The Adventures of Sherlock Holmes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Adventures of Sherlock Holmes
Adventures of sherlock holmes.jpg
Pengarang Arthur Conan Doyle
Judul asal The Adventures of
Sherlock Holmes
Negara United Kingdom
Bahasa Inggeris
Siri Sherlock Holmes
Genre Cereka pendek detektif
Penerbit George Newnes
Tarikh terbitan 1892
Jenis media Cetak (Kulit keras)
ISBN NA
Didahului oleh The Sign of the Four
Diikuti oleh The Memoirs of Sherlock Holmes

The Adventures of Sherlock Holmes ialah himpunan 12 cerita pendek karya Sir Arthur Conan Doyle yang menceritakan kisah penyiasatan seorang detektif Inggeris bernama Sherlock Holmes.

Dua belas cerita pendek di dalamnya sebenarnya telah dipublikasikan oleh Majalah Strand mulai bulan Julai 1891 sehingga Jun 1892. Kumpulan ceritanya sendiri baru beredar di Inggeris pada 14 Oktober 1892 diterbitkan oleh George Newnes Ltd., sedangkan versi Amerika diterbitkan oleh Harper.

Buku ini pernah dilarang oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1929 kerana dituduh menyebarkan ilmu hitam, walaupun sebenarnya tiada bukti yang menguatkan pendapat tersebut. Oleh kerana itulah, beberapa tahun kemudian larangan itu dicabut.

Isi buku[sunting | sunting sumber]

The Adventures of Sherlock Holmes berisi 12 cerita pendek, iaitu:

  • Skandal di Bohemia
  • Kasus Identitas
  • Perkumpulan Orang Berambut Merah
  • Misteri di Boscombe Valley
  • Lima Butir Biji Jeruk
  • Pria Berbibir Miring
  • Batu Delima Biru
  • Lilitan Bintik-Bintik
  • Ibu Jari Sang Insinyur
  • Bangsawan Muda
  • Tiara Bertatahkan Permata Hijau
  • Petualangan di Copper Beeches

Adaptasi ke media lain[sunting | sunting sumber]

Beberapa kisah petualangan Sherlock Holmes dalam buku ini pernah dijadikan sebagai siri televisyen oleh Granada Television di Inggeris antara tahun 1984 sehingga 1994. Buku ini juga pernah diangkat ke layar lebar dengan dibintangi oleh Basil Rathbone sebagai Sherlock Holmes dan Nigel Bruce sebagai dr. John Watson. Filem tersebut disutradarai oleh William Gillete.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]