The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Lord of the Rings:
The Fellowship of the Ring
PengarahPeter Jackson
PenulisNovel:
  J.R.R. Tolkien
Lakon layar:
  Frances Walsh
  Philippa Boyens
  Peter Jackson
Dihasilkan olehPeter Jackson
Michael Lynne
Mark Ordesky
Robert Shaye
Bob Weinstein
Harvey Weinstein
DibintangiElijah Wood
Ian McKellen
Liv Tyler
Viggo Mortensen
Sean Astin
Cate Blanchett
John Rhys-Davies
Billy Boyd
Dominic Monaghan
Orlando Bloom
Christopher Lee
Hugo Weaving
Sean Bean
Ian Holm
Andy Serkis
Marton Csokas
Craig Parker
Lawrence Makoare
Diedarkan oleh- AS -
New Line Cinema
- bukan AS -
Warner Bros.
Negara Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring merupakan sebuah filem arahan Peter Jackson dan dilancarkan 19 Disember 2001 seluruh dunia (20 Disember di Malaysia) dengan tempoh jalan cerita selama 178 minit. Filem ini merupakan permulaan bagi trilogi filem dan mengisahkan pengembaraan dalam jilid pertama karangan J. R. R. Tolkien iaitu The Lord of the Rings. Lakon layar telah dikarang oleh Fran Walsh, Philippa Boyens dan Peter Jackson. Filem ini telah dilakukan pengambarannya di New Zealand serentak untuk dua sekuelnya juga dan jika dikumpulkan perbelanjaan bagi semua filem adalah AS$ 270 juta.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Versi alih suara Bahasa Malaysia ditayangkan di HBO Asia pada 22 June 2012 pada 9:00PM.

Watak Pelakon Bahasa Malaysia Alih suara
(2012, televisyen)
Frodo Baggins Elijah Wood Fathull Hussein
Samwise Gamgee Sean Astin Lokman Salamat
Gandalf the Grey Ian McKellen Azuan Wanji Shamsir
Aragorn (Strider) Viggo Mortensen Azhar M. Nor
Galadriel Cate Blanchett
Boromir Sean Bean Adzlan Nazir
Arwen Evenstar Liv Tyler Mardiana Ismail
Gimli son of Glóin John Rhys-Davies Khairul Akmar Hasan
Meriadoc Brandybuck (Merry) Dominic Monaghan Azhar M. Nor
Peregrin Took (Pippin) Billy Boyd Az Rahma
Legolas Orlando Bloom Khairul Akmar Hasan
Saruman the White Christopher Lee Azhar M. Nor
Sauron Sala Baker
Elrond Hugo Weaving Az Rahman
Bilbo Baggins Ian Holm
Rosie Cotton Sarah McLeod
Celeborn Marton Csokas
Haldir of Lórien Craig Parker
Gollum Andy Serkis
Lurtz Lawrence Makoare

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler


Sauron, Penguasa Cincin telah bangkit dan mengancam untuk menakluk Bumi-tengah. Untuk menghentikan kekejaman tersebut, Frodo Baggins harus memusnahkan dengan mencampakkan satu-satunya cincin Sauron ke dalam nyalaan api di Gunung Doom. Manusia, hobbit, ahli sihir, pari-pari dan orang kerdil membentuk satu persahabatan untuk membantunya dalam misi tersebut.

Dia mengembara dari kampung halamannya di Shire bersama Sam, Merry dan Pippin ke Bree di mana mereka bertemu Aragorn. Malangnya, mereka diburu oleh Penunggang Hitam, lalu mereka harus tiba ke Rivendell iaitu tempat mereka memutuskan untuk membawa cincin tersebut ke Mordor, dan di mana mereka mula disertai Gandalf, Gimli, Legolas dan Boromir. Mereka dengan sedaya upaya merentasi pergunungan tetapi tidak mampu akibat kekuatan sihir Saruman. Lalu mereka mengambil jalan melalui lombong Moria, di mana Gandalf jatuh ke dalam gaung ketika bertarung dengan Balrog. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke negeri pari-pari di Lothlórien, dan memudiki Sungai Besar Anduin di mana persahabatan itu berpecah ketika diserang Uruk-hai. Boromir terbunuh, dan Aragorn, Gimli dan Legolas bersama menjejaki Uruk-hai yang telah menangkap Merry dan Pippin. Frodo dan Sam pula menuju ke timur ke arah Mordor.

Kesan khas[sunting | sunting sumber]

The Fellowship of the Ring menggunakan kesan digital, praktiikal dan solekan bagi seluruh filem. Antara ilusi yang dipaparkan dalam hampir semua babak adalah skala ketinggian watak. Elijah Wood, yang melakonkan watak Frodo, adalah 5kaki 6inci (1.68 m) tinggi sebenar tetapi watak Frodo Baggins hanya hampir-hampir empat kaki tinggi. Banyak lagi yang digunakan untuk menampilkan suku hobbits (dan Gimli si Kerdil) sebagai watak yang kecil. (Nasib baik, John-Rhys Davies — yang memainkan watak Gimli — tidaklah begitu tinggi dibandingkan pelakon hobbit, maka dia tidak perlu dirakamkan secara berasingan.) Pendua skala besar dan kecil turut digunakan dalam babak-babak tertentu. Pada satu detik, Frodo berlari di koridor Bag End, diikuti oleh Gandalf. Elijah Wood dan Ian McKellen dirakamkan pada waktu yang berlainan dan menggunakan skala yang berbeza untuk tempat tersebut. Terdapat juga cara yang lain untuk menunjukkan perbezaan ketinggian di antara hobbit apabila berinteraksi dengan Manusia dan Pari-pari. Agak mengejutkan bagi pembuat filem apabila kaedah melutut turut boleh digunakan sebagai kesan khas.

Bagi pertarungan dengan Sekutu Akhir dan pengikut Sauron ketika permulaan filem, sistem animasi CGI yang dikembangkan dipanggil Massive, dimajukan oleh Stephen Regelous yang membolehkan ribuan "watak" aimasi dalam program bertindak dengan bebas. Ini membantu merealisasikan ilusi bagi pertarungan tersebut.

Lokasi penggambaran[sunting | sunting sumber]

Senarai lokasi penggambaran dengan mengikut susunan kemunculan dalam filem:

Lokasi
Rekaan
Lokasi Sebenar
di New Zealand
Kawasan
di New Zealand
Hobbiton Matamata Waikato
Taman Isengard Harcourt Park Upper Hutt
Hutan Shire Otaki Gorge Road  
Feri Bucklebury Keeling Farm Manakau
Hutan berhampiran Bree Takaka Hill Nelson
Trollshaws Waitarere  
Benteng Bruinen Simpanan Arrowtown Queenstown
Rivendell Taman Kaitoke Upper Hutt
Eregion Gunung Olympus Nelson
Dale Tasik Alta The Remarkables
Dimrill Dale Gunung Owen Nelson
Lothlórien Tasik Wakatipu Queenstown
Sungai Anduin Sunagi Rangitikei  
Sungai Anduin Poet's Corner Upper Hutt
Parth Galen Paradise Glenorchy
Amon Hen Tasik Mavora Milford Sound

Perbezaan dan sisihan dari sumber[sunting | sunting sumber]

Sebahagian peminat buku asal telah memberi rungutan bahawa lakon layer filem tersebut mengubah beberapa karya asal Tolkien. Kebanyakan yang menentang hanya berkaitan hal yang kecil dan remeh dan tidak diendahkan oleh sebilangan penonton yang lain. Walau bagaimanapun, banyak orang terkejut dengan filem ini yang berbeza dari buku dalam banyak perkara penting.

  • Babak akhir sebenarnya diambil dari bab pertama jilid kedua, The Two Towers.
  • Parti ulangtahun kelahiran Bilbo sebenarnya adalah sambutan bersama dengan ulangtahun kelahiran Frodo (yang ketika itu berumur 33) kerana mereka mempunyai tarikh kelahiran yang sama. Terdapat kontroversi mengatakan tetamu jemputan ke parti itu adalah seramai 144 orang iaitu jumlah umur bagi kedua-dua watak tersebut.
  • Dalam buku, pengembaraan Persahabatan tersebut berlaku 20 tahun selepas parti ulangtahun Bilbo. Dalam filem, jangka masa itu telah dibuang dan mengambil kira umur sejak dari permulaan filem. (Perlu diketahui yang dalam buku, Frodo lebih tua dari Merry, Pippin dan Sam, tetapi dalam filem, umur mereka hampir sama.)
  • Saruman hanya disebut dalam satu bab dalam buku tetapi wataknya ditampilkan sebagai musuh utama Persahabatan dalam filem. Sebagai tambahan, watak Lurtz dicipta sebagai pengikut Saruman. Pembuat filem membuat pertukaran ini kerana Saruman adalah watak penting dalam jilid kedua dan mereka merasakan watak tersebut perlu diperkenalkan dengan lebih baik dan terang dan mereka perlukan watak yang lebih jahat dalam filem pertama.
  • Pengembaraan hobbit dari Shire ke Bree yang merangkumi lima bab dalam novel telah dipotong hinggakan perjalan mengambil masa sekejap sahaja. Perkara ini termasuklah interaksi mereka dengan Tom Bombadil, yang langsung diabaikan dari filem.Masa yang diperuntukkan di Bree juga pendek, dan memotong berkenaan kuda padi, Bill. Juga hila adalah plot sampingan ketika Frodo berpura-pura ingin pulang ke rumah pusaka di Buckland dengan bantuan sahabat hobbitnya (yang dalam buku menjadi kumpulan pengkomplot Sam dan diperkenalkan dengan cara berlainan).
  • Arwen Evenstar mempunyai peranan yang lebih besar dan penggantian watak Glorfindel dari novel menimbulkan kemarahan peminat Tolkien yang setia.
  • Perwatakan Boromir dikembangkan dan pertahanan terakhirnya di Amon Hen dimasukkan dalam layar (peristiwa ketika dalam jilid buku seterusnya walaupun ia secara kronologinya sama waktu dengan bab terakhir Persahabatan Cincin)
  • Beberapa babak pertarungan dibesar-besarkan. Dalam buku Persahabatan hanya membunuh beberapa orcs di Moria, tetapi dalam filem, mereka bertarung dengan satu gerombolan bersama dengan trol guaSeperti di Amon Hen, Legolas, dan Gimli membunuh beberapa orcs dan Aragorn tidak lihat satu pun yang hidup. Walau bagaimanapun, dalam filem, ia ditunjukkan sebagai kemuncak pertarungan apabila semua ahli kecuali Frodo dan Sam membunuh beberpa makhluk. Juga dalam buku, beberapa Uruk-hai Saruman berada dalam pertarungan itu. Buku menyatakan tentera hanya mempunyai orc, tetapi dalam filem digabungkan bersama Uruk-hai.
  • Keadaan penamatan filem amat berbeza dengan bahan asal. Buku itu ditamatkan dengan keadaan yang kucar-kacir. Frodo dan Sam tidak tahu yang terdapatnya serangan orc, Aragorn, Legolas, dan Gimli tahu terdapat hobbit yang ditangkap tetapi tak tahu siapa dan Merry dan Pippin tidak tahu yang lainnya telah berpecah. Bagi file, penulis lakonlayar mahukan penamatan yang lebih jelas dan memuaskan memandangkan para penonton tidak akan menonton sambungannya buat tempoh masa setahun. Maka, watak lebih mengetahui akan apa yang berlaku: Frodo mengucapkan selamat tinggal pada yang lain (Aragorn), Merry dan Pippin menyedari yang dia pergi dan Aragorn, Legolas, dan Gimli menyedari yang mereka telah melakukan peranan mereka untuk Frodo dan harus menyelamatkan Merry dan Pippin. Perubahan ini membolehkan filem kedua bermula dengan aksi mendadak dan berterusan.

Sesetengah peminat menyatakan, jika dibandingkan dengan filem lain yang diadaptasi dari karya sastera, filem ini dan sekuelnya masih mengikut sumber yang asal, hanya dengan sedikit perubahan yang bersesuaian dengan media penyampai. (Buku boleh menerangkan watak dan perwatakan melalui pemikiran dan cetusan idea dan berkembang bersama jalan cerita tetapi filem hanya boleh menggunakan kesan audio visual dengan had masa dan peruntukan wang.)

Peruntukan masa[sunting | sunting sumber]

Seseorang itu boleh membuat perbandingan analisis antara buku dan filem dengan membandingkan babak dengan bab dan muka surat dengan masa. Bab yang paling sedikit muka per minit adalah bab yang difokuskan dalam filem.

Bahagian Muka Minit muka/minit
Buku Satu 180muka 64:10 2.8mpm
 Bab I 22muka 19:30 1.1mpm
 Bab II 23muka 9:40 2.4mpm
 Bab III 21muka ~4:20 ~4.8mpm
 Bab IV 13muka ~4:20 ~3.0mpm
 Bab V 12muka ~4:20 ~2.8mpm
 Bab VI 14muka 0:00
 Bab VII 12muka 0:00
 Bab VIII 15muka 0:00
 Bab IX 14muka 5:30 2.5mpm
 Bab X 13muka 0:30 26.0mpm
 Bab XI 21muka 10:00 2.1mpm
 Bab XII 18muka 6:00 3.0mpm
Buku Dua 180muka 95:10 1.9mpm
 Bab I 21muka 12:50 1.6mpm
 Bab II 33muka 6:50 4.8mpm
 Bab III 23muka 9:40 2.4mpm
 Bab IV 27muka 10:00 2.7mpm
 Bab V 12muka 17:40 0.7mpm
 Bab VI 21muka 2:30 8.4mpm
 Bab VII 15muka 10:10 1.5mpm
 Bab VIII 13muka 0:50 15.6mpm
 Bab IX 15muka 3:10 4.7mpm
 Bab X 12muka 21:30 0.6mpm
tambahan dalam filem 0muka 4:00 0.0mpm
Jumlah 375muka 170:00 2.2mpm

Skor[sunting | sunting sumber]

Skor muzik bagi filem Lord of the Rings dikarang oleh Howard Shore. Dua lagu asal, termasuk lagu tema, "May It Be", yang dikarang dan dinyanyikan oleh Enya, yang membenarkan labelnya, Reprise Records, melancarkan runut bunyi bagi filem ini dan dua sekuelnya.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, filem ini memenangi empat Anugerah Akademi dari 13 pencalonan. Kategori yang dimenangi adalah Sinematografi Terbaik; Kesan Terbaik: Kesan Visual; Muzik Terbaik: Skor Asal; dan Solekan Terbaik. Pencalonan yang lain adalah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ian McKellen), Arahan Seni Terbaik-Hiasan Set, Rekaan Kostum Terbaik, Pengarah Terbaik, Suntingan Terbaik, Muzik Terbaik:Lagu (Enya, Nicky Ryan dan Roma Ryan bagi "May It Be"), Filem Terbaik, Bunyi Terbaik dan Penulisan Terbaik: Lakonlayar Berdasarkan Bahan yang Pernah Diterbitkan.

Filem ini juga memenangi Anugerah Hugo pada tahun 2002 Bagi Persembahan Dramatik Terbaik.

Selepas tamat tempoh tayangannya, ia termasuk dalam sepuluh teratas dalam keuntungan kasar seluruh dunia yang mengaut AS$860,700,000). (Sumber: Carta Filem Teratas IMDB).

Kejayaan tersebut membuatkan filem membawakan Edisi Tambahan (208 minit), dengan suntingan terbaru bersama muzik kesan khas tambahan. Versi itu dilancarkan dalam bentuk DVD pada 12 November 2002 bersama empat ulasan dan banyak lagi bahan tambahan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Filem berikutan[sunting | sunting sumber]

Rencana lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]