The Adventures of Sherlock Holmes (siri TV)
| The Adventures of Sherlock Holmes | |
|---|---|
| Format | Misteri |
| Pencipta | ? |
| Dibintangi | Jeremy Brett David Burke Edward Hardwicke Rosalie Williams |
| Bilangan siri | 9 (termasuk The Return of Sherlock Holmes, The Casebook of Sherlock Holmes dan The Memoirs of Sherlock Holmes) |
| Bilangan episod | 41 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Granada Television |
| Tempoh siaran | 60 ke 120 minit |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | ITV |
| Siaran asal | 1984 – 1994 |
The Adventures of Sherlock Holmes adalah nama yang diberikan pada siri adaptasi Sherlock Holmes yang dihasilkan oleh syarikat televisyen British Granada Television di antara tahun 1984 dan 1994, walaupun hanya dua siri yang memaparkan tajuk ini di skrin. Siri ini disiarkan di rangkaian ITV di UK, dan dibintangi Jeremy Brett sebagai detektif yang masyhur itu, suatu gambaran yang dianggap ramai sebagai versi skrin paling sahih Sherlock Holmes, walaupun ini merupakan hal yang sering dipertikai. Tambahan lagi, sahabat setia dan teman Holmes Dr. Watson, secara prihatin digambarkan sebagai jenis teman sampingan yang betul-betul cekap seperti yang diperlukan Holmes, dimainkan dalam dua siri pertama Adventures oleh David Burke, sebelum dia memilih untuk meninggalkan siri untuk menghabiskan masa dengan isteri dan anak lelaki kecilnya. Dia digantikan oleh Edward Hardwicke, yang bermain watak Watson untuk baki siri ini.