Thunder Horse PDQ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thunder horse, oil platform, sinking, July 2005 U.S. Coast Guard picture.jpg
Thunder Horse rosak teruk selepas Hurikan Dennis pada bulan Julai 2005
Karier
Nama: Thunder Horse PDQ
Pemilik: BP plc
Pengguna: BP plc (75%)
ExxonMobil (25%)
Pembina: Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering
Okpo, Korea Selatan
Cost: AS$ 5 bilion
Dilancarkan pada: 2004
Disiapkan pada: 2005
Mula digunakan: Minyak pertama dikeluarkan pada bulan Jun 2008
Pengenalan: IMO
Status: Operasi 28°06′33″U 88°29′40″B / 28.1091°U 88.4944°B / 28.1091; -88.4944Koordinat: 28°06′33″U 88°29′40″B / 28.1091°U 88.4944°B / 28.1091; -88.4944
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: MMS/USCG/ABS
Tanan: 59,500 tan
Sesaran: 130,000 tonne (140,000 tan)
Panjang: 136 m (446 ka)
Lebar: 112 m (367 ka)
Drauf: 30 m (98 ka)
Kelegaan geladak: 17.5 m (57 ka)
Kuasa dipasang: 90 MW
Anak kapal: 229
Nota: [1][2]

Thunder Horse PDQ adalah sebuha pelantar minyak separa tenggelam milik perkongsian bersama antara BP plc dan ExxonMobil di lokasi yang terletak di medan minyak laut dalam Thunder Horse (Blok 778/822) Ngarai Mississippi, Teluk Mexico, 150 batu (240 km) di tenggara New Orleans, dilabuhkan pada kedalaman air di 1,840 meter (6,040 ka).[3] Pengenalan "PDQ" pada pelantar bermaksud ia adalah sebuah pelantar pengeluaran (P untuk Production) dengan kemudahan kediaman krew (Q untuk Quarter).

Thunder Horse PDQ adalah kemudahan luar pantai terbesar dalam kelasnya di dunia. Badan kapal ini dibina oleh Kejuruteraan Marin dan Pembinaan Kapal Daewoo (DSME) di Okpo, Korea Selatan, sebelum dimuatkan ke atas kapal pengangkut berat, MV Blue Marlin dan dihantar ke Kiewit Offshore Services di Ingleside, Texas di mana ia kemudian dilengkapkan dengan modul-modul bahagian atas yang dibina di Morgan City, Louisiana.[4] Perjalanan sejauh 15,813 batu nautika (29,286 km; 18,197 batu) di sekeliling Tanjung Harapan mngambil masa lapan minggu (63 hari) bermula pada 23 Julai sehingga 23 September 2004.[5] Kos pembinaan adalah sekitar AS$5 bilion, dan pelantar ini dijangka akan digunakan selama 25 tahun.[6]

Rujukan[sunting]

Pautan luar[sunting]