Tiara Jacquelina
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (March 2013) |
| Tiara Jacquelina | |
|---|---|
Datin Seri Tiara Jacquelina |
|
| Lahir | Jacqueline Eu 3 Oktober 1967 (45 tahun) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Nama lain | Tiara Jacquelina Abdullah |
| Pekerjaan | Artis, Penerbit |
| Tahun aktif | 1988-sekarang |
| Pasangan | Mohd Effendi Norwawi Allahyarham Hani Mohsin Hanafi (1993-1998) |
Kehidupan awal dan karier [sunting]
Tiara Jacquelina atau nama sebenarnya Tiara Jacquelina Abdullah dilahirkan pada 3 Oktober 1967[1] di Kuala Lumpur, ialah seorang seniwati kelahiran Malaysia yang berdarah campuran dari keturunan Myanmar, Melayu Indonesia dan Cina. Dilahirkan dengan nama Jacqueline Eu. Dia mencapai kemasyhuran dalam bidang perfileman melalui filem epik sejarah "Puteri Gunung Ledang", yang mana Tiara mengambil peranan sebagai pelakon wanita utama dan juga penyanyi lagu tema filem tersebut iaitu "Asmaradana". Filem tersebut menelan kos sebanyak USD$4 juta dan merupakan filem berbajet yang tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di negara Malaysia[2]. "Puteri Gunung Ledang" telah diserahkan kepada ke-49 Anugerah Akademi untuk Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik tetapi tidak terpilih untuk pencalonan.
Tiara pernah berlakon bersama-sama dengan Frances McDormand, seorang pemenang Anugerah Akademi, dalam filem, "Beyond Rangoon" (1995). Dalam Pesta Filem Malaysia Ke-12, dia telah dianugerahi sebagai seniwati yang terbaik dalam filem, "Ringgit Kasorrga", sebuah drama skandal kelamin yang melibatkan seorang ahli politik dengan peragawati-peragawati muda. Tiara telah dinamakan Seniwati Terpilih dalam Anugerah Oskar Ke-Empat yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) pada tahun 2005[3].
Sejak muda lagi, Tiara suka melibatkan diri dalam kesenian, dan semasa bersekolah, dia telah mengambil bahagian dalam Persatuan Sandiwara[petikan diperlukan] dan Persatuan Kesusasteraan[petikan diperlukan], dan juga pernah menjadi Presiden Persatuan Filem[4]. Dia gemar menunggang kuda dengan keluarganya sebagai hiburan[5], dan juga gemar akan makanan yang lazat, dan lukisan. Tiara, seorang Datin Seri, mempunyai dua orang anak[petikan diperlukan].
Beliau turut memegang watak utama sebagai Hanna dalam filem Lukisan Berlumur Darah pada tahun 1988.[6]
Keluarga [sunting]
Tiara mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Hani Mohsin Hanafi pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang perempuan, Hani Karmila. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka berpisah[7] pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.
Kemudian Tiara berkahwin dengan Mohd Effendi Norwawi.
Rujukan [sunting]
- ↑ http://www.imdb.com/name/nm0415103/
- ↑ Puteri Gunung Ledang musical, Friday October 14, 2005 - "Thestar.com".
- ↑ 100 memorable Malaysian women - Part 8 (see under DATIN SERI TIARA JACQUELINA) - thestar.com.my.
- ↑ Tiara Jacquelina joins celebrities as international adviser for performing arts, 17 January 2008 - limkokwing.net
- ↑ Pinto - `Bintang' penting PGL - Utusan Online.
- ↑ (Indonesia) Lukisan Berlumur Darah (1988)-indonesianfilmcenter.
- ↑ Belasungkawa Hani Mohsin - Semuanya demi Karmila, ARKIB : 30/07/2006, Utusan Online.
|
|||||