Tiananmen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tiananmen

Tiananmen beijing Panorama.jpg

Cina Tradisional:
Cina Ringkas:

Tiananmen (Jawi: تيانانمن) merupakan sebuah monumen yang terkenal di Beijing, Republik Rakyat China dan digunakan sebagai simbol kebangsaan. Mula dibina ketika Dinasti Ming pada tahun 1420, Tiananmen sering dianggap sebagai pintu masuk utama ke Kota Larangan sedangkan Gerbang Meridian (午门 Wǔ Mén) adalah pintu masuk utama yang sebenar. Tiananmen adalah pintu masuk utama bagi Kota Imperial yang terletak dalam Kota Larangan. Tiananmen berada di utara Dataran Tiananmen, di seberang jalan dari plaza di Lebuh Chang'an.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, gerbang ini asalnya bernama Chengtianmen (Cina Ringkas: 承天门; Cina Tradisional: 承天門; pinyin: Chéngtiānmén) atau "Gerbang Penerimaan Mandat Syurga", dimana ia telah dimusnahkan dan dibina semula beberapa kali. Bangunan asal mula dibina pada tahun 1420 yang berasaskan gerbang sebuah bangunan imperial di Nanjing. Gerbang di Nanjing itu bernama "Chengtianmen" yang akhirnya nama itu digunakan untuk gerbang Tiananmen ini. Gerbang ini musnah pada Julai 1457 kerana disambar kilat yang membawa kepada kebakaran. Pada 1465, Maharaja Chenghua menitahkan Zi Gui (自圭), Menteri Kejuruteraan untuk membina semula gerbang. Rekaannya turut diubah daripada bentuk paifang kepada rumah gerbang seperti yang kelihatan sekarang ini.