The King's Speech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The King's Speech
Poster tayangan pawagam filem The King's Speech
Poster tayangan panggung wayang
PengarahTom Hooper
PenulisDavid Seidler
Dihasilkan olehIain Canning
Emile Sherman
Gareth Unwin
DibintangiColin Firth
Geoffrey Rush
Helena Bonham Carter
Guy Pearce
Timothy Spall
Derek Jacobi
Jennifer Ehle
Michael Gambon
SinematografiDanny Cohen
Disunting olehTariq Anwar
Muzik olehAlexandre Desplat
Syarikat
penerbitan
See-Saw FilmsUK Film Council
See-Saw Films
Bedlam Productions
Diedarkan olehThe Weinstein Company
Momentum Pictures
Tarikh tayangan
6 September 2010 (Festival Filem Telluride)
7 January 2011 (United Kingdom)
Masa tayangan
118 minit
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
Bajet$15 juta[1]
Pecah panggung$414.2 juta[2]

The King's Speech ialah filem drama sejarah 2010 Britain diarahkan oleh Tom Hooper dan ditulis oleh David Seidler. The King's Speech dicalonkan untuk 14 BAFTA, dan menang tujuh daripadanya; 12 pencalonan Anugerah Akademi, dan menang empat daripadanya termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik; dan tujuh Golden Globes, dengan Colin Firth memenangi untuk Pelakon Terbaik.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Raja George V mangkat tahun 1936 dan putera sulungnya David naik takhta sebagai Raja United Kingdom yang baharu. Walau bagaimanapun, baginda raja beberapa lama kemudian berkenan dengan seorang sosialit kaya Amerika Syarikat bernama Wallis Simpson - baginda berhasrat mahu berkahwin dengan Simpson, namun peranan baginda sebagai Ketua Gereja England di mana mazhabnya melarang berkahwin dengan seseorang janda yang masih ada bekas suami masih hidup lagi mengekangnya berbuat demikian. Pada ketika ini juga, pewaris kedua takhta U.K iaitu Putera Albert, Duke York mendapakan latihan khas daripada seorang pakar terapi percakapan dari Australia bernama Lionel Logue untuk merawat kegagapan yang sudah lama dihidapinya.

Apabila Edward VIII memutuskan untuk turun takhta serta melepaskan semua gelaran dirajanya untuk berkahwin dengan Simpson, Albert kini mendapat peluang besar mewarisi takhta diraja United Kingdom; Albert segera berbuat demikian atas saranan Perdana Menterinya Stanley Baldwin. Pewaris yang bergelar Raja George VI kini bertemu Lionel untuk membincangkan persiapan sebelum baginda ditabalkan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus dan baginda dikehendaki membuat kenyataan mengisytiharkan perang bersama Perancis ke atas Jerman Nazi pada tahun 1939, Lionel dipanggil ke Istana Buckingham untuk sama-sama menyiapkan bersama ucapan tersebut agar ia dapat dijalankan dengan lancarnya bagi rakyat jelata baginda raja di Britain dan seluruh pelusuk Empayar British.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan guard tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boxoffice tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]