The Mickey Mouse Club

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Mickey Mouse Club
Format Children's
Variety show
Pencipta Bill Walsh
Hal Adelquist
Walt Disney
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan episod 360
Penerbitan
Penerbit Bill Walsh (1955-1958)
Tempoh siaran 30 atau 60 minit
Syarikat penerbitan Walt Disney Productions
Penyiaran
Saluran asal ABC
Bersindiket
Disney Channel
Siaran asal Oktober 3, 1955 (1955-10-03) – Mac 7, 1996 (1996-03-07)

The Mickey Mouse Club ialah sebuah rancangan televisyen aneka ragam buatan Amerika Syarikat yang bermula pada tahun 1955, diterbitkan oleh Walt Disney Productions dan disiarkan oleh ABC, menampilkan sebarisan seniman muda yang bersilih ganti. The Mickey Mouse Club dicipta oleh Walt Disney. The series has been revived, reformatted and reimagined several times since Semenjak mula-mula ditayangkan pada tahun 1955–1959 di ABC, rancangan ini pernah dihidupkan semula dan diperbaharui pada 1970-an dan 1980-an.

Siri 1950-an[sunting | sunting sumber]

The Mickey Mouse Club merupakan usaha kedua Walt Disney dalam menghasilkan sebuah siri televisyen selepas siri televisyen antologi Walt Disney yang mula-mula bertajuk Disneyland. Disney menggunakan kedua-dua rancangan ini untuk membiayai dan mempromosikan pembinaan taman tema Disneyland. Oleh sebab kesibukannya dengan projek-projek ini dan lain-lain lagi, Disney menyerahkan The Mickey Mouse Club kepada Bill Walsh untuk mencipta dan memajukan format dengan bantuan Hal Adelquist.[1]

Hasilnya ialah sebuah rancangan aneka ragam untuk kanak-kanak yang menampilkan ciri-ciri yang lazim seperti filem berita, kartun, dan siri, di samping segmen muzik, bakat dan komedi. Antara ciri unik yang terpapar dalam rancangan ini ialah "Mouseketeer Roll Call", yang mana kebanyakan barisan seniman tetap memperkenalkan diri mereka di hadapan penonton televisyen. Dalam siri, para muda-mudi berdepan dengan pelbagai cabaran dalam situasi seharian tetapi selalu mengatasinya dengan akal budi, kepintaran mahupun nasihat orang tua. Mickey Mouse sendiri muncul dalam setiap rancangan bukan sahaja dalam kartun lama yang asalnya dibikin untuk tayangan di pawagam, bahkan juga dalam segmen pembukaan, perantaraan dan penutupan yang dibuat khas untuk rancangan ini. Dalam kartun lama dan segmen animasi baru, Mickey disuarakan oleh penciptanya Walt Disney. (Disney sudah tentu pernah meminjamkan suaranya kepada watak itu untuk tayangan pawagam mulai tahun 1928 hingga 1947, kemudian tugas itu diambil alih oleh seniman efek bunyi, Jimmy MacDonald.)

Barisan seniman[sunting | sunting sumber]

Mickey Mouse Club diacarakan oleh Jimmie Dodd, seorang penggubah lagu dan Ketua Mouseketeer yang memainkan peranan sebagai pemimpin di dalam dan luar siaran televisyen. Selain itu, beliau sering mengadakan segmen ringkas untuk memesan para penonton muda supaya membuat pilihan yang bijak secara moral. Syarahan-syarahan kecil ini dikenali sebagai "Doddisms".[1] Roy Williams, seorang pelukis kakitangan Disney, turut muncul dalam rancangan ini sebagai Big Mooseketeer. Roy mencadangkan supaya barisan seniman memakai telinga Mickey Mouse yang diciptanya bersama Chuck Keehne, Hal Adelquist, dan Bill Walsh.

Ahli-ahli barisan seniman muda ini dikenali sebagai "Mouseketeer". Mereka mempersembahkan pelbagai jenis pertunjukan muzik dan tarian, di samping beberapa segmen penerangan. Ahli-ahli Mouseketeer yang paling terkenal membentuk "Pasukan Merah" yang terdiri daripada Annette Funicello, Tommy Cole, Darlene Gillespie, Cheryl Holdridge (masuk pada tahun kedua), Bobby Burgess, Doreen Tracey, Cubby O'Brien, Karen Pendleton, Lonnie Burr, Sharon Baird, Dennis Day (tahun pertama dan kedua), Nancy Abbate (tahun pertama sahaja), dan Jay-Jay Solari (tahun kedua sahaja). (Cubby dan Karen pada mulanya ialah Meeseketeers kerana merekalah yang paling muda dalam kumpulan itu)

Ahli-ahli Mouseketeer yang lain pula menyertai Pasukan Putih atau Biru, antaranya Don Agrati (kemudian dikenali sebagai Don Grady), Sherry Alberoni, Billie Jean Beanblossom, Johnny Crawford, Jonathan A. Kahn (a.k.a. Tio Juan), Eileen Diamond, Dickie Dodd (tiada pertalian dengan Jimmy Dodd), Mary Espinosa, Bonnie Lynn Fields, Judy Harriet, Linda Hughes, Dallas Johann, John Lee Johann, Bonni Lou Kern, Charlie Laney, Larry Larsen, Paul Petersen, Lynn Ready, Mickey Rooney Jr., Tim Rooney, Mary Lynn Sartori, Bronson Scott, Michael Smith, Margene Storey, Ronnie Steiner, Mark Sutherland dan Don Underhill.[2] Dennis Day merupakan seorang Mouseketeer selama dua musim; yang lain pula lebih singkat keahlian mereka. Larry Larsen yang muncul pada tahun 1956-57 sahaja, merupakan Mouseketeer tertua yang lahir pada tahun 1939. Antara ribuan mereka yang diuji bakat tetapi tidak berjaya ialah penyanyi/penulis lagu Paul Williams dan pelakon Candice Bergen.

Antara seniman bukan Mouseketeer yang muncul dalam pelbagai segmen dramatis:[1]

Para seniman bukan Mouseketeer ini sering muncul dalam siri-siri asli yang dirakam khusus buat The Mickey Mouse Club. Sesetengah ahli Mouseketeer juga ditampilkan dalam siri, khususnya Annette Funicello dan Darlene Gillespie.

Siri[sunting | sunting sumber]

Antara siri-siri utama ialah:[1]

  • Spin and Marty (tiga siri, dibintangi Tim Considine dan David Stollery)
  • The Hardy Boys (tiga siri, dibintangi Tim Considine dan Tommy Kirk)
  • Corky and White Shadow, dibintangi Darlene Gillespie
  • Walt Disney Presents: Annette, dibintangi Annette Funicello
  • Adventure in Dairyland, menampilkan Funicello dan Sammy Ogg, dan memperkenalkan Kevin Corcoran sebagai Moochie
  • Siri pendidikan Jiminy Cricket (empat siri animasi yang mendidik kanak-kanak tentang pelbagai topik).
  • The Adventures of Clint and Mac (dibintangi Neil Wolfe sebagai Clint Rogers dan Jonathan Bailey sebagai Alastair "Mac" MacIntosh.)
  • Boys of the Western Sea

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema pembukaan, "The Mickey Mouse March," ditulis oleh pengacara dewasa utama rancangan, Jimmie Dodd.[1] Ia juga diulangi di akhir setiap episod, dengan rangkap "it's-time-to-say-goodbye" (waktu untuk berpisah) yang lebih perlahan. Lagu tema ini juga mendapat versi lebih singkat yang disiarkan di akhir siri, zaman sindiket dan ulang tayang di Disney Channel. Dodd turut menggubah pelbaga lagu yang dimainkan dalam satu demi satu segmen sepanjang tempoh rancangan ini ke udara.

Tema[sunting | sunting sumber]

Setiap hari dalam seminggu ada tema khas yang dicerminkan dalam pelbagai segmen. Tema-tema itu ialah:

  • Isnin - Fun with Music (seronok bersama muzik)
  • Selasa - Guest Star (tetamu istimewa)
  • Rabu - Anything Can Happen (apa sahaja boleh berlaku)
  • Khamis - Circus (sarkas)
  • Jumaat - Talent Round-up (himpunan bakat)

Waktu siaran[sunting | sunting sumber]

Siri ini disiarkan di rangkaian ABC selama sejam setiap hari Isnin hingga Jumaat pada musim 1955–1956 dan 1956-1957 (5:00–6:00 ptg Waktu Timur), dan hanya setengah jam hari Isnin hingga Jumaat (5:30–6:00 ptg Waktu Timur) pada musim 1957–1958, iaitu musim terakhir yang menawarkan rancangan baru. Walaupun rancangan itu kembali untuk musim 1958–1959 (5:30–6:00 petang Waktu Timur), namun ia merupakan ulang tayang dari dua musim pertama yang disunting kepada format setengah jam. The Mickey Mouse Club ditampilkan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, manakala Walt Disney's Adventure Time yang menampilkan ulang tayang siri dalaman The Mickey Mouse Club dan beberapa segmen yang disunting semula dari Disneyland dan Walt Disney Presents, disiarkan pada hari Selasa dan Khamis.

Pemberhentian[sunting | sunting sumber]

Walaupun masih disukai ramai, namun ABC mengambil keputusan untuk memberhentikan The Mickey Mouse Club selepas musim keempat, kerana Disney dan rangkaian ABC tidak dapat mencapai kata sepakat untuk memperbaharui rancangan ini.[3] Pembatalan pada September 1959 dikaitkan dengan beberapa faktor: studio Disney tidak mencapai margin keuntungan yang tinggi daripada penjualan barang dagangan, para penaja tidak berminat dengan rancangan pendidikan untuk kanak-kanak, dan bilangan iklan yang banyak diperlukan untuk membiayai rancangan ini. Setelah memberhentikan The Mickey Mouse Club, ABC juga melarang Disney daripada menyiarkan The Mickey Mouse Club di rangkaian lain.[4] Walt Disney memfailkan tuntutan mahkamah terhadap ABC, lalu meraih pampasan setelah mencapai penyelesaian. Bagaimanapun, beliau terpaksa bersetuju bahawa kedua-dua rancangan Mickey Mouse Club dan Zorro tidak boleh disiarkan di mana-mana rangkaian utama. Oleh itu, cuma tinggal Walt Disney's Wonderful World of Color (kemudian ditukar tajuk menjadi Wonderful World of Disney) sebagai satu-satunya rancangan Disney yang tinggal dalam waktu perdana hingga 1972, apabila The Mouse Factory ke udara. Larangan terhadap sebarang rangkaian penyiaran AS daripada menayangkan Mickey Mouse Club yang asli (atau mana-mana versi terbaru) menjadi boleh dipertikaikan apabila Disney membeli ABC pada tahun 1996, tetapi tiada rancangan untuk ABC menayangkan sebarang versi The Mickey Mouse Club yang diterbitkan mulai tahun 1955 hingga 1996, ataupun siri rangkaian yang baru.

Jelajah Australia[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun siri itu diberhentikan di Amerika Syarikat, namun ramai ahli barisan senimannya berhimpun lagi untuk mengadakan jelajah yang disambut hebat di Australia pada tahun 1959–1960. Siri televisyen ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di Australia dan masih ditayangkan di televisyen Australia. Barisan pelakonnya mengejutkan penonton di Australia kerana mereka sudah membesar dan semakin matang hingga tidak serupa lagi dengan seniman muda yang masak dikenali oleh penonton Australia. Televisyen arus perdana tidak sampai di Australia sehingga tahun 1956, maka siri itu ditayangkan sehingga 1960-an.

Penyatuan Semula[sunting | sunting sumber]

Hampir kesemua Mouseketeers asal telah disatukan semula untuk siaran TV istimewa, yang telah disiarkan di dalam Disney's Wonderful World pada November 1980.

Beberapa Mouseketeers asal telah beraksi bersama-sama di Disneyland pada musim luruh 2005, dalam menghayati ulang tahun ke-50 Disneyland dan ulang tahun ke-50 TV perdana The Mickey Mouse Club.

Versi 1970-an, New Mickey Mouse Club[sunting | sunting sumber]

Pada 1970-an, Walt Disney Productions menghidupkan semula dan memodenkan Mickey Mouse Club dengan latar yang baru dan rakaman semula lagu tema dengan rentak disko. Seperti dalam siri asal, hampir setiap episod menayangkan kartun lama yang berwarna dari tahun 1930-an ke atas.

Mickey dipersuarakan oleh pelakon suara dan penyunting efek bunyi, Wayne Allwine dalam segmen animasi rancangan. Allwine terus menyumbangkan suaranya kepada watak itu hingga kematiannya pada tahun 2009.

Siri[sunting | sunting sumber]

Segmen bersiri lazimnya terdiri daripada filem Disney lama yang dipotong kepada segmen untuk disertakan dua kali seminggu. Antara filem-filem yang terbabit ialah Third Man on the Mountain, The Misadventures of Merlin Jones dan susulannya The Monkey's Uncle Emil and the Detectives (ditukar tajuk menjadi The Three Skrinks),Tonka (ditukar tajuk menjadi A Horse Called Comanche), The Horse Without a Head, dan Toby Tyler (dibintangi Kevin Corcoran). Selain itu, wujudnya sebuah siri asli berjudul The Mystery of Rustler's Cave yang dibintangi Kim Richards dan Robbie Rist.

Tema[sunting | sunting sumber]

Tema-tema hariannya ialah:

  • Isnin - Who, What, Why, Where, When and How
  • Selasa - Let's Go
  • Rabu - Surprise
  • Khamis - Discovery
  • Jumaat - Showtime (di Plaza Gardens, Disneyland)

Tema-tema harian dan episod-episod terkenal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990, sebagai sebahagian daripada Musim 3, enam bekas Mouseketeers Sherry Alberoni, Sharon Baird, Bobby Burgess, Tommy Cole, Don Grady, dan Annette Funicello membuat kemunculan istimewa, sebenarnya mengambil bahagian dalam sejumlah besar dan beberapa nombor muzik.

Tema harian adalah seperti berikut:

  • Music Day - Isnin (Musim 1-5), Selasa (Musim 6)
  • Guest Day - Selasa (Musim 1-5), Isnin (Musim 6)
  • Anything Can Happen Day - Rabu (Musim 1-5)
  • Party Day - Khamis (Musim 1-4, 6), Jumaat (Musim 5)
  • Hall of Fame Day - Jumaat (Musim 1-4), Khamis (Musim 5), Rabu (Musim 6)

Barisan penuh pelakon Mouseketeers 1990-an[sunting | sunting sumber]

Disusun mengikut abjad: [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Cotter, Jim (1997). The Wonderful World of Disney Television. New York: Hyperion Books. m/s. 181–196 (1950s), 197–198 (1970s), 295 (MMC). ISBN 0-7868-6359-5. 
  2. Smith, Dave (1998). Disney A to Z: The Updated Official Encyclopedia. New York: Hyperion Books. m/s. 387–388. ISBN 0-7868-6391-9. 
  3. The Mickey Mouse Club
  4. Zorro - the hour-long episodes

Pautan luar[sunting | sunting sumber]