The House Bunny

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The House Bunny
Poster
PengarahFred Wolf
PenulisKirsten Smith
Karen McCullah Lutz
Dihasilkan olehAllen Covert
Anna Faris (eksekutif)
Adam Sandler
DibintangiAnna Faris
Emma Stone
Colin Hanks
Kat Dennings
Dana Goodman
Katharine McPhee
Rumer Willis
Beverly D'Angelo
Kiely Williams
Sarah Wright
Tyson Ritter
SinematografiShelly Johnson
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
22 Ogos 2008
Masa tayangan
98 min.
Negara Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$25,000,000
Pecah panggung$61,907,801

The House Bunny merupakan filem 2008 yang berunsurkan komedi romantik. Ia diarah oleh Fred Wolf (filem kedua beliau) dan ditulis oleh penulis skrip filem Legally Blonde, Kirsten Smith dan Karen McCullah Lutz. Filem ini disiarkan di Amerika Syarikat pada 22 Ogos 2008. Ia dibintangi oleh Anna Faris, Colin Hanks, Emma Stone, Katharine McPhee, Rumer Willis, Kiely Williams, Tyson Ritter, dan Kat Dennings. DVD dipasarkan mulai 19 Disember 2008 will be released on December 19, 2008.[1]

Anna Faris melakonkan watak sebagai Shelley Darlington, bekas pelayan (Playboy bunny) di Playboy Club yang akhirnya menjadi waden di Zeta Alpha Zeta.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Shelley (Anna Faris) merupakan pelayan di Playboy Club dengan dilimpahi kemewahan. Sehari selepas menyambut hari jadinya yang ke-27, beliau menerima nota yang disampaikan dari Hugh Hefner. Surat terbabit meminta beliau supaya mengemas kesemua barangnya dan berpindah keluar dari rumah itu. Beliau duduk dipinggir jalan dan terserempak dengan para gadis yang cantik dan bergembira. Beliau mengekori gadis-gadis itu dan mendapati bahawa gadis-gadis itu tinggal di dalam kemewahan. Shelley menceritakan kisahnya dan berharap agar dapat tinggal di dalam rumah sororiti itu tetapi beliau ditolak. Beliau disarankan oleh salah seorang waden rumah itu supaya pergi ke Zeta Alpha Zeta kerana mereka memerlukan waden baru.

Semasa memohon di Zeta Alpha Zeta, permohonan Shelley sekali lagi ditolak. Namun, keadaan menjadi sebaliknya apabila para penghuni Zeta Alpha Zeta melihat bagaimana Shelley dapat melakukan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan iaitu menarik perhatian pelajar lelaki. Maka, bermulalah tugas Shelley mengubah nasib rumah sororiti Zeta Alpha Zeta supaya rumah dan penghuninya menjadi popular.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak
Anna Faris Shelley Darlington
Colin Hanks Oliver
Christopher McDonald Dekan Simmons
Beverly D'Angelo Mrs. Hagstrom
Emma Stone Natalie
Katharine McPhee Harmony
Rumer Willis Joanne
Kiely Williams Lilly
Kat Dennings Mona
Dana Goodman Carrie Mae
Kimberly Makkouk Tanya
Monet Mazur Cassandra
Tyson Ritter Colby
Sarah Wright Ashley
Rachel Specter Courtney
Owen Benjamin Marvin
Hugh M. Hefner Diri sendiri
Holly Madison Diri sendiri
Bridget Marquardt Diri sendiri
Kendra Wilkinson Diri sendiri

Bunyi runut[sunting | sunting sumber]

Sororiti di dalam filem[sunting | sunting sumber]

Zeta Alpha Zeta[sunting | sunting sumber]

Lebih dikenali sebagai "Zeta." Dihuni oleh tujuh orang pelajar perempuan yang tidak popular. Apabila Shelley menjadi waden mereka, beliau telah melakukan perubahan ke atas kesemua ahli Zeta. Dari seorang yang kurang berkeyakinan, anti-sosial, tidak popular kepada seorang yang berkeyakinan, popular, pandai bergaul dan berterampilan menarik.

Phi Iota Mu[sunting | sunting sumber]

Sororiti yang paling terkenal di kampus dan menjadi pilihan kebanyakan pelajar perempuan. Menjadi terancam apabila Zeta mengalami perubahan mendadak sehingga membuatkan mereka melakukan khianat terhadap Zeta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]