The Sims Medieval

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PembangunThe Sims Studio (Magic Pockets for iOS)
PenerbitElectronic Arts
KomposerJohn Debney
SiriThe Sims
PlatformMicrosoft Windows, Mac OS X, iOS, Windows Phone
Pelepasan
    GenrePermainan pengembaran, permainan simulasi kehidupan
    ModPemain tunggal

    The Sims Medieval adalah pemainan video dalam siri The Sims berasaskan pacuan The Sims 3. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Electronic Arts untuk Microsoft Windows, Mac OS X, dan iOS, dan dipasarkan pada 22 Mac 2011. Berlatar belakangkan zaman pertengahan, ia membolehkan pemain membina kerajaan melalui permainan berasaskan misi. Pada 21 Disember 2010, EA mengumumkan Edisi Terhad boleh didapati sehingga tarikh pelancaran.[1]

    Ciri[sunting | sunting sumber]

    The Sims Medieval menyediakan latar belakang zaman pertengahan untuk pemain, dengan bangunan yang baru dibina dan pemandangan bagi mencipta pengalaman "kembali ke masa lampau" yang lebih asli. Pemain membina kerajaan, menghantar Sims untuk suatu misi, dan menerima ganjaran dalam bentuk Kingdom Points (Mata Kerajaan). Permainan ini berbeza dengan siri Sims yang lain yang membolehkan pemain memenangi permainan dengan mencapai cita-cita kerajaan. Cita-cita tersebut temasuklah "Best In Show (Persembahan Terbaik)", "Busy Builder (Pembina yang Sibuk)", "Efficient Expander (Penakluk Cekap)", "Fame (Kemasyhuran)", "Filled Coffers" (Kotak Penuh), "Hard Workers (Si Rajin)", "Imperial Domination (Penguasaan Empayar)", "Legendary (Legenda)", "No Quest For The Weary" (Bukan Misi untuk yang Lemah), "Safe And Sound (Selamat)", "Thoughts And Prayers (Ingatan dan Doa)", dan "Wealthy Populace (Masyarakat Mewah)".

    Berbeza dengan permainan Sims yang lain, aspek penciptaan watak, simulasi dan senibina dikurangkan dengan ketara dan lebih berfokus kepada permainan berasaskan peranan. Sebagai contoh, pemain mampu mengubahsuai hiasan dalaman dan reka letak di dalam bangunan tetapi tidak boleh mengubah struktur asal dan bentuk bangunan tersebut.[2] Tetapi, permainan lebih melibatkan pemain untuk menaik taraf kerajaan, memilih impian atau "Cita-cita" untuk kerajaan (sama ada kekayaan atau kemasyhuran), dan memenuhi misi mereka untuk mencapai impian.

    Hanya dua Keperluan yang kembali dari Sims sebelum ini: Kelaparan dan Tenaga. Moodlet, dari The Sims 3, menyediakan penanda aras fokus bagi menggantikan mood dalam permainan sebelum ini. Pemain perlu berhadapan dengan tanggungjawab harian Sim mereka. Ini termasuklah tugas melibatkan kerjaya Sim yang perlu diselesaikan dalam satu jangka masa. Jika diabaikan, Sim akan diberikan moodlet negatif kerana tidak membuat tugasan mereka.

    Cita-cita boleh diselesaikan melalui penggunaan wira. Sebagai contoh, pemain boleh membuat penyihir dan perawat untuk bekerjasama dalam satu-satu misi atau seorang kesatria dan raja untuk misi yang lain. Fokus, pengalaman dan keperibadian Sim mempengaruhi kejayaan mereka, dan pemain boleh memilih bagaimana pasukannya melakukan misi. Pemain juga boleh memilih Sim mana yang akan mengetuai misi. Pencapaian misi ditentukan oleh berapa lama dan berapa tinggi penanda aras fokus Sim tersebut.Pemain boleh bermain selama yang dikehendaki dalam satu-satu misi, tetapi pencapaian misi akan kelihatan buruk jika mereka meninggalkan misi buat masa yang lama.

    The Sims Medieval bukan sebuah permainan penjanaan. Seperti generasi pertama siri utama ini, The Sims, watak dalam permainan ini tidak mengalami perubahan usia: walaupun Sim mampu beranak, anak tersebut hanya meningkat usia apabila salah satu ibu atau bapa wira mereka mati, lalu mengambil alih tempat mereka. Setiap Sim mempunyai dua keperibadian biasa dan satu keperibadian pincang yang boleh diubah menjadi keperibadian positif dalam misi tertentu, tidak seperti The Sims 3, iaitu lima keperibadian utama yang bergantung kepada kumpulan usia.

    Dalam sebuah wawancara dengan GameSpot, penerbit kanan permainan ini, Rachel Bernstein menyatakan bahawa permainan ini lebih mencabar kepada Sims, dengan kematian dan kegagalan yang boleh berlaku dalam misi permainan. Antara bahayanya ialah fokus yang rendah terhadap misi, wabak, pemberontakan petani, hidupan liar, pertarungan dan lain lagi.[3] Tidak seperti permainan sebelum ini, terdapat permulaan dan pengakhiran yang nyata bagi permainan. Pemain mendapatkan kadaran pada akhir permainan bergantung kepada pencapaian masing-masing. Pemain juga boleh mendapat skrin "Misi Gagal!" jika mereka tidak melengkapkan misi dalam masa yang ditentukan.[4]

    Wira[sunting | sunting sumber]

    Pemain akan mampu menguasai beberapa jenis 'wira', atau profesyen. Setiap satunya mempunyai keupayaan dan tanggungjawab yang berbeza. Ini termasuklah:

    • Pemerintah akan mengawal kerajaan dan mampu berurusan dengan kerajaan jiran secara diplomatik. Mereka boleh beradu pedang, mengahwini mana-mana watak yang penting, dan mengeluarkan pengisytiharan dan titah-perintah. Gelaran mereka berubah daripada Raja Kecil/Ratu Kecil, Raja/Permaisuri, Maharaja/Maharani bergantung kepada bilangan wilayah yang telah mereka tambah milik.
    • Penyihir boleh menjampi atau berlawan dengan menggunakan jampi mereka, yang mereka pelajari dari buku sihir besar dan termasuklah pergerakan yang harus dihafal.
    • Perisik boleh meracun mana-mana Sim, atau mencuri untuk kerajaan.
    • Paderi muncul dalam dua kepelbagaian, Mazhab Peteran dan Mazhab Jacoban. Paderi Peteran menunjukkan cara yang mudah dan cuba menukar agama dengan khutbah yang menaikkan semangat Sim. Paderi Jacoban pula menggunakan ketakutan sebagai senjata utama untuk pengikutnya dan mengenakan pakaian yang mewah.
    • Tukang besi menggunakan bijih yang digali dalam kerajaan untuk menghasilkan perisai dan senjata.
    • Perawat diharap dapat mengekalkan kesihatan orang ramai dengan teknologi zaman itu, terutama sekali lintah.
    • Kesatria boleh melatih kekuatan dan ketahanan serta digunakan untuk menakluk kawasan baru.
    • Pedagang mempunyai kelebihan untuk berdagang dan memiliki barangan luar.
    • Penglipur lara boleh mendeklamasi puisi dan bermain alat muzik untuk Sim lain.

    Lihat juga[sunting | sunting sumber]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "EA announces Sims Medieval Limited Edition". GameInformer. 2010-12-21.
    2. ^ "Sims Medieval Doesn't Stray Far From Its Roots". Kotaku. 2010-08-20.
    3. ^ "The Sims Medieval Updated Q&A - The Hazards of Medieval Life". Gamespot. 2011-02-03.
    4. ^ "The Sims Medieval Updated Q&A - The Hazards of Medieval Life". Gamespot. 2011-02-03. Dicapai pada 2011-02-27.

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]