The Three Caballeros

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Three Caballeros
Fail:Three caballeros poster.png
Poster tayangan pawagam asal
PengarahNorman Ferguson
PenulisHomer Brightman
Ernest Terrazas
Ted Sears
Bill Peet
Ralph Wright
Elmer Plummer
Roy Williams
William Cottrell
Del Connell
James Bodrero
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiClarence Nash
José Oliveira
Joaquin Garay
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures
Tarikh tayangan
21 Disember 1944
Masa tayangan
71 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris, Sepanyol, Portugis

The Three Caballeros (Tiga Pahlawan) merupakan sebuah filem cetera animasi terbitan Walt Disney yang diedarkan oleh RKO Radio Pictures pada tahun 1944. Tayangan perdana filem ini di Bandaraya Mexico pada 21 Disember 1944, sebelum tayangan umum di Amerika Syarikat pada 3 Februari 1945. Filem cetera animasi ketujuh dalam siri Walt Disney Animated Classics ini merakamkan pengembaraan di Amerika Latin yang menggabungkan aksi langsung dan animasi.

Filem ini diceritakan sebagai serantaian segmen-segmen yang lengkap, dirangkaikan oleh cara Donald Duck membuka hadiah hari jadi dari kawan-kawannya di Amerika Latin. Filem ini juga menampilkan bintang-bintang Amerika Latin pada zaman itu, termasuk penyanyi Aurora Miranda (adik Carmen Miranda) dan Dora Luz, dan juga penari Carmen Molina.

Filem ini diterbitkan sebagai sebahagian utusan muhibah dari studio Disney ke Amerika Selatan, tetapi kurang bersifat propaganda daripada yang lain-lain. Filem ini sekali lagi dibintangi oleh Donald Duck yang diiringi oleh José Carioca, burung nuri yang bercerut dari Saludos Amigos (1942) yang mewakili Brazil, kemudian berkawan dengan seekor ayam jantan berpistol iaitu Panchito Pistoles, wakil Mexico.

Muzik dalam bahagian Mexico digubah oleh Manuel Esperón yang menggubah muzik untuk lebih 540 filem Mexico pada Zaman Keemasan Perfileman Mexico. Selepas menyaksikan kecemerlangannya dalam industri perfileman Mexico, Walt Disney meminta Esperón untuk mengambil bahagian dalam filem The Three Caballeros. Lagu utama dalam bahagian Mexico berjudul "Ay Jalisco, No Te Rajes!", salah sebuah lagu terkenal yang digubah oleh Esperon.

Filem ini disunting habis-habisan dan ditayangkan semula dalam bentuk featurette pada 15 April 1977 bersama keluaran semula filem Never a Dull Moment.


Plot[sunting | sunting sumber]

Filem terdiri daripada beberapa segmen yang dihubungkaitkan oleh satu tema bersama. Sempena hari jadinya, Donald Duck menerima tiga hadiah dari kawan-kawan di Amerika Latin. Hadiah pertama ialah projektor filem yang menayangkan dokumentari tentang burung kepadanya. Dari menonton dokumentari itu, Donald mengetahui Burung Aracuan yang bernama sedemikian kerana lagunya yang aneh. Burung Aracuan juga muncul berulang kali sepanjang filem.

Hadiah seterusnya ialah senaskhah bukul sumbangan José Carioca kepada Donald. Buku ini berkisarkan Bahia, salah satu daripada 26 negeri di Brazil. José muncul dan mengecilkan badan dirinya dan juga Donald supaya mereka boleh memasuki buku itu. Donald dan José bertemu dengan penduduk tempatan yang menarikan samba, termasuk seorang gadis yang memikat hati Donald. Selepas perjalanan, mereka berdua keluar dari buku.

Selepas balik, Donald sedar bahawa dirinya terlalu kecil untuk membuka hadiah ketiganya. José mengajar Donald memulihkan saiz badannya dengan kuasa sihir. Selepas membuka hadiah itu, Donald dan José bertemu dengan Panchito Pistoles dari Mexico. Mereka bertiga bersama-sama menggelarkan diri sebagai "The Three Caballeros" (Tiga Sekawan) dan bersuka-ria buat seketika. Panchito kemudian menyembahkan hadiah berupa piñata kepada Donald. Pancho menceritakan tradisi di sebalik piñata kepada Donald. Kemudian, Jose dan Panchito menutup mata Donald dengan kain, lalu menjemputnya untuk cuba memecahkan piñata. Selepas pecah, dari piñata itu jatuhnya bermacam-macam kejutan. Keraian berakhir apabila Donald Duck ditembakkan oleh mercun dalam bentuk lembu jantan (mercun itu dinyalakan oleh José dengan cerutnya).

Sepanjang filem ini, Burung Aracuan Bird muncul secara rambang, selalunya untuk mengganggu semua orang, termasuk mencuri cerut José. Jenaka yang paling terkenalnya adalah tindakannya menghalakan keretapi ke arah lain dengan melukis landasan baru. Tiga tahun kemudian, burung itu kembali dalam filem Melody Time.

Segmen filem[sunting | sunting sumber]

Segmen-segmen filem termasuk:

  • The Cold-Blooded Penguin berkisarkan seekor penguin bernama Pablo yang serik dengan kesejukan Kutub Selatan hingga memutuskan untuk bertolak ke kawasan yang lebih panas. Segmen ini berdasarkan gambaran penguin di Punta Tombo, Argentina, sepanjang pesisir rantau Patagonia.
  • The Flying Gauchito berkisarkan pengembaraan seorang budak kecil dari Uruguay dan keldainya yang bersayap, Burrito.
  • Baia melibatkan percutian melalui buku pop-up ke Baia, ibu negeri Bahia di Brazil. Di situ, Donald Duck dan José Carioca berjumpa dengan penduduk setempat yang rancak menarikan samba. Dalam keghairahan ini, Donald terpikat hati oleh seorang wanita, lakonan penyanyi Aurora Miranda.
  • Las Posadas merupakan cerita kanak-kanak Mexico yang menyambut Krismas dengan melakonkan perjalanan Maryam dan Nabi Yusuf yang mencari tempat bersinggah. Acapkali mereka mendengar "no posada" (tiada inapan) di setiap rumah sehingga mereka tiba di satu tempat di mana mereka diberi tempat berteduh dalam kandang kuda. Selepas itu, kanak-kanak itu memulakan keraian termasuk aktiviti memecah piñata yang dicuba oleh Donald.
  • Mexico: Pátzcuaro, Veracruz and Acapulco Panchito membawa Donald dan Jose ke Mexico dengan sehelai sarape terbang. Di situ, mereka mempelajari tarian dan lagu Mexico. Pada masa yang sama, Donald menjadi kaki perempuan lagi, sehingga dia mengejar setiap wanita yang dilihatnya lalu cuba memikat mereka, tetapi selalu gagal.
  • You Belong To My Heart Di Mexico, Donald jatuh cinta dengan seorang wanita yang bernyanyi. Seni kata lagunya turut menceritakan setiap senario yang dialaminya.
  • Donald's Surreal Reverie: Setelah dicium, Donald mengujar "Cinta itu dadah." Dalam kemabukan, Donald kerap mengalami masalah pancaindera yang dahsyat, mulai dengan campur aduk warna, bunga-bunga dan kerenah José dan Panchito yang tidak sepatutnya. Pemandangan Donald berubah apabila dia menari mengikut irama lagu "La Sandunga", bersama seorang gadis dari negeri Oaxaca di Segenting Tehuantepec. Kemabukannya beransur pulih seketika, tetapi disemarakkan lagi selepas seorang gadis Mexico menggunakan tongkat pemimpin untuk menghidupkan kaktus sambil menari ikut "Jesusita en Chihuahua", sebuah lagu utama Revolusi Mexico. Adegan ini mengadunkan aksi langsung dan animasi. Akhirnya, Panchito dan Jose menyemarakkan lagi keadaan, dan Donald termasuk melawan seekor lembu jantan mainan beroda, apatah lagi diisi mercun dan bahan letupan yang lain.

Pencalonan[sunting | sunting sumber]

The Three Caballeros menerima dua pencalonan Oscar pada tahun 1945.[1]

Anugerah Keputusan
Skor Muzik Terbaik Tercalon
Rakaman Bunyi Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]