The Beatles
| The Beatles | |
|---|---|
The Beatles semasa tahun 1964. Atas: John Lennon, Paul McCartney Bawah: George Harrison, Ringo Starr |
|
| Latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | "The Fab Four," "The Lads from Liverpool" |
| Berasal dari | Liverpool, England |
| Genre | Rock, pop |
| Tahun aktif | 1960–1970 |
| Label | EMI Parlophone Capitol Odeon Apple Vee-Jay Polydor Swan Tollie United Artists Records |
| Kegiatan berkait | The Quarrymen Plastic Ono Band The Dirty Mac Wings Traveling Wilburys Rory Storm and the Hurricanes Ringo Starr and His All-Starr Band |
| Laman web | www.beatles.com |
| Ahli | |
| John Lennon Paul McCartney George Harrison Ringo Starr |
|
| Bekas ahli | |
| Pete Best Stuart Sutcliffe |
|
The Beatles adalah sebuah kumpulan muzik rock dan pop dari Liverpool di England. Walaupun aktif hanya daripada 1960 hingga 1970, mereka menjadi amat terkenal untuk pencapaian mereka dalam bidang muzik, dan menjual berjuta-juta rakaman lagu-lagu mereka. Anggotanya John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Star. Lagu mereka, "Yesterday" merupakan lagu dengan paling ramai versi cover — kira-kira 2,500 versi "Yesterday" telah diterbit.
Walaupun usaha terawal mereka tertumpu pada rock and roll, R&B, dan sedikit lagu romantik, mereka kemudian mula bereksperimen dengan unsur-unsur muzik yang baru. Muzik mereka menunjuk pengaruh psikedelik, seperti "Strawberry Fields Forever", dan hard rock, seperti "Helter Skelter". Namun, lagu mereka yang paling popular merupakan lagu romantik seperti "Yesterday", "Something", "Hey Jude", dan "Let It Be". Kebanyakan lagu-lagu romantik mereka menggunakan pancaragam klasikal, sebuah langkah yang baru dalam muzik pop kontemporari.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |