The Satanic Verses

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Satanic Verses
Pengarang Salman Rushdie
Negara Bendera United Kingdom United Kingdom
Bahasa Bahasa Inggeris
Genre Magic Realism, Novel
Penerbit Viking Press
Tarikh terbitan 1988
Jenis media Cetak (Kulit keras & kulit lembut)
Bil. muka surat 546 m/s
ISBN ISBN 0-670-82537-9
Diikuti oleh Haroun and the Sea of Stories
Sir Salman Rushdie, 2008

The Satanic Verses (dalam bahasa Melayu: Ayat-ayat Syaitan) ialah novel keempat Salman Rushdie yang mula sekali diterbitkan pada tahun 1988 dan menerima sedikit ilham dari kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Seperti karya-karyanya sebelum ini, Rushdie banyak bergantung pada peristiwa dan tokoh semasa sebagai asas kepada watak-watak ceritanya. Perwatakan watak utama The Satanic Verses berdasarkan bintang filem India Amitabh Bachchan.[1] Judul buku ini menyentuh beberapa rangkap al-Qur'an meragukan yang menjadi doa kepada tiga dewi pujaan banu Quraisy iaitu Allāt, Al-‘Uzzá, dan Manāt, dan kini dikenali sebagai "rangkap syaitan".[2] Babak-babak kisah yang menceritakan "rangkap syaitan" ini berdasarkan pengalaman dua orang sejarawan bernama Abu Abdullah Muhammad Ibn Omar Ibn Waqid al-Aslami dan Muhammad ibn Jarir al-Tabari.[2]

Buku ini disambut baik oleh pengulas buku di United Kingdom, serta tercalon sebagai Finalis Hadiah Booker 1988, tetapi kalah kepada Oscar and Lucinda oleh Peter Carey, tetapi memenangi Anugerah Whitbread bagi novel terbaik pada tahun itu.[3]

Apapun, novel ini menimbulkan kontroversi hebat di kalangan umat Islam kerana ramai mendakwa buku ini banyak berisi kufur kandungannya. Akibat kontroversi makin meluas, buku ini diharamkan dan India dan dibakar di tunjuk perasaan di United Kingdom. Pada bulan Februari 1989, berikutan rusuhan ganas yang menentang buku ini di Pakistan, Ayatollah Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran dan seorang ilmuwan Syiah, mengeluarkan fatwa yang menyeru semua umat Islam yang beriman agar membunuh Rushdie dan pihak penerbitnya, atau menyerahkan beliau kepada sesiapa yang boleh membunuhnya sekiranya mereka tidak berupaya melakukannya sendiri.[4]

Berikutan fatwa tersebut, Rushdie diberi perlindungan polis oleh kerajaan British. Walaupun Iran mengeluarkan kenyataan berdamai pada tahun 1998, di samping pengumuman Rushdie untuk tidak bersembunyi lagi, namun agensi berita kebangsaan Iran melaporkan pada tahun 2006 bahawa fatwa tersebut dikekalkan sampai bila-bila memandangkan fatwa hanya boleh ditarik balik oleh orang yang mengeluarkannya mula-mula sekali dan Ayatollah Khomeini sudah meninggal dunia.[5]

Sehingga hari ini, Rushdie tidak cedera pun, namun ada pihak lain yang berhubung kait dengan buku ini yang menjadi mangsa serangan ganas. Hitoshi Igarashi yang menterjemah buku ini ke bahasa Jepun, ditikam sampai mati pada 11 Julau 1991; Ettore Capriolo, penterjemah bahasa Itali pula, cedera parah akibat tikaman pada bulan yang sama; William Nygaard, penerbit buku ini di Norway, nyaris dibunuh di Oslo pada Oktober 1993, dan Aziz Nesin, penterjemah bahasa Turki, menjadi sasaran dalam peristiwa menjelang pembunuhan beramai-ramai pada 2 Julai 1993 di bandar Sivas, Turki yang meragut 37 nyawa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Notes for Salman Rushdie: The Satanic Verses" Washington State University; 18 Ogos 1996
  2. 2.0 2.1 John D. Erickson (1998). Islam and Postcolonial Narrative. Cambridge, UK: Cambridge University Press. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Netton tidak disediakan
  4. "Ayatollah sentences author to death" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 1989-02-14. Diperoleh pada 2008-12-29. 
  5. "Iran says Rushdie fatwa still stands". Iran Focus. 2006-02-14. Diperoleh pada 2007-01-22. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]