The Jakarta Post

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Jakarta Post
TheJakartaPost.gif
Logo The Jakarta Post
Jenis Surat khabar harian
Pemilik PT Bina Media Tenggara
Diasaskan 1983
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Laman web [1]

The Jakarta Post merupakan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang berpejabat di Jakarta. Akhbar ini diterbitkan pada 1982, ketika Menteri Penerangan Ali Moertopo dan Jusuf Wanandi (yang mewakili akhabar Suara Karya terbitan Parti Golongan Karya), telah sepakat untuk membentuk sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang bermutu.

Perusahaan PT Bina Media Tenggara, pemilik surat khabar ini, juga ditubuhkan pada tahun itu juga. Pada ketika itu sebenarnya sudah terdapat akhbar 'Indonesia Times' dan 'Indonesian Observer' yang merupakan dua akhbar harian berbahasa Inggeris yang terdapat di pasaran Indonesia.

Pada 25 April 1983 terbitlah akhbar pertama The Jakarta Post dengan lapan halaman, yang memuatkan berita mengenai kegiatan pengintip Rusia di daerah itu. Ia berjaya menjual sejumlah 5,474 naskhah. Sementara itu, peredaran dan penjualannya sekarang mencapai 50,000 naskah. The Jakarta Post merupakan satu-satunya akhbar antarabangsa dari Indonesia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]