The Prince of Egypt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Prince of Egypt
Prince of egypt ver2.jpg
Poster asal The Prince of Egypt
Pengarah Brenda Chapman
Steve Hickner
Simon Wells
Penerbit Penney Finkelman Cox
Sandra Rabins
Jeffrey Katzenberg (penerbit eksekutif)
Steven Spielberg (penerbit eksekutif; tidak dikreditkan)
Lakonan Val Kilmer (Moses) (suara)
Ralph Fiennes (Rameses) (suara)
Patrick Stewart (Firaun Seti I) (suara)
Michelle Pfeiffer (Tzipporah) (suara)
Sandra Bullock (Miriam) (suara)
Jeff Goldblum (Aaron) (suara)
Danny Glover (Jethro)(suara)
Steve Martin (Hotep)(suara)
Martin Short (Huy) (suara)
Ofra Haza (Yocheved)
Muzik Stephen Schwartz (lagu)
Hans Zimmer (skor)
Penyuntingan Nick Fletcher
Pengedar DreamWorks SKG
Mula ditayang 16 Disember 1998
Tempoh ditayang 100 min.
Bahasa Inggeris/Ibrani
Perbelanjaan $60,000,000 (anggaran)
Rujukan All Movie Guide
Rujukan IMDb

The Prince of Egypt (Bahasa Melayu: Putera Mesir) adalah sebuah filem animasi Amerika 1998, filem animasi pertama yang dikeluarkan dan ditayangkan oleh DreamWorks. Cerita ini mengikuti kehidupan Nabi Musa dari kelahirannya, melalui zaman kanak-kanaknya sebagai seorang putera Mesir dan akhirnya takdirnya untuk mengetuai hamba Ibrani keluar dari Mesir. Filem ini berasaskan buku kedua Lima Buku Musa, Exodus.

Diarah oleh Brenda Chapman, Simon Wells dan Steve Hickner, filem ini menampilkan lagu yang ditulis Stephen Schwartz dan skor gubahan Hans Zimmer. Peranan wataknya banyak yang disuarakan pelakon Hollywood, manakala penyanyi profesional menggantikan mereka dalam lagu. Bagaimanapun, Michelle Pfeiffer, Ralph Fiennes, Steve Martin dan Martin Short menyanyikan sendiri bahagian mereka.

Animasi ini dinobatkan sebagai skor filem terbaik dan telah memenangi Best Original Song pada Academy Awards 1999 untuk lagu "When You Believe". Versi pop lagu ini telah dinyanyikan pada acara Academy Awards ini oleh Whitney Houston dan Mariah Carey. Lagu ini, sebahagian ditulis oleh Stephen Schwartz, Hans Zimmer dan Babyface, juga dinobatkan Best Original Song (Motion Picture) pada Golden Globes 1999, dan juga sebagai Outstanding Performance of a Song for a Feature Film di acara ALMA Awards. Cerita ini telah mengaut keuntungan $218,613,188 di seluruh dunia.

Baris teg:

  • Dua suadara. Disatukan oleh persahabatan, dipisahkan oleh takdir.
  • Kuasanya benar. Kisahnya kekal. Masanya kini.

Ringkasan plot[sunting | sunting sumber]

Walaupun berasaskan secara berat pada keterangan bersejarah pada permulaan Exodus, filem ini memberikan kebebasan dari cerita Bible. Ia dibuka dengan suatu penafian menyatakan bahawa lesen kesenian telah diambil. Sesetengah perbezaan disenaraikan di bawah:

  • Dalam Bible, Musa diasuh oleh ibu kandungnya dan mengetahui baginda itu seorang Ibrani. (Ex 2:5-11) Dalam filem, Musa dibesarkan di istana dan mempercayai dirinya sebagai orang Mesir.
  • Dalam Bible, tiada petunjuk bahawa Musa tinggal dalam kemewahan sebuah istana seperti filem yang gambarkan.
  • Dalam Bible, Musa membunuh seorang pengawal Mesir dan menanam badannya, dalam filem, Musa melarikan diri selepas melanggar pengawal itu dari aram-aram yang besar.
  • Dalam Bible, tiada pertikaian di antara Musa dan adiknya, Harun.
  • Dalam filem, Musa menukar tongkatnya kepada seekor ular ketika dia pertama kali melihat Firaun. Dalam Bible, dia mempersembahkannya sewaktu pertemuan kedua. (Ini mungkin diubah oleh kerana had waktu)
  • Tiada petunjuk bahawa Firaun yang Musa tentang adalah abang angkatnya; ini ditambah untuk memberikan suatu plot yang bersandiwara.
  • Dalam Bible, Musa adalah gagap atau tidak petah lidah, dan Harun menutur untuk baginda. Dalam filem ini, kebanyakan kes yang menggunakan dialog, Musa sendiri mengatakannya bagi pihak Tuhan kepada Firaun.
  • Bible menunjukkan bahawa Musa, Harun dan Miriam berusia lebih dari 80 tahun sewaktu Exodus; filem menggambarkan mereka semua sebagai orang muda.
  • Miriam meninggal dunia akibat penyakit Penyakit Kusta, tetapi bukan sewaktu bingkai waktu filem. Dia meninggal dunia kemudian, apabila Bani Israel mengembara di padang pasir. (Numbers 12: 10)

Lagu pertama ("Kirim Kami") menunjukkan hamba-hamba Ibrani bekerja ketika Yukabad (juga dieja Yocheved), melihat bayi lelaki kaum ibu Ibrani yang lain diambil oleh tentera Mesir lalu dia membawa sebuah bakul untuk anak lelakinya dan membiarkannya mengalir mengikut arus Sungai Nil untuk diserahkan kepada nasib, menyanyikan dodoi akhirnya ("River Lullaby", motif yang berulangan dalam filem) untuk bayi itu. Anak perempuannya, Miriam, mengikuti bakul dan menyaksikan adik lelakinya diambil oleh Permaisuri Mesir dan menamakan baginda Musa.

Cerita ini memintas ke 18-20 tahun kemudian (mengikut bible 40 tahun), menunjukkan Musa yang telah membesar dan abang angkatnya, Rameses, berlumba kereta kuda melalui kuil-kuil Mesir, memusnahkan banyak patung-patung berhala. Apabila mereka dimarah oleh bapa mereka, Seti, tentang tingkah laku buruk mereka, Rameses berasa sakit hati. Musa kemudian berkata-kata bahawa Rameses ingin meminta kezinan bapanyam, tetapi berkurangan kesempatan. Moses menyorakkan adik-beradik angkatnya, membuat ramalan gurau-senda ("Patung-patung pecah berderai dan berguling, sementara sungai Nil mengering; kamu akan secara membawa kerajaan terhebat di Bumi runtuh dengan tangan kamu sendiri!"). Mereka kemudian lambat ke jamuan yang diadakan oleh Seti, khas untuk baginda telah melantik Rameses sebagai Putera Pemangku Raja. Dengan kesyukuran, Rameses melantik Musa sebagai Arkitek Utama Diraja. Sebagai penghormatan kepada Musa, paderi tinggi Hotep dan Huy memberikan Zipporah (atau Safura), seorang perempuan Madyan yang telah mereka culik, sebagai seorang gundik. Dia akhirnya melarikan diri, dengan bantuan Musa. Musa mengejarnya lalu menyedari bahawa dia telah berhenti ke suatu kawasan kecil di Goshen di mana dia bertemu semula dengan Miriam dan Harun, adik-beradiknya. Di situ, Miriam memberitahunya kebenaran tentang sejarahnya. Musa pada mulanya menafikannya ("All I Ever Wanted"), tetapi suatu mimpi buruk dan pembicaraan dengan ibu bapa angkatnya membantu baginda untuk menyedari kebenarannya. Musa akhirnya terbunuh seorang pengawal Mesir, yang telah menyalahgunakan kuasanya terhadap seorang hamba tua, dan kesal dengan kesalahannya itu, Musa melarikan diri dalam berputus asa.

Musa mencari jalannya ke Madyan, di mana baginda menyelamatkan Zipporah dan adik-beradik perempuannya dari para penyangak. Dia diterima baik oleh bapa Zipporah, Jethro. Musa menjadi seorang pengembala kambing dan mengahwini Zipporah ("Through Heaven's Eyes). Musa kemudian bertembung dengan pokok rimbun terbakar ketika mengejar seekor kambing yang sesat dan diarahkan oleh Tuhan Ibrani untuk membebaskan semua hamba keluar dari Mesir. Zipporah kembali degannya untuk mendapati bahawa para hamba adalah dalam keadaan lebih dahsyat daripada dahulu. Dia mendapati bahawa Rameses sekarang adalah Firaun dan mempunyai seorang isteri dan anak lelaki muda. Musa memberitahu Rameses untuk membebaskan rakyatnya, menunjukkan kuasa di belakangnya dengan menukarkan tongkat gembalanya kepada seekor ular senduk. Hotep dan Huy dengan berlagaknya turut mengajuk penjelmaan itu ("Playing with the Big Boys Now"), menyerukan kesemua dewa-dewa Mesir; di belakang mereka, ular yang dicipta oleh Musa memakan kedua-dua ekor ular mereka. Daripada dipujuk, Rameses menjadi lebih keras kepala dan memerintahkan kerja hambanya ditambah dua kali ganda.

Di tempat bekerja, Musa diserang oleh seorang Ibrani tua ke dalam suatu lombong lumpur, dan kemudian menghadap Harun, yang menyalahkannya kerana melebihkan kerja mereka. Musa, dengan bantuan Miriam, memberitahu orang Ibrani bahawa kebebasan akan datang. Baginda bertentangan dengan Rameses, yang sedang berlayar di sungai Nil. Rameses memerintah para pengawalnya untuk membawa Moses kepadanya, tetapi mereka berpatah balik apabila Musa menukar sungai kepada darah. Selepas sembilan dari 10 wabak Mesir bermuncul ("The Plagues"), meninggalkan Mesir dalam keruntuhan, Musa kembali kepada Rameses untuk memberi amaran tentang wabak terakhir. Musa kemudian mengarahkan orang Ibrani untuk cat darah kambing biri-biri di atas pintu-pintu mereka untuk kedatangan malam Passover. Selepas Malaikat Maut tiba, membunuh anak lelaki Rameses dan kanak-kanak kelahiran pertama lain Mesir, Rameses dengan berat hati akhir membebaskan orang Ibrani.

Orang Ibrani bergembira menuju ke Laut Merah ("When You Believe"), tetapi di sana, mereka tersedar dan mendapati bahawa Rameses telah mengubah fikirannya dan mengejar mereka bersama tenteranya. Musa membelahkan Laut Merah, sementara di belakangnya tiang api menggeliang-geliut di hadapan tentera Mesir, menghalang jalan mereka. Orang Ibrani menyeberangi laut; apabila tentera mengejar, air menutupi orang Mesir yang berada di dasar, dan orang Ibrani akhirnya bebas. Rameses, yang telah dicampakkan balik ke tepi laut disebabkan pukulan ombak, menjerit dengan aib. Bab terakhir filem menunjukkan Moses membawa Sepuluh Rukun kepada rakyatnya dan suara Yukabad bergaung di latar belakang.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

The Prince of Egypt menerima ulasan positif dari pengkritik, mendapat 79% bagi 80 ulasan di Rotten Tomatoes[1]. Stephen Hunter dari Washington Post menyanjung: "Pencapaian wayang yang terbangga adalah ia mengulangkaji versi kami pada Musa terhadap suatu yang lebih lanjut dan mudah percayai, lebih diketahui secara manusia." Lisa Alspector dari Chicago Reader memuji: "Pemaduan teknik animasi dengan apa cara pun menunjukkan mastery modestly, sementara kesan khas bukanlah kekurangan kegamunan." Dan Jeff Millar Houston Chronicle mengulaskan: "Animasi yang mernarik Prince of Egypt adalah suatu gabungan epik biblikal Hollywood, muzikal hebat Broadway dan ajaran sekolah Ahad yang bagus." Komen-komen utama berfokus pada keseriusan kandungan, yang tidak mengikuti trend animasi tradisional dan tidak sesuai untuk penonton pemuda dan pemudi sementara ia tidak cukup canggih untuk orang dewasa[2].

Filem mempunyai suatu box-office berjaya, memperolehi $218,613,188 sedunia.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak
Val Kilmer Nabi Musa/Tuhan
Ralph Fiennes Rameses II
Patrick Stewart Firaun Seti I
Michelle Pfeiffer Zipporah
Helen Mirren Permaisuri Tuya
Jeff Goldblum Nabi Harun
Sandra Bullock Miriam
Danny Glover Jethro
Steve Martin Hotep
Martin Short Huy
Ofra Haza Yukabad
Amick Byram Nabi Musa (suara nyanyian)
Sally Dworsky Miriam (suara nyanyian)
Brian Stokes Mitchell Jethro (suara nyanyian)
Linda Dee Shayne Permaisuri (suara nyanyian)

Pekerja filem[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Pekerja
Diarah oleh Brenda Chapman
Steve Hickner
Simon Wells
Diterbitkan oleh Penney Finkelman Cox
Sandra Rabins
Ditulis oleh Philip LaZebnik
Penerbit eksekutif Jeffrey Katzenberg
Steven Spielberg (tidak dikreditkan)"[3]
Lagu oleh Stephen Schwartz
Skor asal oleh Hans Zimmer
Pembantu penerbit Ron Rocha
Pengarah seni Kathy Altieri
Richard Chavez
Pereka pengeluaran Darek Gogol
Penyunting filem Nick Fletcher
Penyelia seni Kelly Asbury and Lorna Cook (Story supervisors)
Lorenzo Martinez (Layout supervisor)
Paul Lasaine and Ron Lukas (Background supervisors)
Don Paul and Dan Phillips (Visual Effects supervisors)
Pereka watak Carlos Grangel
Carter Goodrich
Nicholas Marlet
Juruanimasi penyelia James Baxter (Older Moses)
Kristof Serrand (Older Moses and Seti)
William Salazar (Young Moses)
David Brewster (Older Rameses and Queen)
Serguei Kouchnerov (Older Moses)
Rodolphe Guenoden (Tzipporah and Yocheved)
Gary Perkovac (Jethro)
Patrick Mate (Hotep and Huy)
Bob Scott (Miriam)
Fabio Lignini (Aaron)
Rick Farmiloe (The Camel)
Pengurus pengeluaran Bill Damaschke

Annie Awards[sunting | sunting sumber]

Penilaian Anugerah Pemenang/Nominee Recipient(s)
NOMINASI Ciri Teater Animasi
NOMINASI Pencapaian Individu dalam Arahan Brenda Chapman (Pengarah)
Steve Hickner (Pengarah)
Simon Wells (Pengarah)
NOMINASI Pencapaian Individu dalam Badan cerita Lorna Cook (Penyelia cerita)
NOMINASI Pencapaian Individu dalam Animasi Kesan Jamie Lloyd (Kesan Utama - Burning Bush/Malaikat Maut)
NOMINASI Pencapaian Individu dalam Lakonan Nada Suara Ralph Fiennes ("Rameses")

Mendahului[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Maldives adalah negara pertama dari dua buah negara Muslim yang mengharamkan filem ini. Majlis Tertinggi Urusan Islam negara ini menyatakan, "semua nabi dan rasul Tuhan amat dihormati dalam Islam, dan oleh itu tidak boleh digambarkan".[4] Berikutan keputusan ini, lembaga penapis negara itu mengharamkan filem ini pada Januari 1999. Pada bulan yang sama, Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia turut mengharamkan filem ini, namun tidak memberikan penjelasan khusus. Setiausaha LPF menyebut yang filem itu didapati "tidak sensitif dari segi keagamaan dan moral"[5]. Bagaimanapun, filem ini kini dijual dengan bebas dalam bentuk DVD di kedai-kedai di kedua-dua negara.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tiga runut bunyi telah dikeluarkan secara simultaneous untuk The Prince of Egypt, setiap mereka bertujuan terhadap penonton sasaran. Sementara dua rekod berteman lain, tema luar bandar "Nashville" soundtrack dan asas-gospel "Inspirational", berfungsi sedikit sebagai tribute wayang, runut bunyi Prince of Egypt rasmi adalah satu-satunya album yang mengandungi trek dari wayang. Album yang menggabung elemen-elemen dari skor yang digubah oleh Hans Zimmer, dan lagu-lagu wayang oleh Stephen Schwartz. Lagu-lagunya sama ada dinadasuarakan oleh para penyanyi yang pakar (seperti Salisbury Cathedral Choir), atau dinyanyi oleh para pelakon nada suara wayang, seperti Michelle Pfeiffer dan Ofra Haza. Banyak trek oleh artis kini seperti K-Ci & Jo-Jo dan Boyz II Men telah ditambah, termasuk nyanyian duet Mariah Carey dan Whitney Houston "When You Believe", penulisan semula Babyface pada gubahan asal Schwartz, dinyanyikan oleh Michelle Pfeiffer dan Sally Dworsky dalam wayangnya.

Nabi Musa dan Zipporah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: