The Herald

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Herald, The Catholic Weekly
Jenis suratkhabar mingguan
Format Padat
Pemilik Tan Sri Archbishop Murphy Pakiam, DD, bagi pihak the Catholic Bishops of Peninsular Malaysia
Penyunting Father Lawrence Andrew, SJ
Diasaskan 8 September, 1994
Ibu pejabat Archdiocesan Pastoral Centre, 5 Jalan Robertson, 50150 Kuala Lumpur
Edaran 14,000
Laman web [http://www.heraldmalaysia.com/

The Herald ialah majalah akhbar mingguan di Malaysia yang diterbitkan oleh Ketua Biskop Katolik Rom Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam khusus untuk penganut agama Kristian Katolik. Majalah Herald diterbitkan dalam empat bahasa - bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil - mempunyai pengedaran sebanyak 14,000 nashkah.[1]Penerbit majalah ini mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana bertegas mahu menggunakan istilah 'Allah', bukannya Jesus, Tuhan, atau God. Selama ini mereka patuh kepada arahan agar tidak menggunakan istilah Allah. Sekarang mereka berpendapat istilah Jesus, Tuhan atau God tidak cukup bermakna berbanding istilah Allah. Kes akhbar ini berakhir dengan keputusan bahawa akhbar ini boleh menggunakan perkataan 'Allah'.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu nama "Allah"[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Malaysia v. The Herald

Penggunaan perkataan "ALlah"[sunting | sunting sumber]

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum meminta penerbitnya membuang seksyen Bahasa Malaysia atau permitnya tidak diperbaharui. Pada 2003, kitab Injil dalam bahasa Iban telah diharamkan kerana ia menterjemah perkataan "God" kepada "Allah Taala". Arahan itu ditarik balik selepas mendapat bantahan daripada masyarakat Kristian.[3]

Alasan yang dikemukakan[sunting | sunting sumber]

Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur merasakan mereka berhak menggunakan istilah itu kerana istilah itu termasuk dalam bahasa Melayu dan berasal dari bahasa Arab. Sebagai rakyat Malaysia, mereka berpendapat berhak menggunakannya.

  1. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak memberi kuasa kepada KDN melarang The Herald menggunakan istilah Allah.
  2. Istilah Allah bukan ekslusif kepada agama Islam sahaja.
  3. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara jelas tentang istilah Allah.
  4. Dalam Perkara 3(1) ini, KDN tidak diberi kuasa untuk campur tangan . Oleh itu boleh dianggap sebagai sebagai 'ultra vires'.
  5. Campur tangan KDN ditafsir sebagai melanggar kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama.
  6. Pemohon berhak mendidik penganutnya dan apa yang sesuai untuk penganutnya.[4]

Bantahan masyarakat Islam di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Penggunaan perkataan Allah di Indonesia. Perhatikan ayat ("Allah memberikan AnakNya...")

Pihak berkuasa Islam di Malaysia tidak dapat menerima penggunaan istilah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Kristian itu. Ia tidak pernah berlaku dan tidak lazim di Malaysia walaupun pernah berlaku di luar negara seperti di Indonesia, Mesir dan lain-lain.

Majlis agama Islam itu ialah:

  1. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP)
  2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  3. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam)
  4. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Dalam Islam Allah bermaksud tuhan yang Maha Esa, yang hanya layak disembah, tuhan yang tidak beranak dan memperanakkan. Nabi Isa itu adalah manusia, bukan tuhan. Dalam Bible sendiri ada mencatatkan bahawa ada manusia yang dilahirkan tanpa bapa dan boleh bercakap semasa bayi. Konsep tritunggal tidak ada dalam Islam.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan Herald menggunakan istilah alternatif seperti Tuhan. Istilah yang pelbagai dapat memperkayakan bahasa Melayu. Contohnya ulama dan ustaz bagi orang Islam, rahib , paderi dan biskop bagi agama Kristian dan sami bagi Hindu. Di Malaysia ada masjid, surau gereja, kuil dan tokong.[5]

Jesus juga patut ditukar kepada Nabi Isa.

Pada 12 Februari 2008, kerajaan Malaysia mengeluarkan surat melarang The Herald menggunakan istilah Allah. [6]

Majlis Gurdwara Malaysia yang mewakili masyarakat Sikh turut berminat menjadi pencelah.

Perbicaraan di mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Oktober 2009, Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 November 2009 untuk menerima atau menolak pencelahan 8 pihak berkuasa agama Islam. Peguam S.Selvarajah mewakili gereja itu.Peguam mewakili pencelah ialah Abdul Rahim Sinwah .

Pada September 2009, Mahkamah Persekutuan dalam kes Majlis Agama Islam Selangor lwn Bong Boon Chuen & 150 yang lain, bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan pencelahan dalam prosiding semakan kehakiman mengikut Perintah 15, Peraturan 6(2)(b) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980.

Pada 3 Ogos 2009, Hakim Lau memutuskan bahawa 8 pihak iaitu Majlis Agama Islam Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Melaka, dan Persatuan Cina Muslim Malaysia - mempunyai kepentingan daripada segi undang-undang dalam isu itu dan boleh mencelah.

Pada 7 Januari 2009 ,Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kerajaan Malaysia melarang penerbit The Gerald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan "Herald-The Catholic Weekly". Sebaliknya Gereja berpendapat bahawa arahan kerajaan ini salah di sisi undang-undang dan bahawa perkataan "Allah" bukan hanya eksklusif untuk agama Islam sahaja.

Pada 16 Februari 2009 penerbit The Herald memfailkan permohonan baru bagi semakan kehakiman. Permohonan serupa pada 2008 dianggap sebagai akademik kerana permit penerbitan The Herald bagi 1 Januari hingga 31 Disember 2008 telah tamat tempoh. [7]

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa the Herald boleh boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]