The Powerpuff Girls

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Powerpuff Girls: dari kiri; Blossom, Bubbles, Professor Utonium dan Buttercup

The Powerpuff Girls adalah siri animasi yang mengisahkan tiga orang gadis yang berjuang menentang jenayah dan musuh yang menghancurkan bandaraya Townsville.Diperbuat daripada gula,rempah ratus, dan lain-lain lagi dan campuran bahan kimia X, maka terhasilah The Powerpuff Girls. Siri kartun tersebut telah direka oleh seorang pereka kartun dari Amerika Syarikat Craig McCracken dan diterbitkan oleh Hanna Barbera dan Cartoon Network. Siri kartun ini pernah ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia menerusi saluran NTV7 pada setiap hari Ahad jam 9.00 pagi. Siri kartun ini juga telah mempunyai sebuah filem sendiri iaitu The Powerpuff Girls Movie.

Sementara itu, siri anime Demashita! Powerpuff Girls Z dari Jepun telah diadoptasikan dari siri kartun yang sama.

Kisah The Powerpuff Girls[sunting | sunting sumber]

Lihat juga The Powerpuff Girls Movie

Episod-episod dalam The Powerpuff Girls[sunting | sunting sumber]

Lihat juga Senarai Episod dalam kartun The Powerpuff Girls

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak protagonis[sunting | sunting sumber]

Tiga gadis dalam kartun The Powerpuff Girls adalah:

  • Blossom: Merah, seorang yang cantik dan cergas. Pemimpin utama. Berambut panjang berwarna jingga dan matanya berwarna merah.
  • Bubbles: Biru, seorang yang comel, manja dan periang. Seorang yang sensetif. Berambut perang bewarna kuning bertocang dan matanya berwarna biru.
  • Buttercup: Hijau, seorang yang berani, gagah dan kuat. Seorang yang nakal. Berambut hitam dan matanya berwarna hijau.

Watak-watak protagonis lain dalam kartun The Powerpuff Girls adalah:

  • Professor Utonium:seorang yang bijaksana, pandai dan tegas. Pencipta tiga gadis The Powerpuff Girls.
  • Mr Mayor:seorang yang tegas, bijaksana, tetapi penakut. Dia adalah Datuk Bandar Townsville yang menerima aduan apabila kejadian aneh berlaku.
  • Sara Bellum:Penasihat kanan Mr Mayor.
  • Ms Keane:Seorang guru Tadika Pokey Oaks dan menjadi pengasuh The Powerpuff Girls.

Watak antagonis[sunting | sunting sumber]

  • Mojo Jojo:Musuh yang jahat, kejam dan suka melakukan kemusnahan pada Townsville.
  • Gangreen Gang (Geng Hijau): Terdiri daripada lima orang geng hijau iaitu Ace (ketua utama), Big Billy, Snake, Grubber, dan Lil Arturo.
  • Him: Seorang makhluk yang ganjil yang tempatnya tidak dikenal pasti.
  • Fuzzy Lumpkins: Seorang makhluk ganjil yang tinggal di dalam hutan.
  • Princess Morbucks: Seorang puteri gadis yang berasal dari kerabat diraja orang kaya Townsville iaitu Morbucks.
  • Sedusa: Seorang wanita yang jahat, pernah menyamar sebagai wanita cantik.
  • The Rowdyruff Boys: Tiga orang lelaki yang menyerupai tiga gadis The Powerpuff Girls. Terdiri daripada Brick, Boomer dan Butch.

Laman web[sunting | sunting sumber]