Tiangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tiangan ("Batang Samawi" atau "Batang Langit", Bahasa Cina: ; pinyin: tiāngān, IPA: [tʰiɛn˥ kan˥]) ialah sejenis sistem angka aksara kitaran Cina kuno: Jia (), Yi (), Bing (), Ding (), Wu (), Ji (), Geng (), Xin (), Ren (), Gui (). Tiangan julung kali digunakan dalam pentarikhan ketika Dinasti Shang, dan kini digunakan bersama 12 dizhi dalam kitaran enam puluh tahun dalam kalendar Cina dan dalam astrologi Cina. Tiangan dikaitkan dengan konsep yin dan yang dan Lima Unsur.

Jadual[sunting | sunting sumber]

  Tiangan Pinyin Bahasa Jepun Bahasa Korea
(RR)
Bahasa
Vietnam
Yin/Yang Lima Unsur
kun'yomi on'yomi
1 jiǎ kinoe 갑 (gap) giáp 阳 (yang)
(kayu)
2 kinoto otsu 을 (eul) ất 阴 (yin)
3 bǐng hinoe hei 병 (byeong) bính 阳 (yang)
(api)
4 dīng hinoto tei 정 (jeong) đinh 阴 (yin)
5 tsuchinoe bo 무 (mu) mậu 阳 (yang)
(tanah)
6 tsuchinoto ki 기 (gi) kỷ 阴 (yin)
7 gēng kanoe 경 (gyeong) canh 阳 (yang)
(logam)
8 xīn kanoto shin 신 (sin) tân 阴 (yin)
9 rén mizunoe jin 임 (im) nhâm 阳 (yang)
(air)
10 guǐ mizunoto ki 계 (gye) quý 阴 (yin)

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Orang dinasti Shang menceritakan satu kisah mitos yang mana pernah ada sepuluh biji matahari, setiap bijinya terbit mengikut urutan dalam kitaran sepuluh hari ( xǔn). Nama kesemua sepuluh matahari itu merupakan Batang-batang Samawi. Raja-raja Shang membubuh aksara Batang-batang ini sebagai namanya. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa golongan pemerintah Shang terdiri daripada sepuluh puak, namun adalah tidak pasti sama ada masyarakat mereka mencerminkan mitos itu atau sebaliknya. Kaitan dengan Yin Yang dan Lima Unsur timbul kemudian, setelah jatuhnya Dinasti Shang.

Erti-erti harfiah aksara ini lebih kurang seperti berikut:[1]

  asal moden
kulit, cangkerang perisai, satu, pertama; perkataan-perkataan yang berkaitan dengan kumbang, krustasia, metanol
usus ikan dua, kedua, putaran; perkataan-perkataan yang berkaitan dengan etanol
ekor ikan terang, api, (jarang) ekor ikan
paku lelaki dewasa, tegap, berbentuk T, onomatopia, satu nama keluarga
tombak (tidak digunakan)
benang mesin tenun diri
bintang petang umur (seseorang)
menyinggung orang atasan pahit, pedas-pedas masam, perit
beban memikul
rumput dilupuskan (tidak digunakan)

Kegunaan kini[sunting | sunting sumber]

Tiangan ini masih digunakan di China dalam pengiraan sistem yang serupa dengan cara abjad digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu:

  • Gred (pemarkahan) pelajar: dengan Yōu ( "Cemerlang") tambahan sebelum Jiǎ.
  • Nama-nama dalam dokumen dan kontrak sah yang sama peranannya dengan A, B, C, etc. dalam bahasa Melayu.
  • Pilihan dalam peperiksaan, pantauan pelbagai pilihan dsb.
  • Penamaan bahan-bahan kimia organik (cth. metanol: 甲醇 jiǎchún; etanol: 乙醇 yǐchún)
  • Penamaan penyakit (Hepatitis A: 甲型肝炎 jiǎxíng gānyán; Hepatitis B: 乙型肝炎 yǐxíng gānyán)
  • Penamaan liga-liga sukan (Serie A: 意甲 yìjiǎ)
  • Nama-nama vitamin (namun kini, di sini sistem ABC lebih laris digunakan)
  • Penamaan watak-watak yang mempersembahkan dialog dalam teks ringkas ( mulakan dahulu, menjawab)

Korea dan Jepun juga menggunakan tiangan pada dokumen sah secara demikian. Di Korea, huruf-huruf gap () dan eul () digunakan secara konsisten untuk menunjukkan kontraktor lebih besar dan lebih kecil (masing-masing) dalam kontrak sah, dan kadang-kala digunakan sebagai sinonim untuk tujuan sebegini; kegunaan sedemikian agak laris di kalangan golongan pandai IT di Korea.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. William McNaughton. Reading and Writing Chinese. Tokyo: Charles E. Tuttle, 1979.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]