Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Timur ialah arah dalam bidang geografi. Ia merupakan salah satu daripada empat arah kardinal atau mata angin (titik kardinal kompas) yang bertentangan dengan barat dan bersudut tegak dengan utara dan selatan. Timur ialah arah yang Bumi berputar pada paksinya dan justera itu, Matahari dan Bulan terbit dari timur. Bagaimanapun, dalam bidang astronomi, bahagian timur Matahari ditakrifkan sebagai bertentangan dengan arah putarannya.

Mengikut kelaziman, peta bumi biasanya diorientasikan supaya bahagian kanannya menunjukkan sebelah timur bumi. Justera itu, negara-negara di Asia juga digelar negara-negara Timur. Kelaziman ini telah wujud sejak Zaman Pembaharuan Eropah. Bagaimanapun, banyak peta Zaman Pertengahan diorientasikan dengan Timur di atas and justera itu, Timur juga digelar Orient dalam bahasa Inggeris.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]