Tiga Hukum Robotik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Novel I, Robot yang mengandungi cerpen Runaround karya Isaac Asimov.

Di dalam fiksyen sains, Tiga Hukum Robotik merujuk kepada satu set tiga hukum yang diguna pakai pada hampir semua robot ciptaan manusia. Terma ini mula digunakan dalam cerpen Runaround karya Isaac Asimov pada tahun 1942. Tiga hukum tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Robot tidak boleh mencederakan manusia, ataupun secara berdiam diri membiarkan manusia dicederakan. (A robot may not injure a human being or, through inaction, allow a human being to come to harm)
  2. Robot mesti mematuhi segala perintah manusia selagi tidak bercanggah dengan Hukum Pertama. (A robot must obey orders given to it by human beings except where such orders would conflict with the First Law)
  3. Robot mestilah melindungi kewujudannya selagi mana perlindungan tersebut tidah bercanggah dengan Hukum Pertama dan Hukum Kedua. (A robot must protect its own existence as long as such protection does not conflict with the First or Second Law.)

Kemudian, Asimov menambah Hukum Sifar: Robot tidak boleh mengancam kemanusiaan, ataupun secara berdiam diri membiarkan kemanusiaan diancam. (A robot may not harm humanity, or, by inaction, allow humanity to come to harm)

Lama kemudian, dua lagi hukum ditambah iaitu Hukum Keempat dan Hukum Kelima. Hukum Keempat, yang diperkenalkan pada tahun 1974 menyatakan: Robot mestilah mewujudkan identitinya sebagai robot sepanjang masa. (A robot must establish its identity as a robot in all cases) Hukum Kelima pula menyatakan: Robot mestilah sedar dia adalah robot. (A robot must know it is a robot)

Lihat juga [sunting]