Thaler Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Thaler Prusia (kekadang dikenali sebagai Reichsthaler) ialah mata wang Prusia sehingga 1857. Sejak 1750, nilainya tidak sama lagi dengan unit akaun Reichsthaler Jerman utara kerana kandungan logam peraknya diturunkan daripada 1/12 kepada 1/14 kandungan perak Mark Cologne, selain daripada ditempah sebagai duit syiling. Perubahan ini dilakukan oleh Philipp Graumann, dengan sistem 14 thaler = 1 Mark dikenali sebagai "Graumannscher Fuß".

Sehingga 1821, Thaler Prusia dibahagikan kepada 24 Groschen di negeri Brandenburg, dengan setiap Groschen bernilai 12 Pfennige. Di Prusia tengah-tengah pula, ia dibahagikan kepada 3 Gulden Poland = FL = Złoty Poland, dengan setiap Gulden bernilai 30 Groschen (1 Groschen = 18 Pfennige) atau 90 Schilling. Mata wang Prusia kemudian disatukan pada 1821, dengan Thaler Prusia dibahagikan kepada 30 Silbergroschen, dengan setiap Silbergroschen bernilai 12 Pfennige.

Pada 1857, Thaler Prusia digantikan dengan Vereinsthaler yang telah menjadi mata wang piawai di sebahagian besar Jerman.