The Fast and the Furious (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Siri filem The Fast and the Furious merupakan siri filem 2000an yang berkisar mengenai lumba haram yang diterbitkan oleh Universal Studios. Filem pertama, The Fast and the Furious, dibintangi Paul Walker dan Vin Diesel, diarahkan oleh Rob Cohen dan ditayangkan pada tahun 2001. Filem kedua 2 Fast 2 Furious, dibintangi Paul Walker dan Tyrese Gibson, diarahkan oleh John Singleton dan ditayangkan pada tahun 2003. Filem ketiga The Fast and the Furious: Tokyo Drift, dibintangi Lucas Black, diarahkan oleh Justin Lin dan ditayangkan pada tahun 2006. Fielm keempat, Fast and Furious, ditayangkan pada 3 April 2009 di Amerika Syarikat, dibintangi starring Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez, dan Jordana Brewster yang membawa watak lama masing-masing. Sungguhpun tiada satu pun judul filem ini yang mendapat pujian daripada para pengkritik, kesemuanya memperoleh kutipan pecah panggung yang sangat lumayan.

Judul filem[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, judul-judul dalam siri The Fast and the Furious adalah seperti berikut:-

  1. The Fast and the Furious
  2. 2 Fast 2 Furious
  3. The Fast and the Furious: Tokyo Drift
  4. Fast and Furious
  5. Fast & Furious 5

Masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Fast and Furious 5 sedang dalam peringkat pembangunan. Paul Walker berkata, “Saya telah bercakap dengan para eksekutif di Universal buat masa ini dan mereka betul-betul serius mengenainya. Mereka sedang membangunkannya. Mereka tahu di mana ia akan mengambil tempat. Mereka mahu membikinnya di Eropah.”[1] Vin Diesel menyatakan bahawa dia sentiasa merancang untuk membuat dua lagi filem. "Saya cuma memikirkan jalan cerita walaupun sebelum kami memulakan rakaman filem yang sedia ada," katanya. "Jadi, ya saya memang sedang berfikir mengenainya. Saya sebenarnya terfikir untuk merakam kedua-dua filem tersebut sekali harung dengan Universal serta dengan presiden Universal dan dia seperti, 'Apa? Kami baru sahaja hendak berehat.'"[2] Pada 12 April 2009 Universal mengumumkan bahawa "Fast and Furious 5" sedang dalam proses pembikinan dan kedua-dua Paul Walker dan Vin Diesel sudah pun disahkan berlakon dalam filem sambungan kelima tersebut.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Petunjuk

  • Kotak berwarna kelabu menunjukkan watak tersebut tidak ditampilkan di dalam filem.
Watak Filem
The Fast and the Furious 2 Fast 2 Furious Tokyo Drift Fast and Furious Fast & Furious 5 Fast & Furious 6
Dominic Toretto Vin Diesel Vin Diesel
Brian O'Conner Paul Walker Paul Walker
Letty Ortiz Michelle Rodriguez Michelle Rodriguez
Mia Toretto Jordana Brewster Jordana Brewster
Roman Pearce Tyrese Gibson Tyrese Gibson
Han Lue Sung Kang
Sean Boswell Lucas Black

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan pecah panggung Rujukan
Seluruh dunia Amerika Syarikat Amerika Syarikat Luar AS Seluruh dunia
The Fast and the Furious 7 September 2001 22 Jun 2001 $144,533,925 $62,750,000 $207,283,925 [3]
2 Fast 2 Furious 5 Jun 2003 6 Jun 2003 $127,154,901 $109,195,760 $236,350,661 [4]
The Fast and the Furious: Tokyo Drift 15 Jun 2006 16 Jun 2006 $62,514,415 $95,953,877 $158,468,292 [5]
Fast and Furious 1 April 2009 3 April 2009 $153,616,625 $192,852,683 $346,469,208 [6]
Jumlah $486,001,996 $438,696,821 $924,698,817

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]