The Amazing Race Asia 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Amazing Race Asia 3
Logo The Amazing Race Asia
Tayangan 11 September 2008
20 November 2008
Penggambaran
Bilangan episod 11[1]
Pasukan menang Vince & Sam
Benua dilawati 1
Negara dilawati 6
Bandar dilawati 16
Jarak perjalanan 21,600 kilometer
(13,422 batu)
Bilangan pusingan 11
Kronologi musim
Sebelum The Amazing Race Asia 2
Kemudian The Amazing Race Asia 4

The Amazing Race Asia 3 merupakan siri ketiga bagi rancangan realiti The Amazing Race Asia. Rancangan ini memaparkan sepuluh pasukan yang terdiri daripada dua orang ahli setiap satu, dalam perlumbaan mengelilingi dunia untuk memenangi $AS 100,000.

Musim kali ini mula ditayangkan pada 11 September 2008 dan mengandungi 11 episod, dua episod kurang daripada musim pertama dan kedua.[1] Episod akhir pula disiarkan ke udara pada 20 November 2008.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pemilihan peserta[sunting | sunting sumber]

Permohonan bagi Musim 3 tamat pada 3 Mac 2008 (dilanjutkan daripada tarikh akhir asal iaitu 25 Februari 2008). Temuduga bagi peserta separuh akhir dan akhir telah dilakukan sekitar Mac atau April 2008. Penggambaran pula dianggarkan telah berlaku pada pertengahan 2008.[3][4]

Peserta musim ketiga kali ini menampilkan pasukan yang mempunyai sepupu dan anak beranak. Seperti musim lepas, perlumbaan kali ini banyak menampilkan personaliti media tempatan atau saudara mereka. Natalie merupakan pemenang Miss Universe 2005 dan juga isteri kepada pemain tenis Thailand, Paradorn Srichaphan.[5] Rakan pasukannya pula, Pailin, merupakan tempat kedua bagi Miss Thailand Universe 2006 dan juga menyertai Miss Earth 2006.[5] Tisha pula bekas teman wanita kepada pengacara Survivor Filipina, Paolo Bediones dan pernah memegang gelaran Miss Philippines tetapi terpaksa meepaskannya kerana beliau masih warganegara Kanada,[6] sementara Ida merupakan pelakon wanita yang terkenal di Malaysia. William dan Isaac pula ialah pengulas sukan dan agen bola sepak bagi pemain profesional dalam Liga-K Korea.[7] Bernie pula ialah pengacara Project Runway Malaysia. Vince merupakan pelawak di Hong Kong, sering membuat persembahan dan mengacarakan The TakeOut Comedy Club Hong Kong, dan juga peserta akhir pertama dari Hong Kong ke pertandingan lawak kebangsaan.[8]

Musim kali ini mempunyai tiga peserta bukan Asia; Natalie, Vince, dan Geoff merupakan rakyat Kanada. Tambahan pula, Sam, berasal dari Singapura, tetapi mewakili Hong Kong dan begitu juga Tisha yang merupakan orang Kanada tetapi berdarah Filipina.

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

The Amazing Race Asia 3 mempunyai enam penaja utama, Caltex, MASkargo, Nokia, Singha, Sony dan Standard Chartered Bank.[9] Episod khas yang memperkenalkan peserta bertajuk Racers Revealed telah ditayangkan seminggu sebelum episod bermula, iaitu pada 4 September 2008, sama seperti musim kedua.[1]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Pasukan berikut menyertai Perlumbaan kali ini, dengan hubungan antara ahli pasukan ketika penggambaran. Kedudukan mereka disenaraikan seperti berikut:


Pasukan Hubungan Kedudukan (melalui pusingan) Sekatan yang dilakukan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Hong Kong Vince & Sam Rakan baik 71 3 2 2 1 2 4 1 36 1 Vince 4, Sam 5
Filipina Geoff & Tisha Berpacaran 2 5 5 6 4 3 1> 1 3» 2 2 Geoff 5, Tisha 5
Malaysia Ida & Tania Pelakon & Pewaris 5 6 3 1 5 5 5 35 2 1 3 Ida 5, Tania 5
Singapura A.D. & Fuzzie Rakan 15 tahun 8 2 4 5 3 4 3 2 4« 46 A.D. 4, Fuzzie 5
Malaysia Henry & Bernie Adik Beradik 3 1 1 4 2 1 4< 5 Henry 3, Bernie 4
Thailand Mai & Oliver Rakan baik 1 8 6 3 64 Mai 0, Oliver 3
India Niroo & Kapil Ayah & Anak 9 4 7 73 Niroo 1, Kapil 23
Thailand Pailin & Natalie Ratu cantik 4 7 82 Pailin 1, Natalie 12
Korea Selatan Isaac & William Adik beradik 6 9 Isaac 0, William 1
India Neena & Amit Sepupu 10 Neena 0, Amit 0

Nota 1: Vince & Sam pada mulanya ditempat ke-5 tetapi tidak membayar tambang teksi. Mereka diarahkan supaya membayar tambang dulu sebelum dikira menamatkan perlumbaan.
Nota 2: Dalam Pusingan 3, Pailin & Natalie menghadapi penalti empat jam kerana Natalie gagal menghabiskan tugasan. Bagaimanapun, penalti tidak diambil kira kerana mereka pasukan terakhir seterusnya tersingkir.
Nota 3: Dalam Pusingan 4, Niroo & Kapil menghadapi penalti empat jam kerana Kapil gagal menghabiskan tugasan. Bagaimanapun, penalti tidak diambil kira kerana mereka pasukan terakhir seterusnya tersingkir.
Nota 4: Dalam Pusingan 5, Mai & Oliver gagal menyudahkannya selepas ketinggalan jauh dengan pasukan lain dalam tugasan yang pertama. Selepas semua pasukan menamatkan perlumbaan, Mai & Oliver tidak menyudahkan kedua-dua Sekatan dan Lencongan and seterusnya disingkirkan apabila Allan sampai dan mengetuk kereta mereka di mana mereka tidur pada malam itu.
Nota 5: Dalam Pusingan 8, Ida & Tania telah tiba di tempat kedua. Memandangkan mereka hampir disingkirkan pada perhentian yang lepas, mereka telah dikenakan penalti selama 30 minit lalu menyebabkan mereka berada di tempat ketiga.
Nota 6: Vince & Sam serta A.D. & Fuzzie dikenakan penalti empat jam kerana Sam dan Fuzzie gagal menyelesaikan Halangan. Memandangkan kedudukan kedua-dua pasukan tidak terjejas, A.D. & Fuzzie tidak dikenakan penalti tetapi tersingkir manakala penalti hanya dikenakan pada Vince & Sam sebelum bermulanya pusingan akhir.

  • Merah bermaksud pasukan sudah tersingkir.
  • Hijau bermaksud pasukan menang petunjuk Mara. Pusingan yang berwarna hijau bermaksud terdapat Mara tetapi tidak digunakan.
  • Biru bergaris bermaksud pasukan berada di kedudukan yang terakhir tetapi tidak disingkirkan. Walau bagaimanapun, mereka diminta untuk menyerahkan semua wang mereka.
  • Biru italik bermaksud pasukan berada di kedudukan yang terakhir tetapi tidak disingkirkan. Walau bagaimanapun, mereka harus mendapat tempat pertama dalam pusingan seterusnya atau mereka dikenakan penalti selama 30 minit.
  • > kuning bermaksud pasukan memilih untuk menggunakan Tangguh; < menunjukkan pasukan yang menerimanya. <> menunjukkan pusingan tersebut mempunyai Tangguh tetapi tidak digunakan.
  • » perang menunjukkan pasukan memilih untuk menggunakan Pusingan U; « menunjukkan pasukan yang menerimanya; «» pula adalah ketika Pusingan U disediakan tetapi tidak digunakan.

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan hadiah bagi pasukan yang menduduki tempat pertama dalam pusingan tertentu:

  • Pusingan 1 – AS$2,500 untuk setiap ahli pasukan, sumbangan Standard Chartered Bank.
  • Pusingan 2 – Bahan api percuma dengan techron selama setahun, sumbangan Caltex.
  • Pusingan 3 – Kamera Sony untuk setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 4 – Telefon bimbit Nokia N96 untuk setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 5 – Percutian tiga hari dua malam di Ko Samui, Thailand, sumbangan Singha Beer.
  • Pusingan 6 – Percutian tiga hari dua malam di Ko Samui, Thailand, sumbangan Singha Beer.
  • Pusingan 7BRAVIA dan PlayStation 3 Sony untuk setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 8 – Percutian di Hong Kong, Republik Rakyat China, sumbangan Caltex.
  • Pusingan 9 – Telefon bimbit Nokia N96 untuk setiap ahli pasukan.
  • Pusingan 10 – AS$2,500 untuk setiap ahli pasukan, sumbangan Standard Chartered Bank.
  • Pusingan 11 – AS$100,000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "AXN-Asia September 2008 Schedule" (PDF). AXN Asia. 2008-08-02. Dicapai pada 2008-08-02.
  2. ^ "Two-and-a-half S'poreans in new race". TODAYonline. Dicapai pada 2008-08-05.
  3. ^ "Application Procedure and Eligibility Requirements" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-12-29. Dicapai pada 2008-01-24.
  4. ^ "Application Form" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-12-29. Dicapai pada 2008-01-24.
  5. ^ a b "Natalie & Pailin Bio". AXN-Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2008-08-05.
  6. ^ "Cesar Montano now a grandpa". Inquirer.net. 2008-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-06. Dicapai pada 2008-08-05.
  7. ^ "William & Isaac's bio". AXN-Asia. 2008-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-09. Dicapai pada 2008-08-05.
  8. ^ "Same & Vince's bio". AXN-Asia. 2008-08-04. Dicapai pada 2008-08-10.
  9. ^ "The Amazing Race Asia 3 Is The Toughest Race Ever. Teams & Global Partners Gear Up For A Season Bar None!". AXN-Asia. 2008-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-25. Dicapai pada 2008-08-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]