Thuluth (seni khat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teks Shahada al Tawhid, pada bendera Saudi Arabia ditulis dengan skrip Thuluth.

Putrajaya Night Mosque PM Office.JPG
Sebahagian daripada siri tentang
Kebudayaan Islam

Hari cuti

Aidiladha · Aidilfitri · al-Ghadeer
al-Kadhim · al-Qadr · Arba'een
Ashura · Chand Raat · Hari Imamat
Israk dan Mikraj · Maulid · Mugam
Ramadan · Pertengahan Sya'ban
Tahun Baharu

Kesusasteraan

Arab · Asia Selatan · Azerbaijan
Bengali · Indonesia · Jawa · Kashmir
Kurdistan · Melayu · Parsi · Sindhi
Somali · Turki · Urdu

Muzik
Dastgah · Ghazal · Madih nabawi

Maqam · Mugam · Nasyid · Qawwali

Pakaian

Abaya · Agal · Boubou
Burqa · Chador · Jellabiya
Niqab · Salwa kameez · Taqiya
Thawb · Jilbab · Hijab/Tudung

Seni

Seni khat · Miniatur · Ambal

Seni bina

Arab · Azeri · Indo-Islam
Iwan · Maghribi · Mughal
Orang Moor · Parsi · Somali
Sudan-Sahel · Tatar · Uthmaniyyah

Tarian

Pusaran · Sema

Teater

Karagöz dan Hacivat · Ta'zieh

IslamSymbolAllahCompWhite.PNG

Portal Islam

Thuluth (Bahasa Parsi: ثلث solos, Bahasa Turki: Sülüs, daripada Bahasa Arab: ثلث‎ "satu pertiga") ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh seorang Ibn Muqlah Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Skrip ini muncul buat kali pertamanya dalam kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri). Bentuk lurus dan bersudut skrip Kufi digantikan dengan skrip garisan yang melengkung dan condong (oblik).

Dalam skrip Thuluth, satu pertiga setiap huruf condong, dari mana datangnya nama skrip. Ia skrip besar dan anggun, digunakan pada hiasan masjid dalam Zaman Pertengahan. Beberapa gaya khat lain berkembang daripada Thuluth melalui perubahan kecil bentuk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Nabi Muhammad (SAW) beriringan dengan Selawat dan Salam dalam gaya Thuluth.

Sumbangan terulung kepada pengembangan skrip Thuluth berlaku pada zaman Empayar Uthmaniyyah dan tiga gelombang berturut-turut, yang disebut ahli sejarah seni Uthmaniyyah sebagai "Revolusi Khat":


Penggunan[sunting | sunting sumber]

Sampel seni khat bentuk simetri menggunakan skrip Thuluth

Thuluth digunakan untuk menulis tajuk surah-surah al-Qur'an. Bebrapa salinan tertua al-Qur'an ditulis dalam gaya Thuluth. Salinan-salinan terkemudian ditulis dengan penggabungan Thuluth dengan sama ada skrip Naskh atau Muhaqqaq, sementara selepas abad ke-15, skrip Naskh digunakan secara ekslusif.

Gaya[sunting | sunting sumber]

Satu ciri penting skrip Thuluth script ialah penggunaan Harakat ("Hareke" dalam bahasa Turki untuk mewakili bunyi vokal (nahu), dan tanda-tanda lain direka untuk mencantikkan skrip. Harkat nahu mengikut hukum biasa skrip Arab, tetapi tanda 'seni' mengikut peraturan tersendiri dari segi tempat dan kumpulan. Satu kaedah kumpulan ialah dengan mengasingkan tanda yang terletak di bawah huruf daripada tanda di atas huruf. Peraturan gaya membolehkan daya cipta lebih dari segi bentuk dan arah.

Skrip yang dikembangkan daripada Thuluth[sunting | sunting sumber]

Semenjak rekaannya, Thuluth telah menghasilkan beberapa jenis skrip khat, dan telah membenarkan banyak perubahan sepanjang tempoh pengembangannya. Thuluth Jeli dibangunkan untuk diguna pada panel-panel besar, seperti batu nisan dan sebagainya. Skrip khat Muhaqqaq dikembangkan dengan melebarkan bahagian-bahagian mendatar Thuluth. Skrip Naskh juga dikembangkan daripada Thuluth, dengan menyerapakan beberapa perubahann seperti memperkecilkan saiz dan kehalusan penulisan. Tevki ialah versi Thuluth yang diubah suai dan kecil.

Berkemungkinan besar skrip Ruq'ah dikembangkan daripada gaya Thuluth, dan Naskh, yang sendirinya dikembangkan daripada Thuluth.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]