Thaler St. Gallen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Thaler St. Gallen ialah mata wang St. Gallen sehingga 1798. Ia dibahagikan kepada 2 Gulden, dengan setiap Gulden bernilai 60 Kreuzer atau 240 Pfennig. Thaler St. Gallen kemudian digantikan dengan Frank Republik Helvetia pada 1798. Frank Republik Helvetia kemudian digantikan pula dengan Frank St. Gallen. Duit-duit syiling tersebut dikeluarkan oleh kedua-dua Gereja dan Bandar raya St. Gallen.

Pada akhir abad ke-18, duit syiling gereja terdiri daripada bilon-bilon 1 Pfennig, serta 1, 2, 4, 5, dan 6 Kreuzer, bersama-sama dengan:

  • 10, 12, 15, 20 dan 30 Kreuzer perak;
  • 1 Gulden; dan
  • ½ dan 1 Thaler.

Sebaliknya, duit syiling bandar raya terdiri daripada duit syiling bilon 2, 3, 6, dan 15 Kreuzer.

Rujukan[sunting | sunting sumber]