Pepasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Timun padang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pepasan
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudikot
(tiada peringkat): Rosids
Order: Cucurbitales
Keluarga: Cucurbitaceae
Genus: Coccinia
Spesies: C. grandis
Nama binomial
Coccinia grandis
(L.) J.Voigt
Lukisan pokok timun padang.

Pepasan, papasan, atau timun padang (Coccinia grandis) ialah timun dari sayur buah yang sedap dibuat ulam. Pepasan kadang-kala disalah anggap sebagai timun tikus kerana bentuknya seperti timun bersaiz kecil.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Pepasan tumbuh semulajadi dari Afrika hingga sekitar Asia Tenggara. Ia ditanam dan digunakan sebagai sayur terutamanya oleh orang Malaysia, Thailand, Indonesia, dan India. Kebanyakannya tumbuh liar di kawasan terbuka seperti padang rumput, bahu jalan, pagar, dan pinggir hutan atau memanjat pokok lain.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Bunga betina (kiri) dan bunga jantan (kanan) pokok timun padang.

Pokok jenis saka yang memanjat (sulur yang ringkas), sepanjang 20 m; ada akar yang menjadi ubi; batang muda berwarna hijau, yang matang bertompok putih dan berkayu. Daun jenis ringkas, kedudukan berselang-seli; tangkai daun 1-5 cm panjang; lai daun membujur lebar atau hampir membulat, 3-12 cm panjang dan 3-15 cm lebar. Bunga jantan 1-4 kuntum pada satu jambak, lazimnya 1-2 kuntum sahaja; tangkai bunga 0.7-7 cm panjang; kelopak berwarna oren atau kuning dengan urat berwarna hijau. Bunga betina sekuntum pada satu buku; tangkai bunga hingga 2.5 cm panjang; ovari 1.5 cm panjang; kelopak bunga seperti bunga jantan. Buah ada jenis memanjang tirus seperti timun kecil, memanjang kembung seperti labu kecil atau hampir bebola, 3-7 cm panjang, 1-3.5 cm lebar, berwarna hijau dengan jalur putih semasa muda, dan menjadi merah setelah masak.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Buah potong timun padang.

Pepasan ditanam dengan biji atau keratan batang. Penanaman dengan biji tidak berapa digunakan kerana pepasan ada pokok jantan dan betina (diesius). Oleh itu, pokok yang ditanam dengan biji tidak tentu menghasilkan buah. Keratan batang daripada pokok betina ditanam terus di tapak yang kekal atau di tapak semaian sebelum dipindahkan.

Jarak penanaman yang disyorkan adalah 2 m x 1.5 m. Junjung jenis sistem trelis disediakan untuk membolehkan pokok merambat atau menjalar dengan sokongan. Peringkat awal perlu diajar anak pokok naik ke junjung dan biarkan tumbuh menjalar sendiri kemudiannya. Kaedah paling mudah ialah dengan menanam pokok pepasan di depan rumah dan biarkan ia merayap di atas pagar.

Penyakit dan Perosak[sunting | sunting sumber]

Antara penyakit yang menyerang pepasan adalah serangan Antraknos (Collectotricum spp.), kulapok berdebu (Erysiphe chichoracaeum) dan downy mildew (Peronospora cubensis). Kawalan menggunakan racun kimia dan amalan kultura menjadi pilihan yang mudah. Antara musuh tanaman pepasan adalah seperti serangan Aphid (Aphid spp.), kumbang merah labu (Aulacophora sp.) dan juga lalat buah (Dacus spp.). Kawalan boleh dengan menggunakan racun serangga jenis sentuh atau sistemik.

Penuaian[sunting | sunting sumber]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Daun - 3.5% protein, mineral, provitamin A, dan vitamin lain.[1]
Buah - 94% air, 3% karbohidr at, 1-2% protein, 0.1% lemak, sedikit zat besi, fosforus, kalium, kalsium, niasin, provitamin A, vitamin B1, B2, dan C.[1]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Pepasan digunakan untuk sayuran dengan pucuk mudanya dijadikan ulam dan ia popular di Thailand. Buah pepasan dimasukkan ke dalam masakan sup atau kari. Buah yang masak selalunya manis manakala jenis liar buahnya sedikit pahit. Isi buah boleh dikeringkan untuk dijadikan makanan ringan dan boleh disimpan lama. Dipercayai ianya dapat digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Ong, H.C. (2011) Sayuran 2: Khasiat Makanan & Ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 9-789676-124265

Pautan luar[sunting | sunting sumber]