Pihak pembangkang memulaukan pilihan raya ini maka Thaksin dipilih semula. Tekanan masih semakin banyak, hingga menyebabkan rampasan kuasa oleh tentera pada 19 September 2006.

[sunting] Selepas rampasan kuasa 2006

Dengan sokongan padu rakyat, sebuah junta tentera menggulingkan kerajaan Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006. Junta ini memansuhkan perlembagaan, membubarkan Parlimen dan Mahkamah Perlembagaan, menahan dan kemudian memecat beberapa ahli kerajaan, mengisytiharkan pemerintahan tentera, dan melantik seorang ahli Majlis Rahsia Raja, Jeneral Surayud Chulanont, sebagai Perdana Menteri. Junta ini kemudian menulis satu perlmbagaan sementara yang amat singkat dan melantik sebarisan panel untuk menggubal satu perlembagaan yang kekal. Junta juga melantik sebuah perundangan 250 ahli, yang dikritik sebagai "bilik jeneral-jeneral" dan ketiadaan wakil-wakil daripada majoriti yang miskin.[10][11] Dalam rang perlembagaan sementara ini, ketua junta dibenarkan melucut jawatan Perdana Menteri bila-bila masa. Perundangan tidak dibenarkan mengadakan undian percaya menentang Kabinet dan orang awam dilarang memfailkan koman pada rang undang-undang.[12] Perlembagaan sementara ini kemudian disusuli perlembagaan tetap pada 24 Ogos 2007.

Pemerintahan tentera ditarik barik separa pada Januari 2007. Junta masih menapis media dan dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Larangan kegiatan politik ditarik balik pada Julai 2007,[13] berikutan pembubaran Parti Thai Rak Thai pada 30 Mei. Perlembagaan baru telah diluluskan melalui pungutan suara pada 19 Ogos, yang bakal memulihkan pilihan raya demokratik pada 23 Disember 2007.

Thailand masih kekal sebagai ahli aktif ASEAN.

[sunting] Provinsi

Rencana utama: Provinsi Thailand

Thailand dibahagikan kepada 75 provinsi (changwat), di mana ia dibahagikan kepada 5 kumpulan. Terdapat juga dua daerah khas, termasuklah Bangkok. Segelintir orang Thai masih menganggap Bangkok sebagai satu provinsi tersendiri.

Setiap provinsi pula dibahagikan kepada daerah-daerah yang kecil. Sehingga tahun 2000, Thailand mempunyai 796 daerah, 80 sub-daerah, dan 50 daerah Bangkok (khet). 75 provinsi adalah seperti berikut:

[sunting] Utara

Chiang Mai, Chiang Rai, Kamphaeng Phet, Lampang, Lamphun, Mae Hong Son, Nakhon Sawan, Nan, Phayao, Phetchabun, Phichit, Phitsanulok, Phrae, Sukhothai, Tak, Uthai Thani, Uttaradit

[sunting] Timur Laut

Amnat Charoen, Buriram, Chaiyaphum, Kalasin, Khon Kaen, Loei, Maha Sarakham, Mukdahan, Nakhon Phanom, Nakhon Ratchasima, Nongbua Lamphu, Nong Khai, Roi Et, Sakhon Nakhon, Sisaket, Surin, Ubon Ratchathani, Udon Thani, Yasothon.

[sunting] Timur

Chanthaburi, Chonburi, Prachinburi, Rayong, Sa Kaeo, Trat

[sunting] Tengah

Ang Thong, Ayutthaya, Chachoengsao, Chainat, Kanchanaburi, Lopburi, Nakhon Nayok, Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Ratchaburi, Samut Prakan, Samut Sakhon, Samut Songkhram, Saraburi, Sing Buri, Suphan Buri

[sunting] Selatan

Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phattalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani, Trang, Yala

[sunting] Kerajaan Daerah Khas

Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Mueang Pattaya (Pattaya)

[sunting] Geografi

Sebuah air terjun di Sai Yok National Park.
Sebuah air terjun di Sai Yok National Park.
Rencana utama: Geografi Thailand

Pada 513,000 km², Thailand adalah negara yang ke ke-49 terbesar didunia. Saiz negara Thai boleh disamakan dengan negara Sepanyol, dan dikatakan lebih besar dari negeri California, Amerika Syarikat.

[sunting] Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Thailand

[sunting] Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Thailand

Majoriti penduduk Thailand ialah etnik Thai dan Laos yang beragama Buddha.

Manakala di 4 wilayah di selatan Thailand, majoriti penduduknya adalah Melayu Muslim.

[sunting] Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Thailand

[sunting] Lihat juga

Koordinat: 13°44° N 100°30° E


Wilayah Thailand Bendera Thailand
Ibu negara: Bangkok
Utara: Chiang Mai | Chiang Rai | Kamphaeng Phet | Lampang | Lamphun | Mae Hong Son | Nakhon Sawan | Nan | Phayao | Phetchabun | Phichit | Phitsanulok | Phrae | Sukhothai | Tak | Uthai Thani | Uttaradit
Timur Laut: Amnat Charoen | Buriram | Chaiyaphum | Kalasin | Khon Kaen | Loei | Maha Sarakham | Mukdahan | Nakhon Phanom | Nakhon Ratchasima | Nongbua Lamphu | Nong Khai | Roi Et | Sakhon Nakhon | Sisaket | Surin | Ubon Ratchathani | Udon Thani | Yasothon
Tengah: Ang Thong | Ayutthaya | Bangkok | Chachoengsao | Chainat | Kanchanaburi | Lopburi | Nakhon Nayok | Nakhon Pathom | Nonthaburi | Pathum Thani | Phetchaburi | Prachuap Khiri Khan | Ratchaburi | Samut Prakan | Samut Sakhon | Samut Songkhram | Saraburi | Sing Buri | Suphanburi
Selatan: Chumphon | Krabi | Nakhon Si Thammarat | Narathiwat | Pattani | Phang Nga | Phattalung | Phuket | Ranong | Satun | Songkhla | Surat Thani | Trang | Yala
Timur: Chanthaburi | Chonburi | Prachinburi | Rayong | Sa Kaeo | Trat

Alatan peribadi
Bahasa lain