Timah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
50 indiumtimahantimoni
Ge

Sn

Pb
Timah dalam jadual berkala
Am
Nama, simbol, nombor timah, Sn, 50
Siri kimia logam lemah
Kumpulan, kala, blok 145, p
Rupa kelabu keperakan berkilat
Sn,50.jpg
Jisim atom piawai 118.710(7)g·mol−1
Tatarajah elektron [Kr] 5s25p2
Elektron pada setiap petala 2, 8, 18, 18, 4
Fasa pepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik) (putih) 7.635 g·cm−3
Ketumpatan (pada suhu bilik) (kelabu) 5.769 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur 6.99 g·cm−3
Takat lebur 505.08 K
(231.93 °C, 449.47 °F)
Takat didih 2875 K
(2602 °C, 4716 °F)
Haba lakuran (putih) 7.03 kJ·mol−1
Haba pengewapan (putih) 296.1 kJ·mol−1
Muatan haba tentu (25 °C) (putih)
27.112 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1497 1657 1855 2107 2438 (2893)
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan 4, 2
(Oksida amfoterik)
Keelektronegatifan 1.96 (skala Pauling)
Jejari atom 145 pm
Jejari atom terhitung 145 pm
Jejari kovalen 141 pm
Jejari Van der Waals 217 pm
Lain-lain
Sifat magnet tiada data
Kerintangan elektrik (0 °C) 115 nΩ·m
Kekonduksian terma (300 K) 66.8 W·m−1·K−1
Pengembangan terma (25 °C) 22.0 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus) (suhu bilik) (guling)
2730 m·s−1
Modulus Young 50 GPa
Modulus ricih 18 GPa
Nisbah Poisson 0.36
Kekerasan Brinell 51 MPa
Nombor CAS 7440-31-5
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop timah
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
112Sn 0.97% Sn stabil dengan 62 neutron
114Sn 0.66% Sn stabil dengan 64 neutron
115Sn 0.34% Sn stabil dengan 65 neutron
116Sn 14.54% Sn stabil dengan 66 neutron
117Sn 7.68% Sn stabil dengan 67 neutron
118Sn 24.22% Sn stabil dengan 68 neutron
119Sn 8.59% Sn stabil dengan 69 neutron
120Sn 32.58% Sn stabil dengan 70 neutron
122Sn 4.63% Sn stabil dengan 72 neutron
124Sn 5.79% Sn stabil dengan 74 neutron
126Sn syn ~1 E5 thn Beta- 0.380 126Sb
Rujukan

Timah atau Stanum (daripada bahasa Latin Stannum) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Sn dan nombor atom 50. Timah adalah logam lemah yang berwarna keperakan dan mudah tertempa. Timah sukar untuk dioksidakan oleh udara. Timah juga tahan kakisan dan digunakan untuk menyadur logam-logam lain agar tahan karat. Timah merupakan unsur dalam banyak jenis aloi, contohnya dengan tembaga untuk menghasilkan gangsa. Aloi piuter mengandungi kira-kira 85% hingga 99% timah. Kebiasaannya, timah diperolehi dalam bentuk oksida logam daripada mineral kasiterit.

Sifat-sifat utama[sunting | sunting sumber]

Timah mudah tertempa, mulur, sangat terhablur dan berwarna putih keperakan. Sekeping logam timah yang dibengkokkan akan menghasilkan bunyi retakan. Bunyi ini disebabkan oleh pengembaran hablur. Logam ini tahan kakisan daripada air paip lembut, air laut dan air yang disuling. Timah bertindak dengan asid kuat, alkali kuat dan garam-garam asid. Timah bertindak sebagai mangkin kepada oksigen dalam larutan, lalu mempercepatkan tindakan serangan kimia. Timah membentuk SnO2 (Stanum dioksida) apabila dipanaskan dalam udara. SnO2 bersifat asid lemah dan bertindak dengan oksida bes untuk menghasilkan garam stanat (SnO32-) Timah boleh digilap penuh. Timah digunakan sebagai saduran pelindung untuk logam-logam lain bagi mengelakkan kakisan atau tindakan-tindakan kimia lain. Logam ini bertindak secara langsung dengan klorin dan oksigen dan menyesar hidrogen daripada asid-asid cair. Timah mudah tertempa pada suhu-suhu biasa (suhu bilik) tetapi rapuh pada suhu rendah.