Tikus Ambang Bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tikus Ambang Bulan[1]
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Erinaceomorpha
Famili: Erinaceidae
Genus: Echinosorex
Spesies: E. gymnura
Nama binomial
Echinosorex gymnura
(Raffles, 1822)
Kawasan Tikus Ambang Bulan

Tikus ambang bulan (nama sains: Echinosorex gymnurus; nama Inggeris: 'moonrat' atau 'gymnure') adalah sejenis mamalia Malaysia yang termasuk dalam order Insectivora iaitu pemakan serangga. Ia adalah pemakan serangga (insektivor) terbesar di dunia. Justeru, ia dikaitkan dengan landak (hedgehog) di kawasan iklim sederhana. Selain daripada Malaysia, ia juga boleh didapati di kawasan lain di Pentas Sunda kecuali Jawa, Negara Thai, dan Myanmar (Tweedie, 1978).

Tikus Ambang Bulan pernah digunakan sebagai gambar stem Malaysia pada 13 March 2008 dengan harga RM0.30. [3]

Ciri Fizikal[sunting | sunting sumber]

Panjangnya 25.5 hingga 35.0 cm manakala ekornya pula 16.5 hingga 25.5 cm. Seluruh tubuhnya berbulu tebal hitam manakala kepala dan lehernya berwarna putih dengan segitiga hitam di sekeliling mata. Ekornya mempunyaï bintik beraneka warna. Tikus ambang bulan mempunyaï bau busuk yang seringkali dibandingkan dengan bawang putih reput, gas asetilena atau peluh tengik (Tweedie, 1978).

Saiz tikus bulan adalah sebesar arnab. Dinamakan tikus bulan kerana rupayanya agak menyerupai tikus ataupun oposum. Saiz badan ke muncung adalah di antara 26 dan 45 cm, manakala panjang ekornya 17 hingga 30 cm. Beratnya adalah di antara 0.5 hingga 2 kg, menjadikannya landak kecil terberat.

Kulit bulunya berwarna hitam, tetapi kepala, bahu dan hujung ekornya putih. Mukanya bercorak seperti beruang. Tikus bulan mempunyai badan langsing, telinga kecil tidak berpigmen dan muncung tirus bermisai panjang.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Tikus ambang bulan tinggal di lantai hutan dan bergerak secara bersendirian. Ia aktif siang dan malam tetapi ia jarang kelihatan.

Seperti namanya, tikus bulan aktif pada waktu malam. Ketika siang ia bersembunyi di bawah akar pokok, batu atau di dalam gua. Tikus bulan biasanya hidup bersendirian, dan tempat tidurnya biasa ditanda dengan rembesan berbau.

Tikus Ambang Bulan biasanya hidup bersendirian dan tidak bersabar sesama spesies. Haiwan dalam kurungan berdesir "hiss-puffs" dan mgauman rendah apabila bertemu sesama sendiri dan menandakan ruang masuk sarang kotak mereka dengan lelehan dari sepasang kelenjar anal kecil. Lelehan itu dikatakan berbau bawang busuk atau amonia.

Kredit: Woods, M.J.and Tweedie, M.W.F. (1978)


Taburan[sunting | sunting sumber]

Tikus bulan biasa di jumpai di Asia Tenggara, terutamanya di Semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia menyukai hutan hujan dan biasa hidup berhampiran sungai atau paya bakau.

Tabiat Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Di sebalik namanya, tikus bulan bukanlah dari jenis rodensia tapi insektivor. Tikus bulan tidak mempunyai duri, sebaliknya ia berbulu dan berekor panjang.

Tikus bulan biasa mencari makanan di atas tanah, ia memakan krustasia, cacing, serangga, kala jengking dan lain-lain. Ia juga boleh mengapung di atas air untuk mencari ikan kecil dan katak. Kadang-kadang ia turut memakan buah yang jatuh di atas tanah. Ia menggunakan deria bau untuk mencari makanan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Tikus Ambang Bulan beranak, biasanya dua ekor sekali beranak. Ia membiak sepanjang tahun. Tempoh bunting biasanya antara 35 hingga 40 hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]