Thosai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thosai
Dosa-chutney-sambhar.jpg
Dosa
Asal
Nama alternatif Dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai,
Negara asal India
Kawasan Tamil Nadu, Karnataka, Andhra Pradesh, Kerala,
Maklumat hidangan
Ramuan utama tepung beras dan urad bean
Variasi masala dosa, rava dosa, onion dosa, neer dosa

Thosai ialah sejenis makanan yang berasal dari India.

Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah; sebagai contoh kuah dhal, kari ayam dan ikan serta ‘chutney’ iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta rempah-rempah dan cili. Thosai adalah sejenis serabi yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan lentil hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa. Thosai adalah makanan yang juga terkenal di negara-negara lain sepert Sri Lanka, Singapura, Myanmar dan juga negara kita sendiri. Thosai pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang direndam semalaman atau nasi lama ( diamasak 2 atau 3 hari sebelumnya) serta lentil hitam sehingga menjadi adunan yang sederhana pekat. Setelah itu, adunan dileperkan di atas kuali leper yang panas sehingga menjadi kuning keemasan dan terus dihidangkan. Asal usul thosai sering dikaitkan sebagai sebuah resepi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir. Thosai juga boleh disediakan dengan ramuan yang berbeza seperti tepung suji dan tepung gandum dan dicampurkan dengan pelbagai jenis rempah-ratus yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Resepi hidangan ini boleh digubah mengikut kreativiti dan citarasa tersendiri. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis thosai seperti thosai bawang, thosai minyak sapi (ghee), thosai masala, thosai telur, thosai marjerin, thosai kertas (paper) dan sebagainya. Hidangan thosai ini mempunyai keunikannya tersendiri dari segi penyediaannya serta rasa dan teksturnya sendiri. Penyediaan thosai hanya memerlukan adunan beras dan lentil hitam tersebut serta sedikit minyak. Ianya amat mudah untuk disediakan dan dapat dinikmati oleh seiisi keluarga sebagai makanan ruji ataupun sekadar makanan sampingan. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta ianya senang dikunyah dan dihadam; maka hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai tanpa mengira golongan umur. Tambahan pula, thosai kaya dengan kabohidrat dan protein serta mempunyai kandungan gula,garam dan minyak yang amat rendah.


[de:Dosa]] [es:Dosa]] [fr:Dosa]] [gu:]] [hi: ()]] [kn:]] [ml:]] [nl:Dosa]] [ja:ドーサ]] [no:Dosa]] [pl:Dosa]] [ru:Доса]] [ta:]] [te:]] [uk:Доса]]