Timbalan Presiden Pakatan Harapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Timbalan Presiden

Pakatan Harapan
GelaranYang Berhormat
Dibentuk2018
Pemegang pertama
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Timbalan Presiden Pakatan Harapan adalah jawatan yang ketiga tertinggi dalam Pakatan Harapan selepas Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden Pakatan Harapan. Ia terdiri daripada 3 daripada 4 orang Presiden parti-parti yang menjadi parti komponen dalam Pakatan Harapan. Jawatan Presiden Pakatan Harapan adalah dipegang oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat.[1]

Presiden Pakatan Harapan, Wan Azizah Wan Ismail pada asalnya adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat.[2] Tetapi, selepas Anwar Ibrahim memenangi kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah kekal sebagai Presiden Pakatan Harapan dan Anwar mengambil alih jawatan Pengerusi Pakatan Harapan selepas Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.[3] Wan Azizah kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat sebagai menghargai jasa beliau sebagai bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat dan untuk memberikan taraf yang sesuai sebagai Presiden Pakatan Harapan.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu kemudiannya menyertai Pakatan Harapan pada 26 Ogos 2021 lalu.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhan Pakatan Harapan, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyertai barisan kepimpinan sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan pada tahun 2017[4] lalu setelah dipecat sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diberikan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan atas pengalaman beliau bersama Barisan Nasional dan dibantu oleh Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Mohamed Azmin Ali.[5] Pakatan Harapan telah berjaya menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya telah mengumumkan BERSATU secara rasminya keluar dari Pakatan Harapan setelah Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Wilfred Madius Tangau telah menyertai Pakatan Harapan pada tahun 2021 dan menggantikan tempat Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden BERSATU.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook kemudiannya telah menggantikan tempat Lim Guan Eng yang telah tamat tempoh jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP pada tahun 2022 lalu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]