The Stig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Stig
The Stig British International Motor Show.jpg
The Stig di 2006 British International Motor Show.
Lahir: n/a
Pekerjaan: Pemandu uji dan jurulatih memandu untuk tetamu selebriti

The Stig ialah seorang watak misteri dalam rancangan TV permotoran British, Top Gear. Watak ini sentiasa menyorokkan identiti sebenarnya dengan sentiasa memakai topi keledar pelumba kereta yang menutup seluruh mukanya. Watak ini dicipta oleh penyampai Jeremy Clarkson dan penerbit rancangan, Andy Wilman. 'Stig' ialah nama timangan untuk pelajar-pelajar baru di Sekolah Repton yang pernah dihadiri oleh mereka berdua. Walaupun hanya terdapat seorang Stig 'utama', namun ada beberapa lagi Stig 'sampingan' yang bergelar "sepupu Stig".

The Stig bertanggungjawab untuk mencatat masa pusingan untuk kereta-kereta yang diuji dalam rancangan, serta membimbing tetamu kehormat dalam segmen "Star in a Reasonably Priced Car". (see 'Role' below) Setakat ini, peranan Stig telah dipegang oleh tiga orang bersilih ganti. Stig yang pertama bermula di episod 1, tetapi dihapuskan dalam episod pertama musim ke-3. Stig kedua muncul dalam episod seterusnya dan berkekalan hingga musim ke-15. Stig ketiga mengambil alih pada Disember 2010.

Pihak BBC sentiasa enggan mengesahkan secara rasmi identiti pelakon watak Stig. Oleh itu, di Internet sentiasa ada yang tertanya-tanya siapakah The Stig sebenarnya. Identit Stig 'Hitam' yang asal, Perry McCarthy, didedahkan oleh akhbar Ahad selepas siri pertama pada Januari 2003. McCarthy mengakui bahawa dirinya ialah 'The Stig' dalam edisi kedua autobiografinya yang diterbitkan selepas siri kedua, dan kini diterima umum, termasuk juga media BBC, sebagai pemeran watak Stig yang sulung. Identiti Stig kedua pula didedahkan dalam autobiografinya sendiri sebagai Ben Collins, seorang pelumba kereta profesional yang pernah menceburi Formula Tiga, Indy Lights, kereta sport, lumba GT dan kereta stok.

Penciptaan dan nama watak[sunting | sunting sumber]

Gagasan watak ini dibuahkan dalam konsep Jeremy Clarkson dan Andy Wilman untuk pembaharuan rancangan Top Gear yang membawa format baru setelah versi asal Top Gear melabuh tirai pada tahun 2001. Pelancaran semula Top Gear ditampilkan dengan penonton di studio, the Stig, balapan lumba, dan aksi lasak.[1] Clarkson diakui oleh Sunday Times sebagai empunya idea asal the Stig.[2] Clarkson dan Wilman mahu mencari seorang pelumba profesional untuk menyertai mereka, tetapi susah untuk mereka mencari seorang pemandu yang pandai berbahasa di hadapan kamera. Clarkson kemudian menanya Wilman apa gunanya pemandu itu boleh bercakap, maka adalah diputuskan bahawa watak The Stig ini sentiasa bisu.

Nama Stig berasal dari masa persekolahan Wilman dan Clarkson di Sekolah Repto, di mana pelajar lelaki yang baru sentiasa dipanggil "Stig".[1][3] Menurut McCarthy ketika ditemu bual pada tahun 2006, pihak penerbitan mahu pemandu misteri ini dipanggil 'The Gimp', tetapi setelah dibantah oleh McCarthy, maka ditetapkannya nama Stig.[4]


Peranan[sunting | sunting sumber]

The Stig dinyatakan di samping Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May sebagai penyampai Top Gear dalam senarai penghargaan di akhir rancangan. Peranan-perana utama The Stig dalam rancangan ini tertumpu pada balapan ujian Top Gear di Dunsfold Aerodrome, Surrey. Dua fungsi utamanya adalah mencatat masa pusingan dengan memandu kereta-kereta sorotan dalam segmen 'Power Laps', dan melatih tetamu selebriti untuk mencatat masa pusingan dalam balapan dalam segmen 'Star in a Reasonably Priced Car'.[5][6][7]

Apabila mula-mula diperkenalkan, the Stig dihuraikan sebagai pemandu uji tetap Top Gear kerana para penyampai yang lain sendiri tidak boleh mencatat masa pantas secara konsisten. Misinya dinyatakan hanya untuk "keluar dan pandu laju-laju".[ep 1] Ini dicerminkan oleh Stig asal, Perry McCarthy, dalam temubual pada tahun 2006, yang menyatakan betapa perlunya pemandu lumba sebagai sebahagian barisan penyampai untuk mencatatkan masa pusingan terpantas untuk kereta yang diuji.[4]

Kerahsiaan identiti juga membantu rancangan ini mudah menangani situasi yang mana syarat-syarat insurans menuntut supaya hanya pemandu uji yang digaji oleh pengeluar boleh menjalankan pusingan pecut atas sebab nilai dan/atau kejarangan kereta yang terlibat. Pemandu uji itu boleh memakai kostum Stig dan tiada perlunya untuk menjelaskan bahawa pemandu lain sedang menguji kereta-kereta tertentu.

Identiti[sunting | sunting sumber]

Stig pertama[sunting | sunting sumber]

TheStig.jpg

Pelumba kereta, Perry McCarthy ialah Stig Hitam yang asli. Dia pernah muncul dalam sejumlah 22 episod rancangan ini.[2][8]

McCarthy mendapat watak Stig setelah berjumpa dengan Jeremy Clarkson secara kebetulan di parti pelancaran autobiografi McCarthy, Flat Out, Flat Broke: Formula 1 the Hard Way! yang diterbitkan pada 4 Julai 2002.[2][9][10][11] Kemudian, beliau diuji bakat sebagai penyampai biasa, sebelum pihak penerbitan memutuskan bahawa pelumba itu dirahsiakan identitinya.[2][4] (Namun pada tahun 2008, McCarthy menyebut bahawa Clarkson menyentuh idea pemandu kereta 'rahsia penting' dalam perjumpaan pertama mereka.[9])

Selepas siri pertama berakhir, tersiarnya satu artikel dalam akhbar The Sunday Mirror 12 Januari 2003 yang menamakan Stig sebagai Perry McCarthy.[10][11][12] Laporan itu memetik kenyataan orang dalam bahawa "Hanya sekerat kru yang tahu yang dia sebenarnya Perry". Ketika itu, McCarthy hanya mengulas "Saya tahu siapa Stig tapi saya tak boleh komen lagi."[12][13] Selepas akhir siri kedua, McCarthy menerbitkan edisi kedua autobiografinya yang mengakui bahawa beliaulah The Stig. Wataknya itu dihapuskan dalam episod pertama siri ketiga yang disiarkan pada 26 Oktober 2003.

Babak terakhir Stig Hitam ini yang bergelar "Top Gun vs Top Gear" merupakan cubaan berlumba selaju 100 bsj (160 km/j) dan kemudiannya berhenti, di atas dek penerbangan sepanjang 200 meter (660 ka) atas kapal induk pesawat HMS Invincible milik Tentera Laut Diraja, di mana jet pelompat British Aerospace Sea Harrier mencapai kelajuan 100 bsj (160 km/j) sebelum berlepas. Beliau memandu sebuah kereta Jaguar XJS putih yang berharga '£200', ditanggalkan kelengkapan dan dipasang pancitan nitrus, selaju 500 bhp (370 kW). Stig Hitam memecut di sepanjang dek, dan pada masa yang sama, meter kelajuan dalam skrin menunjukkan 109 bsj (175 km/j), sebelum kereta itu tercampak dari tanjakan landasan lalu jatuh ke dalam laut di akhir babak. Clarkson menjelaskan dalam babak akhir episod bahawa para penyelam hanya dapat menjumpai sarung tangan yang terapung di atas laut.[14][15] Menurut McCarthy, "Kami nak cuba buat babak itu seakan-akan James Bond".[9]

Stig ke-2[sunting | sunting sumber]

Stig ini muncul dalam episod selepas Stig Hitam dihapuskan, dan berkekalan hingga Ogos 2010, apabila beliau menunjukkan dirinya sebagai Ben Collins. Tugas Stig ini serupa dengan Stig yang seterusnya, cuma Stig Hitam tertumpu kepada segmen Power Lap dan latihan Reasonably Priced Car, manakala peranan Stig putih ini dikembangkan ke luar balapan ujian Top Gear dalam cabaran-cabaran lain, seperti memandu uji di Isle of Man,[ep 2] memandu kereta Caterham Seven dari Caterham ke Knockhill,[ep 3] menaiki bas, DLR dan kereta bawah tanah merentas London,[ep 4] serta melompatkan kereta salji dari balapan lompatan ski di Lillehammer, Norway.[ep 5] Watak The Stig ini serba boleh orangnya dan boleh memainkan pelbagai peranan dalam studio, seperti menjadi polis pengejar dalam cabaran White Van Man (pemandu van putih).[ep 6][3]

Sejak tahun 2005, timbulnya banyak spekulasi mengenai identiti sebenar Stig ini. Antara nama-nama yang disebut sebagai orang di sebalik topeng pemandu uji misteri ini ialah Collins, Damon Hill, Julian Bailey, Russ Swift, Darren Turner dan Tim Schrick, di samping juga bekas penyampai Top Gear format lama, Tiff Needell. Juga timbulnya spekulasi bahawa Stig ini dipegang oleh lebih daripada satu orang. Antara yang beranu mengakui diri sebagai Stig ialah Jay Kay dan Damon Hill.


Pada 20 Jun 2009, Jeremy Clarkson menulis dalam kolum akhbar Sun bahawa Stig akan menunjukkan wajah sebenarnya kepada dunia dalam episod pembukaan siri ke-13 yang disiarkan pada hari keesokannya.[16] Clarkson berkata bahawa The Stig ingin menanggalkan topengnya untuk mengakhiri spekulasi tentang identitinya, dengan kenyataan "Dia sudah serik dengan pihak akhbar yang menspekuklasi bahawa dia seorang jurujual mesin fotokopi dari Bolton, atau tinggal dalam rumah berturap kelikir di Bristol".[8]

Rancangan ini mula-mula menunjukkan Stig memandu kereta Ferrari FXX di keliling balapan ujian dalam masa 1:10.7 saat.[8] Selepas itu, dia melangkah masuk ke dalam studio dan duduk atas sofa hijau sambil melayan jeritan penonton "Off! Off! Off! Off!", dan akhirnya Stig menanggalkan topi keledarnya untuk menunjukkan dirinya sebagai bekas Juara Dunia Formula Satu, Michael Schumacher.[17][18] Dalam temu bual yang berikutnya, Schumacher melakon-lakonkan beberapa sifat perwatakan Stig, seperti akuan bahawa dia hanya tahu dua fakta mengenai itik (tetapi kedua-duanya salah), dan dia diharamkan di sembilan negeri Amerika Syarikat.[8]

Pihak BBC pada mulanya tidak mengesahkan atau menafikan bahawa penampilan Schumacher sebagai Stig itu dibuat-buat sahaja, tetapi seorang jurucakap dipetik sebagai berkata "Anda harus ingat bahawa Top Gear ialah rancangan hiburan. Kami tidak akan mendedahkan siapa atau apa sebenarnya The Stig,".[19] Sehari kemudian, The Telegraph menulis: "Seorang jurucakap Top Gear mengesahkan bahawa Schumacher sentiasa memainkan watak The Stig dalam litar Ferrari... Tetapi tambah jurucakap itu lagi, identiti pemandu ini pada masa-masa lain kekal sebagai "misteri".[20]

Pada 19 Ogos 2010, timbulnya laporan bahawa terdapat pertikaian guaman antara penerbit buku yang mewakili The Stig dan BBC mengenai rancangan untuk mengeluarkan autobiografi yang mendedahkan identitinya, yang mana BBC mendakwa bahawa penerbit buku itu ingin mengaut untung dengan menggunakan jenama Top Gear tanpa izin serta mempergunakan watak The Stig.[21] Kata seorang jurucakap BBC, pihaknya mencabar penerbitan buku yang berkenaan Top Gear itu kerana "melanggar kewajipan kontrak dan kesulitan yang dipersetujui berkenaan dengan rancangan."[5][6][7] Selepas sehari setengah berhujah, kes itu ditutup pada 1 September dengan keputusan hakim yang tidak menyebelahi BBC dengan keengganan mendapat perintah mahkamah untuk menyekat penerbitan buku itu. Pada 29 Ogos 2010, Daily Mirror mendakwa bahawa BBC sudah pun melucutkan Collins daripada peranan Stig, dengan membandingkan penampilan Stig di Top Gear Live di Nürburgring, Jerman, pada Ogos 2010, dengan tangkapan gambar Collins di rumahnya di West Country pada masa yang sama.[22][23]


Catatan episod[sunting | sunting sumber]

  1. "Top Gear". Ralat: |serieslink= memerlukan |series= ketika menggunakan {{Cite episode}}. Siri 1. Episod 1. 20 October 2002.
  2. "Top Gear". Ralat: |serieslink= memerlukan |series= ketika menggunakan {{Cite episode}}. Siri 7. Episod 1. 13 November 2005.
  3. "Top Gear". Ralat: |serieslink= memerlukan |series= ketika menggunakan {{Cite episode}}. Siri 8. Episod 7. 23 July 2006.
  4. "Top Gear". Ralat: |serieslink= memerlukan |series= ketika menggunakan {{Cite episode}}. Siri 10. Episod 5. 11 November 2007.
  5. "Top Gear: Winter Olympics Special". Siri 7-8. Episod n/a.
  6. "Top Gear". Ralat: |serieslink= memerlukan |series= ketika menggunakan {{Cite episode}}. Siri 8. Episod 8. 30 July 2006.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Entertainment: The backroom boy who put Top Gear on top of the world". The Sunday Times (London). 6 November 2005. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Dunn, Joseph (30 January 2009). "The Stig, the man with no name". The Sunday Times (London). Diperoleh pada 27 August 2010. 
  3. 3.0 3.1 "Bad boys are back in town". The Sunday Times (London). 16 July 2006. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  4. 4.0 4.1 4.2 Collantine, Keith (1 November 2006). "Auto Talk - The original Stig speaks". Auto Trader. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  5. 5.0 5.1 Revoir, Paul (19 August 2010). "BBC lawyers fight The Stig's bid to lift lid on his identity for autobiography". Daily Mail (London). Diperoleh pada 1 September 2010. 
  6. 6.0 6.1 Jamieson, Alastair (19 August 2010). "BBC lawyers fight to keep Top Gear's The Stig secret". The Telegraph (London). Diperoleh pada 1 September 2010. 
  7. 7.0 7.1 Robinson, James (19 August 2010). "Top Gear's Stig threatened by BBC lawyers over autobiography plan". The Guardian (London). Diperoleh pada 1 September 2010. 
  8. 8.0 8.1 8.2 8.3 Malvern, Jack (22 June 2009). "And the true identity of The Stig is . . . . Michael Schumacher". The Times (London). Diperoleh pada 27 August 2010. 
  9. 9.0 9.1 9.2 Pattni, Vijay (2 June 2008). "Top Gear's original 'Stig': exclusive interview". Auto Trader. Diperoleh pada 3 September 2010. 
  10. 10.0 10.1 McCarthy, Perry (2002). Flat Out, Flat Broke: Formula 1 the Hard Way!. Haynes Publishing Group. ISBN 1-85960-886-8. 
  11. 11.0 11.1 "Flat Out, Flat Broke: Formula 1 the Hard Way!: Bk. H886 [Hardcover]". Amazon. undated. Diperoleh pada 1 September 2010. "Hardcover, Haynes & Co, 1st edition (4 July 2002)" 
  12. 12.0 12.1 Turnbull, Dominic (12 January 2003). "The Stig Unveiled". The Sunday Mirror. Diperoleh pada 31 August 2010. 
  13. "Top Gear's The Stig: Conspiracy theories over mystery driver's identity". The Telegraph (London). 12 January 2009. Diperoleh pada 31 August 2010. 
  14. "Bye bye, Stig". www.topgear.com > Videos. Top Gear. undated. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  15. "Secrets of The Stig: Perry McCarthy reveals all about Top Gear's mystery driver". Daily Mirror. 21 August 2010. Diperoleh pada 1 September 2010. 
  16. The Mole (20 June 2009). "JC: Stig to remove helmet". Top Gear news blog. Top Gear. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  17. "Stig Revealed!". www.topgear.com > Videos. Top Gear. undated. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  18. Hearn, Adrian (22 June 2009). "The Stig revealed on Top Gear". Auto Trader. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  19. "Schumacher 'revealed' as the Stig". BBC News. 22 June 2009. Diperoleh pada 27 August 2010. 
  20. Irvine, Chris (22 June 2009). "Top Gear: who really is The Stig?". The Telegraph (London). Diperoleh pada 27 August 2010. 
  21. "Top Gear Stig legal wrangle goes to court". BBC News. 23 August 2010. Diperoleh pada 1 September 2010. 
  22. "Live Motoring Stunt Show". live.topgear.com > Nürburgring menu > Nürburgring Home. Top Gear. undated. Diperoleh pada 1 September 2010. 
  23. "Ben Collins dumped by BBC after being ­unmasked as Top Gear’s The Stig". Daily Mirror. 29 August 2010. Diperoleh pada 1 September 2010. 

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Telegraph22Aug2010StigFinancialDocuments" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Guardian23Aug2010NewStigPoll" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Telegraph11Jan2009StigDrivesBoringCar" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BristolEveningPost6Jan2009StigRevealedToBristolFirm" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "AutoTrader14Jul2008DriveWithStig" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Times20Jan2009BenCollins" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Telegraph13Jan2009StigViral" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Telegraph25Sep2009AmericasStigJustinBell" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DailyMail25Jan2010StigGoogleStreetView" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TelegraphImageGalleryStreetView13of21" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Telegraph19Apr2010StreetViewLegoland" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Times20Mar2009StreetView" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DailyStar1Nov2008SomeSay" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DailyMail27Jan2009EightStigs" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DailyMail22Jun2009JulianBailey" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "MoscowTimes27Feb2009" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BBCNews3Sep2010ProfileCollins" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BBCNews1Sep2010BBCLoses" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BBCNews31Aug2010PrivateBattle" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BBCNews29Oct2008NTAwards" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearWebsite1Nov2008" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BBCTopGearWebsitePowerLaps" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearBlogWilman27Aug2010StigIsOurs" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearBlogMole21January2009GrahamHill" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearBlogMole21January2009BarackObama" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearBlogMole21January2009TomMcKillop" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearBlog29Oct2009" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearCupholderBlog20Mar2009StigOnMap" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "ClarksonTimesColumn23Sep2007" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGear11Jul2008StigF1" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "ClarksonTimesColumn13June2010" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "BBCPressOffice28May2008" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "TopGearBrainStig" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "ClarksonSunColumn24Jan2009" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "GordonPooleTalentAgency" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.