The Structure of Scientific Revolutions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

The Structure of Scientific Revolutions (Struktur Revolusi Sains) (1962), oleh Thomas Kuhn, merupakan analisis sejarah sains. Penerbitannya merupakan satu titik tolak kepada ilmu sosiologi dan popular dengan istilah paradigma dan anjakan paradigma.

Kulit edisi ketiga versi kulit kertas

Karya ini pertama kali diterbitkan sebagai monograf dalam International Encyclopedia of Unified Science (Ensiklopedia Antarabangsa Sains Bersekutu), kemudian sebagai buku oleh University of Chicago Press pada 1962. (Semua muka surat di bawah merujuk kepada teks dari edisi ketiga yang diterbitkan pada 1996). Pada 1969, Kuhn menambah pasca skrip ke dalam buku untuk membalas kritikan terhadap buku edisi pertama.

Kuhn meletakkan tarikh bagi kelahiran bukunya itu kepada 1947, iaitu apabila dia tamat belajar dari Universiti Harvard dan telah diminta untuk mengajar kelas sains untuk pelajar ijazah dasar dengan menumpukan pengajian sejarahnya. Kuhn kemudian mengulas sehingga itu, "Saya tak pernah membaca dokumen lama sains." Fizik Aristotle adalah semenarik kerja Isaac Newton dalam konsep jirim dan gerakan. Kuhn menyimpulkan juga yang konsep Aristotle bukanlah "Newton yang buruk", cuma berbeza.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pendekatan asas[sunting | sunting sumber]

Pendekatan Kuhn kepada sejarah dan falsafah sains telah dinyatakn berfokuskan isu konsep: idea bagaimana yang boleh difikirkan pada masa-masa tertentu? Pilihan intelektual dan strategi bagaimanakah yang wujud pada kala tertentu? Istilah dan terminologi bagaimanakah yang diketahui dan digunakan pada zaman-zaman tertentu? Menekankan kepentingan mod moden bagi "pelakon" sejarah ini, buku Kuhn menghujahkan yang evolusi teori saintifik tidak muncul terus dari fakta tetapi dari satu bentuk perubahan keadaan intelek dan kemungkinan.

Contoh sejarah[sunting | sunting sumber]

Sumber lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]