The Sims 2
| The Sims 2 | |
|---|---|
![]() |
|
| Pembangun | Maxis Software |
| Penerbit | EA Games (PC) Aspyr (Mac) |
| Pereka | Jamar Sloley, Patrick J. Barrett III, Matthew C. Brown, Cooper Buckingham, Kacper Centowski, Jenna Chalmers, Shannon Copur, Michael Cox, Amy Dallas, Kevin Gibson, Daniel Hiatt, Kevin Hogan, Hunter Howe, Creighton Hurt, Trevor Jalowitz, Lyndsay McGaw, Ashley Monif, Solveig Pederson, Todd Reamon, Kana Ryan, Lauren Wheeler, Jeannie Yang |
| Enjin | Sendiri |
| Versi | 1.0.0.1022 / 1.0 Rev C |
| Pelantar | Windows Mac OS X |
| Tarikh keluaran | Windows NA 14 September 2004 HK 15 September 2004 TW 15 September 2004 EU 16 September 2004 BR 17 September 2004 |
| Genre | Permainan simulasi hidup |
| Mod | Seorang pemain |
| Penilaian | ESRB: T OFLC: M PEGI: 7+ |
| Bahantara | CD (4), DVD (1), Muat turun |
| Keperluan sistem | Mac OS X 10.3.8+, Microsoft Windows Me/2000/XP/Vista PlayStation 2, Xbox, Nintendo GameCube |
The Sims 2 merupakan satu permainan komputer simulasi kehidupan strategi yang dibangunkan oleh Maxis Software dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia merupakan susulan/sekuel untuk permainan komputer terlaris, The Sims. Ia dilancarkan pada 14 September 2004 untuk Microsoft Windows. Ia juga dilancarkan pada 13 Jun 2005 untuk Apple Mac OS X. Lapan sambungan dan sembilan stuff packs seterusnya dikeluarkan. Selain itu, beberapa versi konsol juga dilancarkan.
The Sims 2 mempunyai konsep yang sama dengan prekuel, The Sims, dan sekuelnya, The Sims 3. Pemain mengawal sims mereka dalam pelbagai aktiviti dan membentuk hubungan mengikut cara dunia sebenar. Seperti juga dengan pendahulunya, The Sims, The Sims 2 tidak mempunyai objektif; permainan adalah bebas. Sims mempunyai matlamat hidup, kemahuan dan ketakutan. Semua Sims akan berumur, dan boleh hidup dalam 90 hari (dalam dunia Sims). The Sims 2 membina semula struktur dalaman permainan daripada pendahulunya, The Sims dengan membolehkan sims membesar menerusi enam peringkat hidup dan merangkumkan enjin grafik 3D.
Permainan[sunting]
Ada dua cara untuk bermain iaitu "cerita" (story mode) dan "bebas" (free play).
(Story Mode) Mod Cerita
anda perlu melakukan tugasan yang di arahkan untuk menyempurnakan tugasan. tugasan ini di panggil Goal. dalam The Sim versi pertama dalam Mod Cerita anda juga perlu mengikut arahan atau tugasan yang di panggil Goal. tugasan tersebut ialah:-
- Mencari kerja dalam bidang lukisan
- Membeli Television Plasma
- Mencari Jodoh
dan banyak lagi tugasan yang harus anda lakukan.
(Free Play) Mod Bebas
main seperti biasa tanpa tugasan.
Versi The Sims 2 Yang Lain Di Playstation 2[sunting]
- The Sims 2: Pets
ialah The Sims 2 yang memboleh anda membela haiwan seperti Kucing, Anjing, Tikus atau Hamster.
- The Sims 2: Castaway
ialah The Sims 2 bergenrekan pengembaraan atau pemainkan sesat di pulau. seperti cerita Lost.
